Saturday, June 12, 2010

Mati semut kerana gula....dalam kuah rojak

Seluruh Malaysia dilanda panic attack sebab kekurangan gula. Suri rumah paling risau, tanpa gula, air apa nak dihidangkan untuk keluarga, takkan air kosong kut? teh kosong? kopi kosong? milo kosong? kenapa tidak, cuba dulu lama-lama jadi biasa.

Semasa balik Kedah baru-baru ni, ada yang memesan minta beli kuah rojak dalam bekas besar, tapi tak dijual, kata tokeynya kalau nak kena oder dulu. Gula susah dapat,jadi mereka tak boleh buat stok kuah rojak dalam bekas besar.

Kalau takde jual di kedai, boleh buat sendiri.

Bahan-bahan:
1 cawan gula pasir ( kalau suka campur gula merah )
beberapa biji cili kering, rendam dalam air panas ( ikut pedas dan boleh campur cili api )
kicap hitam
asam jawa sebesar telur ayam gred C bancuh dengan air secukup boleh diblend.
kacang tanah goreng , tumbuk kasar ( optional )

Cara-cara:
Blend kesemuanya ( biar pekat ) dan bolehlah simpan dalam bekas. Tabur kacang bila nak makan.

Bahan utama kuah rojak ialah gula. Jadi, kena berhati-hati kalau makan rojak buah tu, terutamanya yang ada diabetes, takut nanti ubat yang dimakan tak dapat melawan gula yang masuk bertalu-talu ke dalam darah! Bila pegi spital kena tambah ubat lagi!

No comments:

Fikir Sejenak...

  Bagaimana kalau tiba-tiba terjadi ....Iza zulzilatil ardhu zilzalaha...ketika kita berada di tingkat 44? Pernah tak kita terfikir? Dulu sa...