Wednesday, September 29, 2010

Do Not Beat The Dongson Drum

Kalau seorang sahabat datang menceritakan sesuatu kepada kita, kemudian meminta kita merahsiakan cerita tu ( sebab dia sangat memerlukan seseorang untuk meluahkan rasa hatinya dan untuk meringankan beban emosinya ), adakah kita selepas itu secepat kilat mengangkat cable dan menyiarkan berita hangat macam yang CNN buat setiap pagi , petang ,siang , malam tu?

Semoga Allah beri ganjaran yang baik bagi yang memikul amanah. Jangan meluahkan rasa pada orang yang tak amanah, takut nanti secret yang sangat secret tu rupe-rupenye dah jadi open secret!

Kalau rahsia tu boleh memudaratkan orang lain, jangan tangguh lagi, repot aje pada polis! jangan lupa dah repot tu fotostat surat repot atau ambil nombor repot tu. Macam yang berlaku pada jiran saya, suaminya dah langgar lori yang tengah relaks tepi jalan. Habis rebeh sebelah kereta dia, lalu dia pergi repot polis untuk claim insuran. Tak taulah macam mana ceritanya, dia kena buat repot sekali lagi pada minggu yang berikutnya sebab pegawai yang bertugas pada minggu berikutnya tak tau nak cari mana repot yang dah dibuat pada minggu yang lepas tuh!

Huh! dah berbelit-belit pulak cerita repot kat balai polis ni!

Monday, September 27, 2010

Tak Makan Saman

Hujung minggu lepas kami ke Kuantan menghadiri kenduri kahwin. Tak sangka pulak bertemu dengan ramai ahli keluarga tuan kenduri. Walaupun dah lebih 30 tahun tak bertemu dengan mereka tapi kami masih mengenali antara satu sama lain.

Ramai di antara mereka rata-rata 10 - 15 tahun lebih muda dari saya ( mereka adalah adik-adik , sepupu dan ibu saudara tuan kenduri ). Apabila bertanya kabar, masing-masing menceritakan keadaan mereka, ada yang mengidap diabetik, ada yang telah mendapat kanser payu dara. Yang mendapat kanser payudara memberitahu bahawa dia telah kehilangan payudara, tapi telah disahkan oleh doktor bahawa dia sudah berada di zon selamat sejak 10 tahun dulu. Sekarang ini dia menjalani kehidupan yang normal. Alhamdulillah!!

Bagi yang mengidap diabetik pula, kedua-duanya memberitahu saya mereka telah menggunakan insulin ( ubat cucuk ) sejak dua tahun yang lepas. Saya tanya mereka, adakah mereka masih minum air manis dan makan manis banyak sangat. Jawapan mereka nak buat macam mana, tak boleh nok gi kalau tak minum air manis atau makanan manis. Mereka pun tunjuk pada saya segala parut-parut kudis di kaki dan di tangan mereka yang telah menjadi hitam.

Saya yakin doktor dah berbuih mulut nasihatkan mereka, tapi seperti biasa ramai yang buat tak makan saman. Kedua-duanya masih muda, umur baru dalam pertengahan 40an dan seorang lagi baru mencecah 50 tahun. Semoga tv mengiklankan lebih banyak lagi akibat buruk yang menimpa seseorang jika gula dalam darah mereka tinggi melambung. Mungkin mereka rasa takut sikit, dan kurangkan gula dalam makanan mereka!

