Saturday, October 31, 2009

Tak nak gemuk.........

Kebanyakan wanita sangat perihatin tentang makan minum, takut gemuk. Selalu gemuk dikaitkan dengan - tak cantik ( walhal gemuk dikaitkan dengan tak sihat ). Bak kata sesetengah orang ' Give a lady an inch the whole house go on diet '.

Ada orang masa muda bukan main diet lagi, bila dah naik 50 th ke atas, dah tak peduli dah. Ada orang maintain body sampai ke tua. Pengalaman saya semasa berumur lingkungan 30an dulu , sungguh berbeza dari sekarang. Makanan yang manis dan bergula memang menjadi ' taboo', minum air kosong, kuih manis tak makan langsung. Bila orang sibuk berdiet dan mengambil ubat kurus , kita pun ikut juga.

Pernah sekali seorang teman rapat memberitau , dia ambil pil menurunkan berat badan, katanya sangat berkesan dan memberitahu nama pil itu. Saya pun tidak membuang masa, pergi jumpa doktor, yang juga seorang kawan, mintak ubat kurus. Doktor pun menasihat, tak elok makan pil kurus, nanti you binge, lagi teruk badan naik berganda. Lagi pulak you need tools and hammers to lose weight, exercice and eat the right food ( right proportion), bukan setakat dengan makan pil aje.

I was so adamant, nak jugak, start threatening her ,saying, I nak gi beli sendiri pil tu dengan .......I'm sure he'll give me. Lama-lama bose' weh, tak nak dengar nasihat, nah ambillah ni, cuba dulu sikit. Suka hati bukan main, maklumlah nak lawa lebih pada orang. Pagi esoknya selepas breakfast, telan sebiji. Bagus ubat ni, tak rasa lapar. Sampai tengahari, kepala sakit, letih, nak tidur tak dapat pusing kiri, pusing kanan, tak dapat lelap. Bila petang, kepala bertambah pening, rasa nak muntah, seperti orang mabuk. Makan pun sikit aja.

Takpe, takpe mungkin hari pertama , belum sesuai. Esok, lusa makan lagi,tak sedar rupanya diri bertukar jadi........c...c....c....cam singa, cepat naik angin, macam nak makan orang , sampai suami kata, kalau dah jadi tak tentu arah macam ni tak payah dietlah, mudarat diri!

Beberapa hari kemudian, pergi jumpa doktor, mengaku kalah, tobat nasuha tak akan ambil pil tu lagi!

Friday, October 30, 2009

Twin Towers : The magic in front of our eyes

Twin Towers as seen from Jalan Sentul

It really amazes me whenever I enter KL from any directions , I can see Twin Towers standing tall as if to say " Welcome to KL ". To me Twin Towers is the main attraction of KL, even though there are countless other attractions you may find in or around KL.

The Towers from Jalan Gombak

I used to tell my children how lucky we are to have the view of the towers from our garden. The upper half of the towers, that is. My children just brushed it aside -- what's so special if we can see Twin Towers from here? I didn't know what to answer or rather where to start. I was born in the 50' and I can see how our country progress , from nothing to a lot of things. I feel like telling them people are willing to pay a fortune for properties that have full view of the tower .

As seen from Damansara Heights

The Twin Towers have also become my weather index . On fine days I can see them clearly. But when I can barely see the towers, I know it is a very hazy day, so I'll cut short my gardening activities, for fear of getting sore throat or 'semput'.

Scenery from Duke Highway

I'm so glad Putra LRT Station is just about 1 minute car ride from my house in Gombak. It takes about 15 minutes to reach Suria KLCC by train. Thus, the majestic towers become my favourite ' lepak ' place after my retirement. I go there to window shop, to meet friends, my husband likes the book store and sometimes to have lunch at the food court. But we make sure to come back before 5 o'clock ( on weekdays ). Yes , before the madness continues during the peak hours when the road will be jammed and lrt will be packed like sardines.

Wednesday, October 28, 2009

Tragedi di Sungai Kampar : Boleh dielakkan atau....

Sedih tiada terkata, rasa tak sanggup nak dengar berita mengenai trajedi di Kg Kuala Dipang tu. Bayangkan jika kita berada dalam situasi En Nathan bapa Dina Devi, bagaimana? Duit berjuta pun tak dapat menggantikan nyawa yang hilang.

Menjaga pelajar yang kecil-kecil seramai itu bukanlah satu kerja yang mudah. Lagi pulak kanak-kanak sekolah rendah, fikiran belum matang, mereka tak nampak bahaya di bawah jambatan itu, yang airnya mengalir deras dan menggerunkan bagi sesiapa yang tak pandai berenang. Kalau pandai berenang pun, badan sekecil itu dengan mudah dibawa arus seperti sehelai daun .

