Wednesday, April 8, 2009

Walhasil balik asal

YAB Perdana Menteri Malaysia,

Kekalahan Bukit Gantang dan Bukit Selambau merupakan satu signal bahawa BN MESTI BERUBAH DENGAN KADAR SEGERA.

1. Cara berkempen di tv yang sungguh lapuk , seperti pengumuman tentang projek baru yang akan dilaksanakan, ahli parti pembangkang keluar parti beramai-ramai, pilih beberapa orang kampung memburuk-burukkan wakil parti lawan dan lain-lain sebenarnya boleh jadi senjata makan tuan.

2. Kalau kalah kali ini ( pilihan raya kecil ) jangan putus asa teruskan usaha untuk memenangi hati rakyat dan buat kempen rumah ke rumah ( mengenali/mendekati/mesra rakyat ) walau pun pru masih lama lagi ( time flies ).

3. Pilih calon yang betul-betul disukai rakyat , tidak semestinya yang disukai oleh pihak atasan sahaja.

4. Masukkan ramai orang-orang muda, go head hunting bagi orang-orang yang berkebolehan untuk menjadi ahli-ahli Umno di setiap cawangan dan bahagian.

Berubah 360 darjah , jika tidak walhasil balik asal!

No comments:

Fikir Sejenak...

  Bagaimana kalau tiba-tiba terjadi ....Iza zulzilatil ardhu zilzalaha...ketika kita berada di tingkat 44? Pernah tak kita terfikir? Dulu sa...