Wednesday, September 9, 2009

Woii hangpa........taun ni tak jadi raya!

Membeli belah untuk raya semakin rancak, pakaian anak-anak ( selain dari pakaian sendiri ), kuih muih,pelbagai jenis. Ada yang buat sendiri, ada yang tunjuk dengan jari.Tidak lupa juga tukar kereta baru, sofa baru, langsir baru dan segala-galaya baru. Maklumlah raya setahun sekali!

Buatnya tak jadi raya....pucat muka, who's going to foot all the bills ( yang semua tukar baru tu...)

Masa-masa begini tokeh kedai senyum manis pada pelanggan,layanan istimewa diberi. Kalau kita lalu dekat kedai furniture Ah Hong,mesti ditegur dengan penuh sopan dan mesra. kedai Ah Hong ni pulak,begitu mengikut peredaran zaman dan tahu citarasa orang-orang yang menyambut hari raya. Kalau tahun ini trend kerusi kerawang berada di pasaran, kedai mereka pun ada kerusi kerawang. Pendek kata semua ada.

Kami anak beranak pernah balik Yan pada hari raya pertama, sebab tak mau terperangkap dengan kesesakan jalan raya. Lagi pula ibubapa mertua sudah tiada,jadi balik lambat sikit pun tak ada orang yang tertunggu-tunggu. Selepas sembahyang raya, kami semua tukar pakaian, pakai baju yang selesa untuk perjalanan jauh. Seperti biasa kami berhenti di R&R, alangkah terperanjatnya bila kawasan rihat itu jem dengan kereta orang balik raya..Kami rasa malu pulak nak turun kereta, sebab semua orang pakai baju raya!

Kebelakangan ini orang Malaysia raya serentak di seluruh negara. 15 - 20 tahun dulu, raya ikut tempat ada raya ikut rukyah sendiri ada ikut tarikh yang ditetapkan pihak pemerintah. Pernah juga dulu nak balik Yan sehari sebelum raya ,sampai atas sikit pada pekan Tapah, nampak orang pakai baju Melayu. Kami ingat semua orang dah raya, bila sampai di Yan depa masih puasa. Nasib baik maintain puasa, kalau tak ,kena qada.

Masa kecil-kecil dulu pulak ,ada trend raya terkejut.Bila sampai 29 hari puasa suri rumah sudah siap dengan daging, ayam, ketupat, buluh lemang. Bila beduk berbunyi hebah kata esok raya, kelam kabut masak rendang,bakar lemang, rebus ketupat,sampai tak tidur malam. Besok orang raya depa dah lembik, sekerat hari dok kampoi tidok!

No comments:

Zaman Kanak-Kanak.....5

  Bila balik Rompin ramai-ramai takde  program lain melainkan pagi nak makan apa, tengah hari makan kat mana, petang minum kat mana, malam m...