Sebagai seorang ibu saya mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa trajedi yang kehilangan anak/adik/kakak/cucu/yang tersayang. Sebagai bekas seorang guru, saya dapat merasakan betapa tersiksanya guru-guru pengiring pelajar-pelajar itu.
Sudah tentu ada tangan-tangan yang menunjuk ke arah mereka!

Ini bukan bencana alam, ini adalah tragedi yang mungkin boleh dielakkan d imasa-masa akan datang. Wallahu aklam!

Saturday, October 24, 2009

Are we...........hoarders?

There's a monster hiding somewhere in a dark corner of our house, his name is Mr Hoard. He will strike anytime or rather encourage anybody who keeps unused things in the house. I remember those days, some of my relatives kept empty tins of powdered milk. They thought the tins will be useful for other things, like to store biscuits, sugar, flour and countless others. Over the years it accumulated and most of them become rusty. Try to throw them, the next day they come back to the house........ uuu.....e..ee..rie....!

Some hoard newspapers, at first they want to keep certain articles for later reading. The papers keep mounting as years go by and their houses are filled with sulat kabar lama. They won't part with the newspapers even the sulat kabar lama man come a begging.

Me husben is a potential hoarder. After retirement, he is very free, thus everyday he surfs the internet. His interests are politics and history. He will print all the things he reads, at first ( as a good wife ) I just leave him alone , but later his printings became more and more. So one day when there was something wrong with the printer ( it ran out of ink ) I told my son to leave the printer alone, nanti kertas penuh rumah kita semua kena tidur kat luar rumah.

Tuesday, October 20, 2009

Doa panjang satu kilometer

Pernah kena sepit ketam? I dah banyak pengalaman kena sepit ketam. Masa kecil mak selalu bawa pergi majlis, katam Quran, kenduri kahwin dan lain-lain yang kesemuanya duduk atas tikar. Duduk tak diam , selalu tukar simpuh ( duduk bersimpuh atas tikar ), mak hulur tangan senyap-senyap, cubit peha , gelenyar tak boleh duduk diam! Yang tak tahan tu, ada sepit besar, ada sepit kecil! yang kecil tu, cubit sikit , halus tapi sakit bukan main.

Walau pun begitu, perangai dok tak diam lekat sampai ke tua. I tak tau kenapa, duduk bersimpuh lama sikit, kaki jadi semut-semut, sebab darah tak jalan. I kena tukar simpuh setiap 15 minit. Tapi, alhamdulillah ke dua-dua anak perempuan begitu memahami masalah I yang tak tahan bersimpuh lama-lama.

Masalah akan jadi lebih besar bila pergi majlis baca surah Yasin dan tahlil. Majlis akan jadi tersangat panjang, sebab lepas baca surah, tahlil panjang diikuti doa yang dekat satu kilometer panjangnya. Kalau kita duduk jauh sikit doa tak dengar pun, lama-lama baca doa untuk diri sendiri walau pun pergi majlis orang!

I ingat I bermasalah besar , sebab orang lain tak nampak pun keluh kesah , depa tu calm and compose aje! mengaminkan doa dengan penuh kusyuk. Tapi, pada suatu hari I rasa paling gembira sebab selama ini rasa diri begitu bersalah, apabila ada seorang yang duduk di sebelah membisikkan sesuatu ke telinga, ish, panjang betul majlis ni, tak larat dah! Dan setelah selesai majlis dia dan kawan-kawan dia menyambung komen, dah berumur-berumur ni, tak larat nak dok lama-lama. Baca doa sesikit dahlah!

Thursday, October 15, 2009

Cursed by the ancestors for 7 generations.

Minggu lepas, R datang membawa kad jemputan kahwin anak lelaki sulungnya yang akan melangsungkan perkahwinannya tidak lama lagi. Dia menceritakan anaknya telah menguruskan segala-galanya ,spt katerer, kemah, baju pengantin dan pelamin. Anak lelakinya tak mau menyusahkannya, yang penat bekerja siang hari sebagai tukang rumah.

Ini telah menimbulkan kemarahan dari keluarga isterinya. Mereka kata, mengapa panggil katerer, sepatutnya masak sendiri, sudah menjadi tradisi keluarga dan kampung , masak beramai-ramai, bergotong royong.

