Friday, July 3, 2009

Pelbagai jenis bacaan AlQuran!





Tahun 70an dulu ramai qari dari Afrika dan negara-negara Arab lainnya datang ke Malaysia untuk mengambil bahagian dalam musabaqah al Quran setiap bulan puasa. Mereka datang dengan bacaan yang berbagai dan tidak sama dengan bacaan orang Malaysia. Ramai yang kehairanan, ada yang mentertawakan mereka dan ada yang mengatakan bacaan mereka itu salah.Setelah tahun 80an barulah bacaan semua qari diselaraskan iaitu mengikut bacaan qiraat Hafs an 'Asim.


Sesungguhnya ramai daripada kita tidak terdedah dengan ilmu qiraat. Ilmu qiraat telah pun berkembang luas di zaman Rasulullah s.a.w. dan di zaman selepasnya.Yang lain dari bacaan Rasulullah hukumnya haram membacanya walaupun betul dan tepat qiraat tersebut dalam kaedah bahasa Arab.Hukum mempelajari ilmu qiraat ini adalah fardu kifayah.



Terdapat 10 imam qiraat atau dikenali sebagai Qiraat Asyara.Setiap imam ini ada 2 orang perawi yang diakui dengan ini ada dua puluh jenis bacaan yang berbeza-beza mengikut tempat masing-masing. Antara imam -imam itu ialah Imam Nafi' dan dua orang perawinya iaitu Qolun dan Warsy, Imam A'sim dan perawinya ialah ialah Syu'bah dan Hafs ( qiraat riwayat Hafs ialah yang dibaca orang Malaysia ).Orang-orang Islam di Sudan membacaQuran qiraat riwayat Abu Amru, sementara negara Morocco dan Libya pula membaca dengan Qiraat riwayat Warsy.

Ustaz Mohd Rahim Jusoh ( pengarang buku Pengenalan Ilmu Qiraat, kitab Usul Qiraat Nafi' Al Madani serta Usul Qiraat Ibnu Kathir dan Abu Amru ) adalah pensyarah bahagian Qiraat dan Tajwid di UIA , dan kelas-kelas qiraat ini telah dibuka untuk orang awam. Pada awalnya kelas ini tidak dapat diteruskan kerana ramai yang syahid di tengah jalan, tetapi kini kelas telah pun bertambah apabila ramai yang telah terdedah dengan ilmu qiraat.



Sesungguh begitu luas ilmu Allah, bersyukurlah mendapat ilmu yang bermanfaat walaupun sedikit.

2 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum..
d mana nak dapatkan buku ni?

Kerabu Jantung said...

Telefon Ustaz Rahim ( UIA ), pengarang buku-buku ini:

013-9340027

Fikir Sejenak...

  Bagaimana kalau tiba-tiba terjadi ....Iza zulzilatil ardhu zilzalaha...ketika kita berada di tingkat 44? Pernah tak kita terfikir? Dulu sa...