Saturday, October 31, 2009

Tak nak gemuk.........

Kebanyakan wanita sangat perihatin tentang makan minum, takut gemuk. Selalu gemuk dikaitkan dengan - tak cantik ( walhal gemuk dikaitkan dengan tak sihat ). Bak kata sesetengah orang ' Give a lady an inch the whole house go on diet '.

Ada orang masa muda bukan main diet lagi, bila dah naik 50 th ke atas, dah tak peduli dah. Ada orang maintain body sampai ke tua. Pengalaman saya semasa berumur lingkungan 30an dulu , sungguh berbeza dari sekarang. Makanan yang manis dan bergula memang menjadi ' taboo', minum air kosong, kuih manis tak makan langsung. Bila orang sibuk berdiet dan mengambil ubat kurus , kita pun ikut juga.

Pernah sekali seorang teman rapat memberitau , dia ambil pil menurunkan berat badan, katanya sangat berkesan dan memberitahu nama pil itu. Saya pun tidak membuang masa, pergi jumpa doktor, yang juga seorang kawan, mintak ubat kurus. Doktor pun menasihat, tak elok makan pil kurus, nanti you binge, lagi teruk badan naik berganda. Lagi pulak you need tools and hammers to lose weight, exercice and eat the right food ( right proportion), bukan setakat dengan makan pil aje.

I was so adamant, nak jugak, start threatening her ,saying, I nak gi beli sendiri pil tu dengan .......I'm sure he'll give me. Lama-lama bose' weh, tak nak dengar nasihat, nah ambillah ni, cuba dulu sikit. Suka hati bukan main, maklumlah nak lawa lebih pada orang. Pagi esoknya selepas breakfast, telan sebiji. Bagus ubat ni, tak rasa lapar. Sampai tengahari, kepala sakit, letih, nak tidur tak dapat pusing kiri, pusing kanan, tak dapat lelap. Bila petang, kepala bertambah pening, rasa nak muntah, seperti orang mabuk. Makan pun sikit aja.

Takpe, takpe mungkin hari pertama , belum sesuai. Esok, lusa makan lagi,tak sedar rupanya diri bertukar jadi........c...c....c....cam singa, cepat naik angin, macam nak makan orang , sampai suami kata, kalau dah jadi tak tentu arah macam ni tak payah dietlah, mudarat diri!

Beberapa hari kemudian, pergi jumpa doktor, mengaku kalah, tobat nasuha tak akan ambil pil tu lagi!

6 comments:

Nurul Hanim said...

hahahah..kerabu jantung..terasa laaa..nasib baik x sempat nak beli pil diet!

Kerabu Jantung said...

Yes, it needs tools and hammers.Pusing bandar Ipoh 10x tiap pagilah nampaknya!

Nurul Hanim said...

kerabu jantung, jgn laa ckp nk pusing bandar ipoh 10x, elliptical yg kt rumah nie pun dah berdebu semacam dah... :-(..nmpk gayanye..x der peluang nak kurus nie!

Kerabu Jantung said...

Hahahaha.....

L said...

i'd tried once. mmg betul pun ape yg doc advice tu. STAY AWAY FROM DIET DRUGS. myself..from M to XXL now. haha.it takes me 2 years to triple up my weight n size. hurmm.*sight*

Kerabu Jantung said...

Dear Lurve,

memang betul tu,stay away from the pills! nak kurus sebenarnya kena keluar peluh - sehari secawan peluh
lama-lama jadi kurus!

Fikir Sejenak...

  Bagaimana kalau tiba-tiba terjadi ....Iza zulzilatil ardhu zilzalaha...ketika kita berada di tingkat 44? Pernah tak kita terfikir? Dulu sa...