R seterusnya mencurahkan perasaanya yang terpendam selama ini........ dia orang tu asyik nak kira dengan adat. Biar mati anak jangan mati adat, gila apa, nak biarkan anak mati sebab nak jaga adat. Dia bagi contoh masa dia kecil pernah mencuri basikal, orang kampung datang berjumpa bapa saudaranya ( ketua adat ) untuk membuat perhitungan. Lalu dia di suruh masuk dalam bilik, bapa saudaranya pun menumbuk dan menendang dinding berdentum dentam, hingga orang di bawah riuh rendah --- sudahlah tu, sudahlah, jangan di bunuh anak itu.

Jadi dia pun mengajukan soalan pada kami, tengoklah anak buah sendiri tak sanggup nak diambil tindakan. Sampai sekarang dia tak percaya dengan orang yg begitu mempertahankan adat. Sebenarnya ia boleh diubah. Walau pun orang lain begitu menyanjung pakciknya, bagi dia pakciknya hanya orang biasa sahaja. Jadi dia tak takut melanggar adat, takdenya terkena sumpah......by the ancestors for seven generations!

Sunday, October 11, 2009

I inherited 7 tempayan budu

Di rumah kami di kampung ada 7 biji tempayan budu yang separa antik, seingat saya sudah berumur lebih dari 50 tahun. Semasa th 50an hingga 70an arwah mak membuat budu dengan ikan bilis. Rompin merupakan kampung nelayan ( kini sudah membangun ), dulu-dulu banyak terdapat ikan bilis. Ikan bilis itu dapat secara barter trade, iaitu, dengan menyewakan rumah ( rumah kampung ) kepada orang kelaut ( nelayan). Th 50an dan 60an bukan macam sekarang, tiada sumber pendapatan yang banyak. Bayar sewa rumah ala kadar yang lain sap sap sui dengan hasil tangkapan laut.

Tak tau rupanya mak banyak side income dengan buat budu. Bila kepala hampir beruban, barulah bertanya itu, ini dengan mak. Rupanya budu itu di tolak secara wholesale kepada peraih dan harganya 80 rm setempayan those days. Peraih budu akan botolkan dan jual di kampung seperti Bukit Ibam, Kampung Aur dan lain-lain yang berhampiran, buat bekalan musim tengkujuh. Masa dulu tiada ikan impot, musim tengkujuh kita selalu makan sadin dan telur. Bila kata tengkujuh , ia benar-benar tengkujuh, hujan lebat siang malam. Bekalan ikan segar sangat berkurangan.

I didn't really ambil pot fasal budu mak, sebab kami ingatkan budu ialah makanan utk orang tua-tua. Tapi masih ingat cara mak buat budu. Mula-mula basuh ikan bilis yang segar bersih- bersih dan kemudian tos, lepas tu, masukkan dalam tempayan berselang seli dengan garam kasar. Tutup mulut tempayan rapat- rapat, to be opened once in a while to let out the gas. Mun sik nya meletup bah!

Tetapi bila sampai th 70an, Malaysia makin maju, aktiviti ekonomi sudah meningkat, orang lain pulak yang sewa rumah dengan bayaran penuh, maka tempayan budu pun tergolek bawah rumah.................

Orang satu dunia sibuk dengan nam pla made in Siam, kita pun ada budu yang boleh di promote sbg nam pla ( cuma bagi comel sikit rupa budu tuh, pack molek-molek , baru bawak masuk pasaran antara bangsa !)

Thursday, October 8, 2009

Sebelum ajal berpantang maut

Pada petang 6hb Okt, saya sedang berada di tepi pagar menyiram pokok, tiba-tiba.....kak..o..kak.. terpacul di depan pagar,

War, bila sampai? Terkejut bercampur gembira melihat War.

Semalam kak ( 5 Okt )

Alhamdulillah, kita kat sini semua risau fasal War. Macam mana keluarga, orang kampung semua, selamat?

Selamat kak, alhamdulillah, tapi rumah War rosak sikit di bahagian dapur dan bahagian anjung

Kuat ke gempa kampung War?

Kuat juga, tapi tak de rumah yang ranap.

War menceritakan kisah yang berlaku pada 30 September, pukul 5 petang, bunyi menderum kuat disertai dengan gegaran, tanah beralun. Semua orang lari keluar rumah, terhoyong hayang, berpegang pada apa yang patut, pokok kayu yang mana berdekatan. Katanya tiada yang menjerit, malah mereka begitu pasrah pada qada' Allah, masing-masing berzikir Allahu akbar, Allahu akbar! laa ilaha illallah, laa ilaha illalah! dengan penuh takut. Anak-anak kecil tak menangis, semuanya diam ketakutan. Selepas habis gempa, barulah kanak-kanak menangis, masing-masing tersendu, berkumpul beramai-ramai tak berani masuk rumah. Anak-anak muda pula terus bermotorsikal pergi memantau kawasan-kawasan sekitar kampung. Mobile phone sahut menyahut, sanak saudara sekitar daerah Padang , menanya kabar dan menceritakan keadaan yang telah menimpa di tempat masing-masing.

