Thursday, January 28, 2010

Ramuan tradisional lagi organik

Kita tidak sedar kadang-kadang pokok-pokok yang kita tanam di sekeliling rumah merupakan sumber ubat-ubatan tradisional. Kita suka menanam, tapi jarang manfaatkan tanaman kita, mungkin tidak yakin atau tidak tahu.

Apabila saya pergi ke farmasi baru-baru ini saya dapati cukup banyak ubat-ubatan tradisional yang dibuat dari tumbuh-tumbuhan yang boleh didapati di Malaysia aka di belakang rumah. Antaranya ialah daun misai kucing, daun hempedu bumi, daun selasih yang telah diproses dan dikapsul, jadi ia mudah dimakan sebagai makanan kesihatan.

Antara kelebihannya :

Daun hempedu bumi :
melegakan selesema dan sakit tekak
menguatkan hati dan menyahtoksik
menambah tenaga dan memperbaiki penghadaman

Hempedu bumi memang pahit, bila direndam sehelai dua dengan air panas kemudian diminum, tetapi kalau beli yang sudah dikapsul tiada masalah lagi.











Daun misai kucing :
legakan artritis dan kekejangan otot
legakan gout dan sengal tulang
Daun misai kucing direndam dalam air panas diminum seperti teh.








Daun selasih :
anti oksidan
kuatkan imune sistem
kuatkan sistem saraf.
Boleh dibuat ulam atau dicampur dalam masakan.








Dalam perubatan ayurveda pula ( hasil dari menonton saluran 108 )
kunyit dan halia memainkan peranan yang besar :
untuk seimbangkan hormon
kurangkan kolesterol,
buang angin dalam badan
kurangkan gout

Dan kesemua tanaman ini boleh ditanam di keliling rumah dan dalam pasu. Mudah membiak dan tak perlu dimanjakan sangat kerana ia tak mengada-ngada macam pokok bunga yang lain-lain! Sebulan sekali taburkan baja tahi ayam. Organik!

Monday, January 25, 2010

Bila dah terkantoi.........

Generasi muda sekarang kurang terdedah kepada peribahasa, pepatah, bahasa berirama, pantun atau perumpamaan disebabkan masyarakat kurang menggunakannya. Saya sempat membesar dengan pelbagai peribahasa dan lain-lain dalam kehidupan seharian.

Antara yang paling saya ingat ialah telinga kuali yang bermaksud kedegilan seseorang, atau pekak badak bagi orang yang kurang pendengaran. Berat mulut bagi orang yang pendiam, atau macam murai tercabut ekor bagi orang yang terlebih peramah.

Pendek kata segala penggunaan bahasa itu banyak dikaitkan dengan alam sekitar dan kehidupan seharian orang-orang Melayu. Ada juga pantun yang kerap digunakan seperti :

Siakap senohong , gelama ikan duri
Bercakap bohong, lama-lama mencuri

bagi yang terkantoi buat bohong pada ibubapa mereka. Bagi budak-budak yang ponteng mengaji mereka selalu diejek:

Sorong papan tarik papan, buah keranji dalam perahu
Suruh makan dia makan, suruh mengaji dia tak tau

Masa kecik sekali sekala ada juga ponteng mengaji, sebab rumah tok guru Quran jauh, pegi pulak jalan kaki , kadang-kadang tersinggah tempat lain main batu selimban atau lompat tali, petang baru balik.

Tapi yang saya ingat hingga kini dan yang paling kelakar sekali ialah bila saya dan sepupu saya dapat gelaran. Kami berdua memang agak terkenal dengan pemalas buat kerja rumah, jadi nenek saudara yang datang bertandang buat pantun: Duri daun palas, anak dara pemalas! Lepas makan, malas basuh pinggan ( mintak tangguh, nak basuh karang sikit) kemudian pergi lepak di tengah rumah dengar radio...........hah, dah tersadai macam lembu kenyang!..........wah manyak lasat punye pelimahase!

Thursday, January 21, 2010

To lose or not to lose............

Many of us are health conscious and many more don't care about health. Not aware maybe? Right now I'm hooked on The Biggest Loser, the reality show on tv. To me the show is very amazing because it goes well with sayings Terlajak Perahu Boleh DiUndur ie, if we overeat and become heavy weight with the accompaniments of some deadly deseases , we still have the chance to repent.

