Saturday, July 17, 2010

Duit Turun Dari Langit!

Pada akhir tahun 1960an di kampung saya dan di kawasan sekitarnya sibuk benar dengan lori balak, pergi balik ke Singapura. Masa tu perusahaan kayu balak baru bermula dan ramailah tokey-tokey chinks dari Singapura turun ke negeri Pahang, melabur dan melobi kawasan-kawasan balak.

Ramai juga pegawai-pegawai yang bertugas menggred kayu balak yang nak di bawa ke Singapura. Tujuan menggred kayu balak tu ialah untuk menentukan pokok kayu yang besar saja yang di tebang. Masa tu saya mahir dengan nama-nama kayu jenis tropical hardwood seperti mempelas, tembesu, resak, kemuning dan lain-lain.

Orang kampung pun sebok bercerita, bagus sipolan tu kerja mengred balak, banyak dapat duit luar. Mereka jadi golongan orang yang sangat berduit dan bini-bini depa pun memakai gelang emas sampai ke siku. Meleleh air liur orang kampung tengok gelang yang bersilau-silau tu. Dan ibu-ibu pun mengimpikan anak dara mereka dapat berkahwin dengan pegawai-pegawai yang menggred balak.

Bila dah hidup lama sikit barulah faham bahawa duit luar tu ialah duit upah mengelat ketika menggred kayu. Kayu kecik, kayu besar semua ok.Oleh kerana mengelat tu mereka dapat upah dari tokey-tokey balak. Orang kampung dok sangka Tuhan turunkan rezeki terpijak...................Tak faham pun benda apa yang mereka buat, salah ke betul, maklumlah ia fenomena baru selepas merdeka. Duit yang turun dari langit begitu pertama kali berlaku di kawasan kampung kami.

Pada awal tahun 70an kami dikejutkan pula dengan peristiwa penangkapan-penangkapan oleh pencegah rasuah. Barulah orang kampung pakat-pakat celik mata O..O..O.. RASUAH RUPENYE!....Masuk tahun 80an barulah tau rasuah tu hukumnya haram dari segi syarak dan juga dari segi undang-undang negara!

No comments:

Fikir Sejenak...

  Bagaimana kalau tiba-tiba terjadi ....Iza zulzilatil ardhu zilzalaha...ketika kita berada di tingkat 44? Pernah tak kita terfikir? Dulu sa...