Tuesday, December 22, 2009

Duit banyak, boleh tala cukup-cukup!

Sibuk benar orang Malaysia cerita fasal rasuah, dari dulu sampai sekarang. Tapi orang yang dikatakan makan rasuah tetap hidup mewah, dan ada pula disanjung tinggi sebab mereka kaya raya. Asyik kata orang rasuah, tapi takde yang berani nak ambil tindakan. Kalau ambil tindakan dan bawa ke mahkamah, tak cukup bukti, buang kes, malu dapat sakit( hati ) pun dapat.

Paling bodoh dan paling kelakar rasuah ialah yang sekecil-kecilnya, contoh, anak nak pergi temuduga, bapa bawa durian satu but kereta untuk dihadiahkan pada sesiapa yang berkenaan. Anak nak masuk sekolah asrama penuh yang berjenama, pakai kabel lebih besar dari tali sauh kapal selam. Sebelum lulus tanda halal, satu pejabat datang makan di restoran/foodcourt berkenaan. Dll, dll, dll,dll,dll.......................

Awas-awas rakyat Malaysia,sekali sekala kena cek geran tanah Negara Malaysia, bukan apa, takut landing di kedai pajak! Nanti semua kita kena berumah dalam Laut China Selatan atau dalam Selat Melaka.

Soalan cepu perak: yang tukang bagi rasuah tu, bagaimana pula?

2 comments:

Maher Al Muaqly said...

Ammbillah yang halal dan tinggalkan yang haram. Salam.

Kerabu Jantung said...

Alaikumussalam, just got this yesterday from my Qiraat Asyara Ustaz,

An Nahl - ayat 128

Bermaksud: Allah bersama orang yang bertaqwa dan orang-orang yang berihsan.

Hebat orang yang bertaqwa kerana Allah bersama mereka ie doa mereka makbul.

Zaman Kanak-Kanak.....5

  Bila balik Rompin ramai-ramai takde  program lain melainkan pagi nak makan apa, tengah hari makan kat mana, petang minum kat mana, malam m...