Sunday, June 27, 2010

Gigi Meninggal Dunia

Seminggu dua ni, sakit gigi tidak terkira, terutamanya pada waktu malam dan selepas makan. Boleh sabar pulak tunggu sampai dua minggu baru pegi jumpa dentist. Pada mulanya nak biarkan baik sendiri tapi tak jugak baik-baik.

Bila jumpa dentist dan setelah di x-ray, comfirmlah gigi saya dah hampir nak mati dan kena buat root canal . Gerun benar bila nak kena buat root canal sebab ada pengalaman pahit di Kuching 10 tahun yang lepas. Temujanji pertama, masa nak matikan urat gigi punyalah sakit, pangkal gigi ( gusi ) digerudi . Masa temujanji kedua stress bukan main, terlambat dan menggelabah takut nak menghadapi dentist. Reverse kereta terhentam tiang porch, senget kereta sebelah tepi. Rupa-rupanya part gerudi urat gigi dah selesai masa temujanji pertama dulu, kali ke2 ni hanya menampal saja! berbelanja besar pulak kena repair kereta.

Habibti Dr Fatma el Zahra was an excellent dentist. Tangan dia cekap mengendalikan gigi yang bermasalah. 25 tahun dulu I had the same tooth ache. After checking she announced that my gigi dah meninggal dunia and need to do root canal treatment. She even showed me urat gigi yang dikeluarkan dari dalam gusi.

Habibti mempunyai pengalaman yang luas sebagai dentist, pernah berkhidmat di kelinik pergigian kerajaan di Kota Baru, di Saudi Arabia dan di London. Akhirnya buka klinik sendiri di KB, sambil mengajar tafsir Quran secara sambilan sejak tahun 80an dan kemudian berhijrah ke KL menjadi pendakwah sepenuh masa hingga kini.

Her comment was, orang Kelantan paling kuat gigi, bila nak cabut payah sebab makan budu, ( which is rich in calsium! ). Budu anyone?

No comments:

Fikir Sejenak...

  Bagaimana kalau tiba-tiba terjadi ....Iza zulzilatil ardhu zilzalaha...ketika kita berada di tingkat 44? Pernah tak kita terfikir? Dulu sa...