Iklan tv yang berterusan lama kelamaan dapat mendidik rakyat yang mungkin kurang faham dengan penyakit-penyakit besar seperti diabetik, darah tinggi, kolesterol tinggi, denggi dan virus H1N1 atau HIV yang boleh membawa maut . Termasuk juga menjaga kebersihan di tempat awam dan di tandas awam ( kasihanilah pengguna-pengguna yang lain ! )

Wednesday, September 22, 2010

Musibah Besar Melanda

Air Sungai Indus di Pakistan telah merempuh tebing dan menenggelamkan kawasan sekitarnya , melibatkan sekurang-kurangnya 18 juta penduduk menderita dan sengsara kehilangan rumah dan harta benda. Paling menderita ialah kanak-kanak kecil , mengikut United Nations Children's Fund ( Unicef ) yang menganggarkan 105,000 kanak-kanak di bawah umur 5 tahun mungkin akan mati akibat kekurangan makanan dan kebuluran dalam anggaran sehingga 6 bulan .( Lihat Unicef untuk gambar-gambar dan maklumat lanjut ).

Nst pada hari ini , Khamis 23 Sept bertajuk -- A place where kids face a slow death, membuatkan hati saya sungguh geram kerana ada kematian yang berlaku disebabkan kongkongan adat dan agama ( ? ).Suhani Bunglani adalah seorang ibu di antara berjuta-juta ibu yang mungkin menghadapi masalah yang sama, iaitu rela melihat anaknya mati dari menghantar anaknya ke hospital semata-mata kerana tidak mendapat kebenaran dari suaminya ( yang tidak berada di tempat itu pada waktu itu ).

Sepatutnya dan sebenarnya walau dalam keadaan apa pun mesti ada peruntukan bila berlakunya keadaan darurat. Suhani Bunglani begitu takut nak bawa anaknya ke hospital walaupun truck telah menunggu untuk membawanya pergi. Setelah mendapat jaminan dari bapanya barulah dia bawa kedua-dua anak perempuannya yang mendapatkan rawatan, itu pun hatinya masih takut akan reaksi suaminya apabila dia pulang nanti ( entah dari mana ).

Kasihan kaum wanita hidup begitu terkongkong dengan adat dan ugama sehingga begitu takut bertindak sendiri tanpa kebenaran suami. Seolah-olahnya tugas wanita hanya untuk melahirkan anak-anak aje. Suhani ada tiga anak yang dilahirkan setiap tahun. Anak pertama berumur 2 tahun, anak kedua 1 tahun dan anak yang baru lahir meninggal dunia kerana kebuluran, kepanasan dan keadaan tempat tinggal ( kem) yang kotor dan tak terurus.

Tak taulah bagaimana mereka hendak meneruskan hidup dengan mangsa yang ramai sebegitu, adakah yang sanggup memberi bantuan secukupnya dan sepenuhnya? Adakah masa akan memulihkan mereka? dan berapa lama pulak masa tu?

Ya Allah, selamatkan Malaysia semoga tidak dilanda musibah yang sebesar itu!

Tuesday, September 21, 2010

Kecuaian Membawa Padah

Apa yang berlaku di Seremban pada 20hb September begitu mengejutkan, seorang bayi perempuan berumur 3 bulan telah tidak sedarkan diri dan diistiharkan meninggal dunia setelah sampai di hospital Seremban.

Lebih sepuluh tahun dulu, perkara yang sama berlaku pada seorang rakan. Anak beliau yang berumur beberapa bulan telah meninggal dunia ketika sedang menghisap susu di rumah penjaganya.

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, adakah nurseri atau day care centre berdaftar atau tidak, kalau berdaftar, adakah pekerja-pekerja mereka mempunyai kelayakan dan kemahiran, dan latihan nak jaga anak-anak orang tu. Kalau main tangkap muat aje, inilah jadinya. Atau tak cukup kaki tangan nak mengendalikan kerja-kerja mereka dengan alasan sukar cari pembantu. Katakanlah 20 orang kanak-kanak dan bayi, mana mungkin cukup dengan 2 atau 3 orang kakitangan saja!

