Thursday, February 18, 2010

Telur kecil, telur besar

Mak Su Nab jiran saya di Kota Bharu seorang yang manis dan sangat bersopan santun. Semasa kami baru berpindah ke kawasan itu ( tahun 80an ) beliau dan suaminya Pok Su We datang menziarah kami. Saya dapati ada sekilo gula atas meja kecik, ingatkan Mak Su Nab tertinggal, rupa-rupanya itu buah tangan yang dibawanya. Maklumlah masa tu kurang pengalaman dengan adat mengunjung , buat daratlah pulak kamek tok!

Mak Su Nab ada sepasang anak kembar lelaki, kembar seiras, berumur lebih kurang 12 tahun pada masa tu. Kedua-dua kembar ni setiap pagi akan buat sarapan sendiri. Bila saya tanya MakSu Nab kenapa budak-budak tu masak sendiri, katanya, banyak kerenah kalau dia yang masak, mereka akan bergaduh sebab tak puas hati.

Menurut Mak Su Nab, pagi-pagi dia akan sediakan minuman satu teko di atas meja, kemudian tunggu kedua-dua kembar masuk dapur. Kalau ibu yang menuangkan air , mereka akan ukur air dalam gelas tu sesama sendiri, kalau air kedua-dua gelas tak sama paras, yang dapat kurang sikit tu akan merajuk dan kata mak tak adil. Mereka akan tuang lagi air dalam gelas, ukur lagi nak bagi sama banyak dan selalunya berakhir dengan air tertumpah dan kedua-duanya bergaduh.

Begitu jugak kalau Mak Su goreng telur mata kerbau, mereka akan ukur size telur, kalau tak sama, salah seorang akan merajuk kata mak tak sayang dia. Itulah yang berlaku setiap pagi, akhirnya Mak Su Nab biarkan mereka tuang air sendiri dan goreng sendiri telur untuk sarapan, biar kedua-duanya puas hati!

Rupanya ada hikmah disebaliknya, setelah berpindah dari KB saya dapat berita Mak Su Nab sakit teruk berbulan lama. Sekurang-kurangnya kedua-dua anaknya boleh menjaga diri sendiri sebab abang dan kakak mereka sudah berumah tangga dan sudah tinggal berasingan.

2 comments:

mohad said...

info yang menarik...

Kerabu Jantung said...

Terima kasih dan selamat datang!

Fikir Sejenak...

  Bagaimana kalau tiba-tiba terjadi ....Iza zulzilatil ardhu zilzalaha...ketika kita berada di tingkat 44? Pernah tak kita terfikir? Dulu sa...