Judging from the contestants who are really oversize, make me wonder how they are going to lose such an excess weight. But at the end of the show, all of them manage to lose weight and some lose more than half their sizes. As for me, I need to lose many kgs to get back to my ideal weight, according to my body mass index. Bmi ni pulak agak melampau sikit dia punya index, too strict I suppose!

I realise now that we should train our children to eat balance food and the right portions. Never allow our children to eat 5 pieces of chicken at one sitting, 2 plates of rice or pastas , or 10 curry puffs at one go! Or to gulp coke everytime they are thirsty or eat kerepek habis satu balang in front of tv! That will be hazardous when they grow up.

Tuesday, January 19, 2010

The good , the bad and the ugly

Ramai yang kehilangan kawan kerana berhutang. Bukan kerana apa, masa nak berhutang bukan main baik lagi tapi bila dah berhutang persahabatan mula renggang. Yang berhutang mula buat-buat tak tegur atau buat tak nampak sahabat dia yang telah memberi hutang tadi. Lama-lama sahabatnya berkecil hati lalu meminggirkan diri dan tak berani lagi nak sebut fasal hutang, jauh sekali nak minta hutang.

Tapi ada pula yang begitu prihatin memberi hutang pada kawannya, tetapi dia tak melepaskan kawannya walau pun sekejap, diperahnya kawan tu buat itu ini untuk dia. Pendek kata dia lanyak betul-betul kawan dia tu . Walau pun kawannya telah membayar hutang dengan interest sekali, pembulian diteruskan seolah-olah since I help you, you are forever indebted to me .

Begitu juga dalam hal pinjam meminjam, masa pinjam kata sekejap aje, bila dah pinjam terus lesap jadi macam hak sendiri. Er....... cakap fasal buat macam reta sendiri ni, ada sebuah buku yang I pinjam........ bertahun-tahun-tahun- tahun dulu masih belum pulang lagi. Kena buat sesuatu, telefon tuan buku.......... minta maaf, ....minta halal.....janji akan pulang....ha? dah lupa buku apa? tak payah pulang? terima kasih, dan minta maaf bebanyak.......

Sunday, January 17, 2010

Shop till you drop!

Long time you didn't come, our new collections just arrived a few days ago
I can't buy new materials already, I quarrel with my tailor
You can try our tailor again ,Kak Yah and the others still sewing
I can't do that, the last time they spoilt my baju kurung
There's this new collection you might like to see, they came in four colours for you to choose
Waitlah I have got to pray istikharah first before I decide to buy
Ok kak................ Aishah, ambil itu kain, semua kasi tengok ( of course I ended up buying not one, but a few pieces! ) . Habibti used to joke with me, we should look for some bomoh to jampi us from shopping......ha, ha, ha......

Those are my usual conversations with Ajay this textile shop manager. We came to know him about 10 years ago. The first day he opened his shop, me and my family were having lunch at Ampang Point and we saw this new textile shop and we stopped by. We have been buying materials from him ever since, and he gave us good discounts.

He really takes care of his customers, and being very experience in selling textile he knows our taste in choosing materials. He worked in a textile shop in Dubai ever since he was 17, came direct from India and he picked up Arabic, and Malay ( beside English and Hindi )because this shop in Dubai had Malay customers from Malaysia, Brunei and Indonesia.

Aj, apa ni banyak limau nipis ni, you mandram your customers ka
Where got mandram kak, kalau I mandram dah lama I jadi millionaire
If you don't mandram how come I bought so much from you?

Tak dok jawape........

Friday, January 15, 2010

Sorry guys, you missed the visa

Syurga itu mahal harganya bukan boleh dapat free aje, maklumlah bukan calang-calang orang yang boleh dapat rahmat Allah!

Seorang jemaah surau, suri rumah sepenuh masa, pendek kata sejak berkahwin dia tak pernah bekerja melainkan jalankan urusan rumah tangga. Suaminya yang baru mencecah 40an telah keluar masuk hospital sebab sakit jantung. Jadi S bertambah-tambah tanggung jawabnya.