Macam mana War boleh lepas balik ke sini, jalan tak rosak ke?

War menceritakan, mereka anak beranak ambil tambang murah Kl- Padang tiket pergi balik. Sebab itu mereka balik juga ke Malaysia pada 5hb, kalau tidak mereka tunggu lagi. Sebelum subuh 5hb itu, mereka bertolak dari kampung Pesisir iaitu Provinsi Padang, Kabupaten Painan, Kacamatan Batang Kapas, menuju ke airport di padang Pariaman. Masa itu jalan sudah agak terputus-putus, tapi masih boleh dilalui lagi oleh kenderaan ringan, tapi kenderaan berat spt bas sudah tersangkut. Katanya, selepas mereka sampai ke lapangan terbang, dengar kabar perhubungan dari kampungnya telah terputus.

Mengikut War kampung-kampung yang tertimbus semuanya di sebabkan runtuhan tanah tinggi. Kebanyakan kampung di daerah Padang berada di kawasan lurah yang di kelilingi bukit-bukau. Mereka di kampung sedang takut kerana ada berita-berita yang mengatakan gegaran akan berulang lagi, kali ini akan lebih kuat. I cuba mententeramkan War , kalau ada berita rasmi dari jabatan meteoroloji baru boleh percaya, kalau tak mungkin itu kabar angin. War terkenangkan nasib anak- anaknya yang seorang di sekolah menengah, yang bongsu berumur berumur 5 tahun ,dan seorang cucunya yang kesemuanya berada di bawah jagaan suaminya yang pada masa yang sama mengerjakan tanah sawah mereka.

Bagi kita yang sihat walafiat,segar megar, senang lenang, MAKA YANG MANA SATU ANTARA NIKMAT-NIKMAT TUHAN KAMU, YANG KAMU HENDAK DUSTAKAN ( WAHAI UMAT MANUSIA DAN JIN )

Ar-Rahman : Ayat 13, 16, 18, 21, 23, 25, 28, 30, 32, 34, 36, 38, 40, 42, 45, 47, 49, 51, 53, 55, 57, 59, 61, 63, 65, 67, 69, 71, 73, 75 dan 77.

Al-Mulk : Ayat 16 dan 17

Monday, October 5, 2009

I'm darat habih meter......

My daughter told me she would like to try escargot, but is sceptical about it. I told her ( from my limited knowledge ) that escargot is garden snail, reared specially as a delicacy. In Malaysia, garden snail is siput babi, so I told her to get more info elsewhere. But I told her, when you're in doubt, leave it. I really fail as a mother this time around.

As for me, if that escargot resembles the ones in my garden, I 'll say --- next dish please!!

Tiada khabar dari Padang

Today, the 5th of Oct Mawarni said she'll come back from Padang and on the 6th she'll start working. When we heard about the quake, at first we still have hope that War will be safe,because her kampung is in the outskirt of Padang. But when the news came many of the kampungs around Padang were effected and about 400 people were entombed in one kampung we didn't know what to think. We prayed she and her family will be safe, amin!

Me, Siti Razmah, Ani and Sarah hired War to do cleaning and ironing on once a week basis. Apart from us there are other people that War works with.She worked 7 days a week ,3 shifts a day -- morning, afternoon and at night too. She is very hard working and she needs to bring money home as much as she can. Her husband works on the small strip of land that they bought , plus he has to look after their 5 year old daughter and 8 year old grandson. All the other children are in Malaysia, working. But on the 15th day of puasa all of them went back to Padang.

I tried to call War on her mobile on Thursday and Friday, but there was no response. If she and her family are safe(which we pray they are safe) , she still might not be able to come back immediately, because of the highly likely possibility that communications has been cut off from her village to Padang

Didoakan semoga Mawarni dan semua ahli keluarganya berada di bawah lindungan Allah!

Sunday, October 4, 2009

Thank you Beautiful Life

My daughter , Beautiful Life spent the whole afternoon with me today. I've been pestering her to decorate my blog, I can only write but couldn't do anything more than that ( too old, or too lazy to learn new things knowing that someone else will do it for you ). She knew she's going to have hard time pleasing me, so she tackled the one subject that can make me agree with her --- my plants.

She took pictures of the plants in various angle and paste them on my blog. I was so pleased with the posting and she was proud of herself for snapping nice pictures. Tapi tuan-tuan dan puan-puan jangan tertipu dengan gambar-gambar tu, gambar lebih gempak dari yang sebenar.Things always look nicer in pictures.