Sepatutnya pemantauan perlu dibuat ke atas pusat-pusat penjagaan kanak-kanak. Pastikan penjagaan sempurna atau tidak, makanan yang diberi berkhasiat atau tidak ( ada juga yang menghidang mi maggie pada kanak-kanak kecil ) dan pekerja-pekerja pula perlu ada perasaan kasih sayang dan belas kasihan pada kakan-kanak. Kalau yang cengil dan kepala tak betul, jangan diambil bekerja!Mereka perlu amanah menjalankan kerja-kerja yang
dipertanggungjawabkan, maklumlah, kanak-kanak adalah anak- anak manusia bukan anak ayam atau anak kucing yang boleh dipelihara secara sambil lalu aje.

Eh, ade ke badan-badan kerajaan yang sepatutnya menjaga hal ehwal sebegini?

Sunday, September 19, 2010

Masih Raya Lagi.............

Masih berhari raya? Raya belum habis, rumah - rumah masih terbuka, cuma ada juga sesetengah kita yang gundah gulana. Kenapa seluar, baju makin ketat? Agaknya dah mengecut bila kena basuh. Jadi jangan risau, raya belum cukup 30 hari lagi.

Miss Fanta buat nasi tomato dan ayam masak merah yang istimewa dan dah dikurangkan sedikit penggunaan minyak sapi, butter serta susu cair atas permintaan . Di samping mihun goreng , freshly baked cake, kuih tat dan biskut dahlia ( biskut bunga cina ) dan berbagai-bagai lagi kuih-kuih kering dalam balang menunggu kami. Dan sebuah mesin penimbang berat badan berada di sudut yang kami boleh nampak. Takpe, makan dulu timbang kemudian!

Cik Fanta kata, jangan risau, penimbang tu ada sikit kreko. Kalau berat naik, jangan percaya sebab mesin tu sewel sikit. Kalau berat turun, tu boleh percaya, katanya dengan penuh serious. dia taulah sebab tu mesin timbang dia punya

Yeah.......carry on eating.........

Meanwhile in govt hospitals and private clinics, people are queuing up to see the doctors.

Ramai yang mengadu sakit kepala sebab tekanan darah makin tinggi, gula dalam darah naik, kolesterol bertambah tebal, sakit perut, sakit tekak dan batuk-batuk. Ahh......itu fenomena biasa lepas raya. Bila dah habis cuti, masuk kerja, naik lrt turun lrt, naik bas turun bas, pagi-pagi pusing KL hantar anak ke nurseri , hantar anak ke sekolah, hantar isteri ke pejabat, malam pulak hantar anak ke tempat tuisyen, ke tempat mengaji Quran dan fardu ain, siapkan makan malam dan berbagai lagi kesibukan yang tak terkatakan, maka raya yang sebulan tu sesungguhnya berbaloi ( ? )..........

Friday, September 17, 2010

Tak Jumpa Cari Kebahagiaan

Sesungguhnya apa yang kita rancangkan tak akan semuanya menjadi. Ada yang lain rancang lain jadinya. Pernah berlaku dalam hidup seseorang, yang selama hari ini menjeruk hati kerana hidupnya tak bahagia. Semuanya disalahkan pada suaminya yang sejak pencen asyik menyusahkannya saja. Apa taknya, laki dia tu dah jadi macam begitu bergantung padanya, semua perkara perlu disediakan oleh isterinya, nak minum air suruh isteri ambil, setokin, kena letak dekat kaki , makan pulak pagi masak lain , petang masak lain. Kira-kiranya makcik tu macam nak histerikal dibuatnya.

Dia sentiasa mengadu, bilalah dia nak hidup senang, makin tua, makin teruk, sampai tak ada masa nak ambil tahu hal diri sendiri, katanya. Nak dijadikan cerita si suami pun jatuh sakit dan meninggal dunia. Kami fikir sudah tentulah dia begitu bahagia, selama ni dia komplen tak dapat cukup duit di tangan sebab suami dia aga kedekut. Sekarang dia boleh berihat cukup-cukup, tak payah masak teruk-teruk, semua duit pencen suami dia dapat, boleh belanja apa dia suka. Orang yang jadi penghalang kebahagiannya dah tiada!

