Sunday, October 11, 2009

I inherited 7 tempayan budu

Di rumah kami di kampung ada 7 biji tempayan budu yang separa antik, seingat saya sudah berumur lebih dari 50 tahun. Semasa th 50an hingga 70an arwah mak membuat budu dengan ikan bilis. Rompin merupakan kampung nelayan ( kini sudah membangun ), dulu-dulu banyak terdapat ikan bilis. Ikan bilis itu dapat secara barter trade, iaitu, dengan menyewakan rumah ( rumah kampung ) kepada orang kelaut ( nelayan). Th 50an dan 60an bukan macam sekarang, tiada sumber pendapatan yang banyak. Bayar sewa rumah ala kadar yang lain sap sap sui dengan hasil tangkapan laut.

Tak tau rupanya mak banyak side income dengan buat budu. Bila kepala hampir beruban, barulah bertanya itu, ini dengan mak. Rupanya budu itu di tolak secara wholesale kepada peraih dan harganya 80 rm setempayan those days. Peraih budu akan botolkan dan jual di kampung seperti Bukit Ibam, Kampung Aur dan lain-lain yang berhampiran, buat bekalan musim tengkujuh. Masa dulu tiada ikan impot, musim tengkujuh kita selalu makan sadin dan telur. Bila kata tengkujuh , ia benar-benar tengkujuh, hujan lebat siang malam. Bekalan ikan segar sangat berkurangan.

I didn't really ambil pot fasal budu mak, sebab kami ingatkan budu ialah makanan utk orang tua-tua. Tapi masih ingat cara mak buat budu. Mula-mula basuh ikan bilis yang segar bersih- bersih dan kemudian tos, lepas tu, masukkan dalam tempayan berselang seli dengan garam kasar. Tutup mulut tempayan rapat- rapat, to be opened once in a while to let out the gas. Mun sik nya meletup bah!

Tetapi bila sampai th 70an, Malaysia makin maju, aktiviti ekonomi sudah meningkat, orang lain pulak yang sewa rumah dengan bayaran penuh, maka tempayan budu pun tergolek bawah rumah.................

Orang satu dunia sibuk dengan nam pla made in Siam, kita pun ada budu yang boleh di promote sbg nam pla ( cuma bagi comel sikit rupa budu tuh, pack molek-molek , baru bawak masuk pasaran antara bangsa !)

1 comment:

Kerabu Jantung said...
This comment has been removed by the author.

Fikir Sejenak...

  Bagaimana kalau tiba-tiba terjadi ....Iza zulzilatil ardhu zilzalaha...ketika kita berada di tingkat 44? Pernah tak kita terfikir? Dulu sa...