Monday, September 27, 2010

Tak Makan Saman

Hujung minggu lepas kami ke Kuantan menghadiri kenduri kahwin. Tak sangka pulak bertemu dengan ramai ahli keluarga tuan kenduri. Walaupun dah lebih 30 tahun tak bertemu dengan mereka tapi kami masih mengenali antara satu sama lain.

Ramai di antara mereka rata-rata 10 - 15 tahun lebih muda dari saya ( mereka adalah adik-adik , sepupu dan ibu saudara tuan kenduri ). Apabila bertanya kabar, masing-masing menceritakan keadaan mereka, ada yang mengidap diabetik, ada yang telah mendapat kanser payu dara. Yang mendapat kanser payudara memberitahu bahawa dia telah kehilangan payudara, tapi telah disahkan oleh doktor bahawa dia sudah berada di zon selamat sejak 10 tahun dulu. Sekarang ini dia menjalani kehidupan yang normal. Alhamdulillah!!

Bagi yang mengidap diabetik pula, kedua-duanya memberitahu saya mereka telah menggunakan insulin ( ubat cucuk ) sejak dua tahun yang lepas. Saya tanya mereka, adakah mereka masih minum air manis dan makan manis banyak sangat. Jawapan mereka nak buat macam mana, tak boleh nok gi kalau tak minum air manis atau makanan manis. Mereka pun tunjuk pada saya segala parut-parut kudis di kaki dan di tangan mereka yang telah menjadi hitam.

Saya yakin doktor dah berbuih mulut nasihatkan mereka, tapi seperti biasa ramai yang buat tak makan saman. Kedua-duanya masih muda, umur baru dalam pertengahan 40an dan seorang lagi baru mencecah 50 tahun. Semoga tv mengiklankan lebih banyak lagi akibat buruk yang menimpa seseorang jika gula dalam darah mereka tinggi melambung. Mungkin mereka rasa takut sikit, dan kurangkan gula dalam makanan mereka!

Iklan tv yang berterusan lama kelamaan dapat mendidik rakyat yang mungkin kurang faham dengan penyakit-penyakit besar seperti diabetik, darah tinggi, kolesterol tinggi, denggi dan virus H1N1 atau HIV yang boleh membawa maut . Termasuk juga menjaga kebersihan di tempat awam dan di tandas awam ( kasihanilah pengguna-pengguna yang lain ! )

No comments:

Fikir Sejenak...

  Bagaimana kalau tiba-tiba terjadi ....Iza zulzilatil ardhu zilzalaha...ketika kita berada di tingkat 44? Pernah tak kita terfikir? Dulu sa...