Hendak dijadikan cerita ,tiba-tiba ibu mertuanya pula diserang angin ahmar, terlantar dah tak boleh bergerak. Maka bermesyuaratlah adik beradik suaminya untuk menyelesaikan masalah ibu mereka. Mesyuarat punya mesyuarat, akhirnya mereka pun membuat keputusan yang terbaik bagi ibunya.... iaitu menghantarnya ke rumah S yang tinggal di sebuah flet kecil dua bilik. Si S ni pulak baik orangnya, terima aje mak mertuanya yang sedang uzur .

Selang dua bulan kemudian kami jumpa dia di surau, lalu ramai-ramai tanya apa kabar mak mertuanya, dah ok ke atau anak-anak lain mengambil giliran masing-masing. Dia beritau bahawa ibu mertuanya telah meninggal dunia, sempat sebulan aje dia menjaganya. Wah, kami pun ucap tahniah padanya, sebab telah menjaga ibu mertua. Bagi anak-anak yang lain too bad S yang dapat visa tu bukan you all! Kalau mereka tahu ibu mereka nak mati dalam tempoh sebulan, sudah tentu mereka akan berebut-rebut nak bela ibu mereka. Mereka ingat orang tua tu nak menongkat langit, sebab tu siang-siang dah tolak menolak!

Bagi sesiapa yang menjaga ibubapa yang uzur hingga mereka meninggal dunia, saya ucapkan setinggi tahniah, kerana berjaya sedikit sebanyak membalas jasa orang tua. Walau pun susah payah, tetap menjaga mereka dengan penuh kasih sayang ( walau pun sekali sekala ada juga rasa tak larat atau tak sanggup, pada Allah jua kita mohon ampun! ).

Pada sahabatku K, yang sedang menjaga ibu yang telah tua dan suami yang kena strok, semoga tabah dengan ujian Allah.

Kepada N dan Sal, yang menjaga ibu yang sudah tua, semoga mendapat balasan yang baik dari Allah!

Tahniah pada Z yang menjaga ibu mertua hingga ke akhir hayatnya, dan bapa mertua yang sedang terlantar.

Monday, January 11, 2010

Dikebumikan di perkuburan Kristian?

Semasa saya mengajar di Kuching pada tahun 1994 - 1996, saya dapat mengenali pelajar-pelajar saya yang dari pelbagai suku kaum, Melayu, Melanau, Iban, Bidayuh, dan lain-lain yang lebih kecil bilangannya. Sekali pandang Melayu, Melanau , Iban, Bidayuh seperti tiada beza, tapi bila dah kenal baru nampak perbezaan mereka. Dan juga baru dapat bezakan dialek mereka.

Di dalam kelas mereka bercakap bahasa Melayu standard, tetapi sesama sendiri mereka bercakap bahasa Sarawak. Perkataan dan frasa spt Allah, masyaAllah, alhamdulillah dan insyaAllah paling lazim disebut dalam percakapan harian mereka yang beragama Kristian.

Setiap pagi jika kita buka siaran radio tempatan, akan terdapat pemberitahuan tentang kematian seseorang dan waktu pengkebumiannya. Contohnya siaran ditujukan kepada ahli keluarga Salmah binti Hassan atau nama-nama Islam yang lain yang telah meninggal dunia pada.......dan pengkebumiannya akan dijalankan pada .......... di kawasan perkuburan Kristian di........ Terkejut badak juga pada mulanya.

Rupa-rupanya mereka yang beragama Kristian ada yang menggunakan nama Islam dan terma-terma Islam dalam kehidupan seharian mereka. Dan tiada siapa pun yang mempersoalkan hal ini sebab ianya tidak digunakan dengan rasmi. Cuma bagi kami dari Semenanjung yang datang bertugas di Sarawak berasa janggal sebab orang Kristian di Semenanjung menyebut Jesus.

SAYA MENENTANG PENGGUNAAN NAMA ALLAH DALAM HERALD, KERANA AGAMA KRISTIAN MENGAKUI NABI ISA ANAK TUHAN DAN MEREKA MENYEMBAH NABI ISA. SEDANGKAN ALLAH MAHA ESA DAN TIADA SEKUTU BAGINYA!

Friday, January 8, 2010

Waktu Tepat.......... Pukul Berapa?

Banyak juga pepatah yang direka mengikut bangsa, contohnya jangan beli basikal orang India, dah takde rupa basikal. Jangan beli kebun Melayu, semak samun,bukan kebun lagi, dah hutan rimba. Jangan percaya timbang Cina, mesti mengelat. Pepatah ini tidak direkod di mana-mana, hanya disampaikan dari mulut ke mulut di setengah-setengah tempat.