Tapi , tiba-tiba pulak dia tak bahagia........ tiada orang tolong buangkan sampah, rumput panjang dia kena uruska, segala bil dia kena selesaikan, dan macam-macam lagi benda yang dia tak ambik tahu selama ni tiba-tiba jatuh atas kepala dia. Yang paling hebat sekali, hidup dia dah tak bermakna, kesorangan, tak ada orang nak dibuat berkelahi, hidup pun kurang mencabar tak macam dulu.

Pendek kata, dia dapat sepenuh kebebasan yang diimpi-impikan selama ini, duit penuh di tangan, boleh lepak sesuka hati tak payah masak pagi petang, tak ada sesiapa yang menyakitkan hati dia lagi..................tapi kenapa tak bahagia pulak?

Wednesday, September 15, 2010

Tak Patut...........

Ramai orang mempersoalkan kenapa ramai yang sanggup bayar tuisyen anak-anak tak kira semahal mana pun. Bila sampai tang anak mengaji Quran, begitu diperlekehkan seolah-olahnya guru Quran tu patut ajar free aje, tak ikhlas kalau harapkan bayaran. Sebab tulah ustaz kata, guru Quran mesti ada kerja lain ( pendapatan lain ) sebab kalau harap ikhlas orang aje, lama-lama tak boleh beri makan anak bini!

Begitulah nasib yang menimpa ahli keluargaku di kampung. Asal-asalnya tolong ajar anak jiran dua orang , lama-lama makin ramai hingga 20 orang. Dah serba salah nak tolak, pakat-pakat minta tolong . Ada yang janji dua orang anak aje, bila bawak jadi 6, tambah 2 anak adik dan 2 anak abang.

Bukan pulak dia nak mengungkit, tapi punyalah blurrr mak bapak budak-budak tu, main serah aje anak mengaji, tak fikirlah susah payah orang mengajar, sampai kering tekak, bulan pertama hulur jugak 10 ringgit untuk anak 2,3 orang , bulan yang kemudian-kemudiannya pulak buat-buat tak ingat nak unjuk hulur. Ada yang sanggup kata, anak dia asyik pergi tuisyen ( sebab nak periksa upsr ) jadi mengaji pun tak cukup 5 kali seminggu atau dengan kata lain, tak nak bayarlah tu!

Yang anehnya ada tempat mengaji di kawasan dekat-dekat situ, tapi kena bayar 20 ringgit satu kepala, semua pakat-pakat tok se ata ngaji belako , mugo anok ghama , soghe-soghe tu ado tigo pak anok! kalau tak mampu bayar mahal pun bertabik-tabiklah sikit, buat-buatlah budi ke tok guru tu. Janganlah lepas serah anak, batang hidung mak bapak pun tak nampak. Kalau jumpa di pekan sari pun buat-buat tak kenal!

Begitulah adenye! jangan main serah-serah aje anak-anak tu akak oii, nanti kena tok guru ajar ilmu songsang, barulah terkedu!

Monday, September 13, 2010

Tat Nenas!

Selepas raya ni kena pulak bermuhasabah diri, tengok balang kuih-kuih raya yang berderet, banyak lagi ke kuih-kuih tu? Adakah apabila habis 30 hari beraya , kuih dalam balang masih banyak? Kalau dah tinggal serdak aje, kita adalah orang yang pandai merancang, tapi kalau banyak lagi dan boleh simpan hingga ke tahun depan...... dah kantoi lah tu!

As for me, mengambil iktibar dari tahun-tahun lepas yang kebanjiran kuih tat, jadi pada tahun ni pesan pada anak-anak jangan beli banyak -banyak lagi, memadai 1 atau 2 balang ( 50 - 100 ) biji saja. Apa yang berlaku ialah kuih kegemaran kami anak beranak langsung tiada . The only tarts yang kita pesan tu tak dapat dipenuhi permintaannya di saat akhir. Woo..raya tanpa tat nenas macam raya tanpa ketupat dan rendang ( walaupun merdeka lebih 50 tahun otak masih terjajah lagi!)












