Monday, March 29, 2010

Berputih mata........

Kisah seorang suami yang ingin berkahwin seorang lagi, yang sudah tentu ditentang oleh isterinya habis-habisan. Che' Abe ni sangat bijak orangnya, lalu dia offer Che' Akak.... Nak apa pun abe beri, mintak aje. Che' Akak tu pulak berpandangan jauh,...... kalu tok bui pong dio nikoh jugok.... jadi dia pun minta supaya renovate rumah cantik-cantik dan siap dengan kolam renang sekali. Anak tunggal mereka berpenyakit lelah yang acute, jadi doktor menasihatkan berenang adalah latihan terbaik untuk menguatkan badan. Selain itu dia minta sejumlah wang untuk perbelanjaan perubatan anak berserta dengan perbelanjaan pendidikannya hingga ke peringkat universiti.

Che' Abe melaksanakan permintaan itu dengan hati terbuka. Dalam pada itu Che' Akak tu ditalaq....talaq...talaq...talaq.....( tiga talaq doh weh! ). Selepas habis Che Abe berbulan bintang madu dengan isteri baru , dia pun teringat sangat kat Che Akak tadi, tiap-tiap hari datang rumah ex dia tu dengan alasan nak tengok anak, kadang-kadang sampai malam buat-buat tak nak balik, sampai kena perambat baru kelik.

Alkisah rupa-rupanya Che Abe sudah gila talak, tapi dek kerana talak tu dah unreversable ( irrevocable divorce ), dia pun minta pandangan rakan-rakan baiknya as how to get back to his first wife. Maka dinasihatilah oleh rakan-rakannya supaya dia menjalankan kaedah Blind Chinese ( rakan-rakan dia tu pulak mengaji fekah tak katam ). Dia pun memilih seorang rakan dia yang baru jadi balu untuk menikahi isterinya dengan janji supaya menceraikannya pula supaya dia dapat nikah semula dengan ex dia. Settt!

Setelah menikah Che Abe pun mengingatkan kedua-dua mempelai tadi tentang janji mereka, tapi ex dia terus jawab........tengoklah bang, kalau yang baru ni lebih baik dari abang ......sayonaralah bang!

No comments:

Fikir Sejenak...

  Bagaimana kalau tiba-tiba terjadi ....Iza zulzilatil ardhu zilzalaha...ketika kita berada di tingkat 44? Pernah tak kita terfikir? Dulu sa...