Friday, May 8, 2009

Awas! Al Quran Bukan Rasm Uthmani

Al Quran yang kita baca sekarang ini adalah Al Quran Rasm Uthmani, lama sebelum ini kita baca Quran yang di cetak di Pulau Pinang atau Singapura atau Pakistan yang merupakan cetakan Al Quran Majid. Ada banyak perbezaan antara ke dua-dua mushaf ini, walau bagaimana pun Al Quran Uthmani adalah yang sah dan diguna pakai di negara-negara spt Arab Saudi,Iraq, Jordan,Syria,Tunisia,Mesir dan lain-lain termasuk Malaysia.

Seingat-ingat saya pada tahun 1985 dahulu,kerajaan Arab Saudi telah melupuskan naskah-naskah yang berbagai jenis yang diwakafkan oleh jemaah haji di seluruh dunia untuk dibaca oleh pengunjung-pengunjung Masjid al Haram dan Masjid Nabawi.Kini hanya Al Quran Mushaf Uthmani ( yang dicetak di Arab Saudi ) telah ditempatkan di kedua-dua masjid Haramain itu.

Sesungguhnya Rasm Uthmani yang disepakati oleh para sahabat r.a. amat memberi faedah kepada umat Islam hingga ke hari ini. Ia juga adalah janji Allah swt kepada manusia, iaitu akan memelihara al Quran hingga ke hari kiamat .(1)

Antara faedah Rasm Uthmani ialah:

1. Penulisan tersebut adalah mukjizat kalamullah itu sendiri, kerana dengan penulisan tersebut,tidak boleh diceroboh oleh mana-mana pihak disebabkan oleh keistimewaan yang ada pada penulisan tersebut.

2.Mengajar pada umat Islam cara bacaan al Quran yang betul ketika Waqaf dan Ibtida' pada kalimah alQuran.

3. Menjaga bacaan pada kalimah yang terdapat pelbagai Qiraat.

4. Membezakan bacaan Qiraat yang diterima ( bermuafakat ) oleh rasm dan Bahasa Arab,serta menolak bacaan yang tidak menepati pada Rasm Uthmani dan juga pada kaedah yang hanya menepati Bahasa Arab tetapi tidak menepati Rasm Uthmani seperti Qiraat Syaazah.

5. Menyeru umat Islam supaya membaca Quran secara bertalaqqi dan bermushafahah, kerana terdapat beberapa kalimah al Quran yang terdapat atau ithbat huruf mad tetapi tidak membacanya. (2)

(1 & 2)- ms 96 -' Tarikh Al- Quran & Rasm Uthmani' oleh Ustaz Mohd Rahim Jusoh bin Musa - (Beliau Guru Al Quran dan Al Qiraat Universiti Islam Antarabagsa Malaysia ).

Tidak dapat dinafikan ramai antara kita ( termasuk saya sendiri - masih dalam proses memilih / melupus naskhah yang bukan Rasm Uthmani ) yang masih menyimpan atau membeli atau masih lagi membaca al Quran bukan Mushaf Uthmani!

8 comments:

rahim said...

salam....

masa raya tahun ni saya ada pergi beraya di rumah seorang yang menbuat khat al-quran.

saya ada bertanya jugak tentang apa beza antara resm uthmani dan imlaai....dia kata sesetenggah negara menyatakan bahawa resam imlaai merupakan resm uthmani yang sebenar....jadi kita sebenarnya perlu buat kajian lebih mendalam lagi sebelum menolak sesuatu...sebab benda ni bergantung kepada penerimaan sesebuah negara.....CTH: di indonesia, adalah menjadi satu kesalahan jika kita menggunakan quran resm uthmani seperti yang kita guna di malaysia...

Kerabu Jantung said...

That's very interesting. Patutlah kebanyakan Quran terjemahan dari Indonesia menggunakan resam imlaai. I ingin nak tahu hujahnya.

Kerabu Jantung said...

Assalam sdr rahim,

Just came back from Indonesia - dalam masjid semua ada Al Quran imlaai - di dalamya bertulis in Arabic:

nusikha birasmi uthmani

Kerabu Jantung said...

pembetulan:

muka dalam alQuran di tulis in Arabic

biriwayati Hafsun 'an 'Asim
nusikha 'ala arrasmi al'uthmani

Unknown said...

org buta guna resm ape yea? cuba kita fikir2 kan halal/haram???

Kerabu Jantung said...

ikut cara bertalaqqi...

Unknown said...

JADI... yg penting untuk KITA semua dalam membaca al quran sebenarnya adalah berTALAQI...
Saya juga pernah berseminar kat masjid Putra, Putrajaya disampaikan oleh seorang ustaz dari N9 (seorang panel al quran KDN)....SAMA je jawapan, ustaz cakap apa-apa jenis al quran pun perlu berTALAQI...

Kerabu Jantung said...

Assalam Unknown,

betul tu, kalau tak bertalaqqi kita tak tahu bacaan kita betul atau tidak.

why don't we go one more step to study about penulisan Al Quran Resam Uthmani yang diguna pakai di Malaysia ini, maybe we can discover something interesting....