Tapi nasib baik pulak on the second hari raya, Fantaghiro terkedek-kedek datang bawang sebalang tat yang dibuat sendiri, tat yang nenasnya dari jenis Josephine. Cik Fantaghiro pulak kalau takde nenas Jo tu, tak buat tat lah dia. Thank u Miss Fanta, you save our raya!

Sunday, September 12, 2010

Raya Goodies.......Cakaq Ayam!









Selamat Hari Raya! Oleh kerana tahun ini Eidul Fitri jatuh pada hari Jumaat , kita dapat mendengar dua khutbah. Tok khatib telah berpesan pada dirinya dan jemaah , selepas khutbah raya akan ada lagi satu iaitu khutbah Jumaat. Jadi kaum lelaki diingatkan agar tidak melupakan sembahyang Jumaat pada sebelah tengahari.

Ada lojiknya pesanan tu walaupun sesetengah orang fikir itu hanyalah peringatan yang remeh temeh. Mana tahu kalau terlampau banyak makan ketupat , lemang, rendang ayam, daging, hati ,paru......tiba-tiba gelap mata dan tersadai ( mabuk lemang / mabuk rendang ), dah tentu tak boleh sembahyang Jumaat. Atau, tiba-tiba aje perut meragam, pun tak boleh sembahyang Jumaat juga adenye!

Selain dari makanan yang heavy weight di atas, adalah lagi juadah-juadah sampingan.........raya cookies..! Masa kecik-kecik dulu, kuih raya yang utama ialah putu kacang, kuih tat dan kuih semperit. Sekarang ni macam-macam lagi kuih raya yang cantik-cantik dan sedap-sedap, tak payah susah-susah buat sendiri....belanar ada jual kat gerai-gerai Ramadhan dan di pasar raya. Boleh main tunjuk-tunjuk aje dah siap kuih raya!



Pemandangan gerai kuih raya di Jalan Masjid India sebelum raya. Harga berpatutan, pendek kata beli lagi untung dari buat.


As for me my favourite ever kuih raya is.............Kuih Semperit







As for my husben ( old timer's choice), his favourite ever is............Putu Beras!





                                                                         


Everyone's favourite ..............Tat Nenas!








Me husben second favourite kuih raya is kuih zaman Jepun..............Cakaq Ayam ( eh, kuih raya ke ni? )







Eid Mubarak!






Tuesday, September 7, 2010

Malam Lailatul Qadar

Apakah dia Lailatil Qadr ? iaitu malam yang lebih baik dari 1,000 bulan. Dan sentiasa ditunggu-tunggu pada 10 malam- malam terakhir Ramadhan.

Maka pada malam-malam itu ramailah yang menunggu-nunggu, ada yang tak tidur ( sambil tu tengok-tengok movie dalam cd ), ada yang berdengkur ( apa kisah lailatul Qadar ke tak, orang mengantuk weh!). Ada yang menjengah-jengah keluar tingkap, ada yang memandang-mandang langit.

Ramai pula yang bercerita dia nampak itu Lailatul Qadar.....bila dia buka tingkap rumahnya di kampung dia nampak kabus bergulung-gulung macam ombak di atas hamparan sawah padi. Pagi esoknya riuh sebuah rumah dihebahkan dia jumpa malam Lailatul Qadar. Riang tak terkira, sampai ke anak cucu tak habis cerita.

Cerita yang standard ialah seseorang balik rumah waktu tengah malam, singgah di perigi, dia heran kenapa dahan ketapang melampai ke tanah, sedangkan pokok ketapang tu begitu tinggi. Lalu dia pun sangkut tuala atas dahan itu, bila bangun pagi esok, tuala dah berada di dahan paling atas pokok ketapang yang tinggi lebih dari 10 kaki tuh!. Riuh sekampung cerita sipolan tu dah bertemu dengan Lailatul Qadar. Jadi herolah dia sekejap. Tapi siapa dia dan kampung mana berlaku cerita tu taklah disebut, ianya semata-mata cerita saja - menceritakan bagaimana orang bertemu dengan Lailatul Qadar di Malaysia ni!