Yang paling kelasik sekali ialah pepatah ' Janji Melayu ', rasa-rasanya digunakan di semua tempat di Malaysia . Janji Melayu ialah , tidak tepat pada masa. Janji pukul 8 datang pukul 9.30, pendek kata yang menunggu tu, sampai berpeluh ketiak.

Masalahnya ialah bila janji pukul 8 tu, adakah pukul 8 berada di tempat yang dijanjikan, atau pukul 8 baru nak mandi, atau pukul 8 baru nak stat kereta ? Nampaknya kita kena sebut juga waktu yang kita janjikan itu dengan betul, iaitu pukul 8 di kedai Mamak Maidin atau pukul 8 turun dari rumah. Jadi senang orang nak tunggu.

Wednesday, January 6, 2010

Takut Hantu?

Masa dulu-dulu ibubapa selalu menakut-nakutkan anak-anak mereka dengan hantu, seperti, jangan main di tempat gelap tu, ada hantu, atau jangan lalu tepi kubur pada waktu malam, ada hantu, jangan panjat pokok besar tepi sungai tu, ada penunggu.

Cerita di tv pun banyak yang seram-seram sampai takut pulak nak dok sorang-sorang di rumah, takut hantu-hantu yang digambarkan dalam tv tiba-tiba muncul, mana tahu.

Bayangkan pelbagai jenis hantu yang ada di atas dunia ni, ada hantu yang hantu dan ada juga hantu orang. Hantu Cina yang jalan melompat-lompat ( in the movies ) ,hantu Melayu mesti berkain putih, hantu mat salleh pula pakai kot.

Seorang kawan beritahu dia tak seram dengan hantu orang putih, sebab dia yakin hantu tu takde kat Malaysia. Yang dia seram ialah hantu Melayu sebab boleh menjelma bila-bila masa dan di mana-mana saja, tak kira siang atau malam.

Di kampung saya dulu-dulu ada sekumpulan hantu orang yang suka pergi merayau-rayau di kawasan jirat China, mencuri barang-barang atau sekurang-kurangnya mencuri buah limau atas kubur Cina. Mereka terdiri dari golongan pemuda-pemuda kutu embun. Takde pulak dengar cerita mereka dikejar hantu!

Sunday, January 3, 2010

Oi, Latah Lagi!!

Orang tua dulu-dulu ramai yang suka melatah. Mereka akan melatah bila terkejut dan ada pula seorang dua yang kerjanya bagi sipelatah terkejut. Bila sipelatah terkejut , mereka akan membuat pelbagai aksi latah....ada yang menari, ada yang menyanyi, pendek kata apa yang orang suruh dia akan buat ( tanpa disedari? ).

Orang latah selalunya menjadi mangsa apabila ada keramaian, misalnya ada kenduri kendara apabila ramai orang berkumpul. Seolah-olahnya aksi latah itu menjadi satu hiburan pada mereka. Sampai letih tukang latah, barulah mereka berhenti menyakatnya.

Arwah Busu Mek ibu saudara saya yang sangat saya kasihi pernah menceritakan perihal orang latah semasa saya kecik dulu. Kononnya ada sepasang suami isteri yang kuat melatah. Pada suatu hari si suami balik dari pasar bawa ikan, bila tiba di tepi rumahnya dia nampak isterinya tengah bersantai sambil makan sirih di atas lambor. Dia pun nak bergurau dengan isterinya dengan membaling ikan itu, isterinya terkejut dan melatah lalu mengambil ikan tadi dibalingkan pada suaminya pula. Si suami pulak terkejut dan membalas balingan isterinya dan adegan baling membaling berlaku beberapa lama sehingga ikan tu lembik baru mereka sedar dari latah.( makan bubur ikanlah agaknya mereka hari tu! ).

Yang paling kuat latah ialah perempuan-perempuan yang separuh umur, perempuan muda takde pulak yang latah. Kalau perempuan muda melatah, alamatlah laki dia pergi mengorat perempuan lain........yang tak melatah!

Zaman Kanak-Kanak.....5

  Bila balik Rompin ramai-ramai takde  program lain melainkan pagi nak makan apa, tengah hari makan kat mana, petang minum kat mana, malam m...