Dari dulu hingga kini ada juga yang berharap nak bertemu pokok-pokok sujud di tengah malam atau jumpa sesuatu yang pelik seperti kabus bergulung tadi.

Ustaz, tok guru , pendakwah, tok imam, tok lebai, tok katib dan lain-lain terangkan sikit bagaimana persiapan dan adab-adab untuk bertemu dengan al Qadr. Semoga takdelah yang terjengah-jengah ikut tingkap lagi!

Saturday, September 4, 2010

Leftovers!

Hari ni buat spring cleaning , terlalu banyak pinggan kecil, mangkuk kecil dan bungkusan kecil besar dalam fridge dan freezer! Tambahan pula dibulan puasa sentiasa ada aje yang tak habis makan. Nak dibuang sayang, mungkin nak makan lagi atau kalau buang membazir pulak.

Raya akan menjelang sehari dua lagi, banyak lagi barang baru yang nak masuk. Jadi dengan penuh nekad, sekali ni, mesti buang semua makanan-makanan yang dah luput tarikh tu!

Here's what I got:



Duduk tersengkang dalam freezer kuah asam laksa yang telah disimpan pada minggu pertama puasa, dengan harapan nanti kalau nak makan laksa senang kuah dah ada. Rebus laksa dan siapkan ulam-ulam, begitu mudah! Setelah 3 minggu berlalu tak teringat pun nak makan laksa!




Kek pisang disimpan sebelum puasa lagi, simpan punya simpan, mana tahu teringin makan kueh manis. Tapi sampai dah dekat raya tak sempat pun nak makan.



Cream puff my daughter made, I reheated and was left in the oven for a few days! masa siang fikir nak makan buka puasa, bila buka puasa makan aje apa yang ada di depan mata. Dah tak ingat yang lain!



Bubur jagung, my other daughter bought at pasar Ramadhan last week, tak habis makan, kononnya nak sambung makan kemudian, bila datang itu kamudian langsung tak teringin nak makan apa dah.



Mi goreng my life partner bought at pasar Ramadhan beberapa hari lalu, sebab teringin bila tengok masih panas , kini dah keras kesejukan , dah seminggu dok dalam negeri eskimo tuh! Sebenarnya ada sebungkus lagi mihun dalam fridge tu!



French bread dengan keju tak habis makan sejak awal puasa, tak tau nak buat apa, sumbat aje dalam fridge! Karipap, agar-agar, tak sampai hati nak buang, doklah kat situ sampai beberapa lama pun! semua orang tak kisah.



Air tebu fresh dari kebun jiran, simpan dalam freezer untuk mengekalkan kesegarannya. Dah lama jugak dok bertapa dalam freezer. Dan sudah dilupakan!



Sehari dua ni murah pulak rezeki, teringin nak makan bubur lambuk, pegi ambik sebungkus di masjid dekat rumah, bila balik, jiran sebelah tambah pulak lagi dua bungkus ( dia ambil di masjid yang lain ). Masih ada lagi yang berbungkus tak sempat makan!



Nasi goring, sayur goring, tak tau kenapa, semua orang tak nak habiskan, tinggal sikit lagi , kut-kut ada orang pelarian yang tengah kelaparan datang mintak makan tengah malam. Walau pun dah banyak malam tapi tak datang-datang juga orang pelarian tu!



And the grand dame of all the leftovers is .............. sebungkus nasi beriyani kenduri kahwin anak kawan dan pengantinnya dah pun melahirkan seorang anak ! sebab simpan kat freezer ialah ia sangat sedap dan saya berhajat satu hari nanti nak buat ayam masak merah nak makan dengan nasi tu sekali lagi. Sebab kedua ialah, ia sangat banyak tak sampai hati nak buang! dah jadi permanent resident dalam freezer tu!



Ikan bilis, tempe, dan secebis telur masin buat ubat kolesterol dan darah tinggi di bulan puasa ni, sentiasa menunggu mangsa nak strike. Dah lama jugak dia tunggu kat situ!



Beberapa hari lepas sekali lagi life partner pergi pasar Ramadhan, dan teringin benar dia bila tengok kobis masak lemak ni, jadi beli sikit untuk buka puasa dan yang selebihnya menjadi lemak tepu!



Waktu siang nampak tembikai macam nak beli selori, bila dah buka puasa , nilah jadinya - dah hampir nak bertunas biji dok tersepuk dalam fridge. Tak sempat nak makan sebab tak cukup perut nak isi.

YANG ARIF,

SAYA MENGAKU TIDAK BERSALAH DALAM HAL INI, SALAHKAN AHLI KELUARGA SAYA YANG LAIN SEBAB DEPA TU YANG TAK NAK HABISKAN MAKANAN YANG SAYA HIDANG!!!

Friday, September 3, 2010

Subuh Gajah!

Masa dulu-dulu, orang tua-tua selalu cakap beralas dan suka memberi peringatan serta pengajaran. Antaranya yang saya masih ingat, kalau seseorang suka sembahayang subuh di akhir waktu, mereka akan diingatkan....

........dok asyik subuh gajah aje...bangunlah awal sikit!

atau , kalau sembahyang jemaah asyik datang lambat ......

...jemaah ape benda dok asyik masbuk aje.......pegilah masjid cepat sikit...

atau kalau seseorang nak melakukan sesuatu yang baik.........bismillah molek-molek dulu....

atau kalau buat perkara tak elok........mu kena tobat bebenar...

Ibu saya selalu menngira-ngira fasal bulan dan anak bulan,

Ni dah masuk bulan berapit ( bulan Zulkaedah dan Zulhijjah ) atau dah nak masuk malam 15 hb (Kalendar Islam, masa dulu depa claim Bulan Melayu ) bulan mengambang penuh atau baru masuk bulan (1 hb ), bulan gelap.....

atau, buat kerja tu betul-betul, biar ada toma'ninah sikit!

Ketika mula -mula kenal dengan Habibti pada tahun 80an dulu, agak cemburu sikit bila dengar dia bercakap. Assalamualaikum, insyaAllah, masyaAllah, tabarakAllah, lahaula wa la.. ,astaghfirullah, selawat setiap kali lupa dalam percakapan , innalillah dan sebagainya menyebabkan saya terfikir betapa untungnya Habibti dapat pahala free asyik sebut nama Allah. Begitu juga dengan mengagungkan nama-nama Allah setiap kali bercakap mengenai sesuatu yang berkaitan, seperti Allahul Khaliq, ya Salaam, ya Karim dan lain-lain lagi.

Bila bertamu di rumah beliau segala kata-kata manis dan puji-pujian akan dikeluarkan kepada tetamu sebagaimana adat orang-orang Mesir dan Timur Tengah, seperti anti 'asal ( manis macam madu ) , anti munawwarah dan lain-lain dan kesemuanya ada jawapan balas untuk tuan rumah pula yang diajar pada saya. Bila sampai tang anti munawwarah....ah sudah, apa nak jawab ni? Wan dengan tergelak menyarankan - apa susahnya, jawab Madinah , doh mugo Madinah Munawwarah...he..he...........

Ahh... sangat rindu pada kehidupan yang begitu santai di KB dulu!

Err....bila tengah buat ketupat tu jangan lupa beristighfar sebagai penutup adegan melepat-lepat tuh!

Zaman Kanak-Kanak.....5

  Bila balik Rompin ramai-ramai takde  program lain melainkan pagi nak makan apa, tengah hari makan kat mana, petang minum kat mana, malam m...