Friday, October 29, 2010

Pilihanraya Kecil Banyak Kali Lagi ...

Orang suka bila ada pilihan raya , tak kira besar atau kecil. Kawasan yang tak pernah diambil peduli oleh wakil-wakil mereka akan berubah wajah. Kalau dulu ramai orang kampung yang tak kenal wakil rakyat mereka , bila tiba pilihan raya - budak atas dukung mak pun kenal.......mak.. tu tok wakil kitee.........( terkejut badak mak budak tu, sebab anak dia kenal wakil rakyat! )

Masa nak mengundi, mintak apa pun boleh - nak supermarket, nak hospital, nak wifi, nak padang golf, nak hiway kat kampung....boleh, semua boleh! Bior bebenor pakcik oi.......Buat ape tak mintak kilang besar atau perusahaan ape-ape yang patut, ada juga peluang pekerjaan kat kampung. Kalau orang dah tak menganggur , ada kerja tetap dan dah banyak pitih, tok wakil datang 5 tahun sekali pun takpe. Tapi, awas-awas kalau orang lain potong jalan, jangan pulak berpeluh sejuk tok wakil!

Pendek kata, musim mengundi, rakyat setempat akan makmur - kedai makan, rumah sewa, kerja-kerja sambilan, pasang banner, itu ,ini , sewa mikrofon, cetak t-shirt, dapat makan free dan boleh pulak berjumpa dan berjabat salam dengan orang besar-besar. Pendek kata sepanjang masa kempen, macam hari rayalah jugak! Sebab tu ada jugak yang dajal mintak doa bagi wakil rakyat dia mati, sebab nak dapat free wifi kat kampung dia! ( dok baik awe buat doa lagu tuh! )

Setelah habis mengundi, maka senyap sunyilah kampung tu seperti sedia kala. Tinggallah segala sampah sarap bersepahan atau janji-janji( ? ) manis. Diharapkan semoga kampung yang di ceruk-ceruk hulu akan berubah wajah dengan kepimpinan tok wakil yang baru yang lebih amanah dan yang lebih berusaha dan yang lebih sayangkan kampungnya dan yang tak pentingkan statusnya dan yang lebih baik dari yang sebelumnya....dan......dan......

Hingga berjumpa dilain pilihanraya tak kira kecik ke besar !

Thursday, October 21, 2010

Buat Repot Polis...................

Buat polis repot, lepas tu buat ape pulak?

Beberapa tahun dulu, saya pergi ke Giant Taman Permata Ulu Kelang, waktu hari bekerja , saya dapati ramai remaja lelaki dan perempuan merayau-rayau dipersekitaran kawasan membeli belah tu. Mereka jual kalendar untuk mengutip derma anak-anak yatim. Dan takde sapa yang sudi membeli ( mungkin ada seorang dua yang bersimpati ). Sepatutnya mereka berada di sekolah sedang belajar.....adakah mereka tak bersekolah?

Apa yang memeranjatkan saya ialah, datang seorang dewasa ( lelaki ) , memarahi budak-budak tu, sebab kalendar yang dijual tak laku dan dia mengarahkan remaja-remaja tu supaya ( agaknya ) lebih agresif lagi menjual supaya cepat laku.

Jadi saya pun kasihankan budak-budak tu, dan saya fikir tentu mereka telah diexploit dengan buat kerja-kerja begitu, atau mungkin ada penipuan yang berselindung di belakang persatuan anak-anak yatim, jadi saya pun pergi buat repot polis. Tak tahu pulak nak repot kena bayar! nasib baik ada duit! ( kalau nak repot beg tangan kena ragut dan duit takde sesen dalam tangan, macam mana? )

Aktiviti menjual-jual kalendar ni banyak berlaku, terutamanya di akhir-akhir tahun. Bagi saya kalau nak minta derma, janganlah dipertanggungkan ke atas budak-budak tu, banyak cara lain lagi yang boleh dibuat, pihak pengurusan perlu bekerja dengan lebih kuat, pintar, untuk mendapatkan sumber kewangan! Wallahu a'lam!

Persoalannya apakah kesan dari repot polis tu? adakah kita kena pegi buat follow up pulak..... atau mereka akan tanya -- jadi, apa awak nak buat, nak saman rumah anak-anak yatim tu ke?....... atau mereka akan pergi menyiasat ke tempat tu........eh, depa boleh kata kalau ada 1000 repot satu hari takkanlah kami nak siasat semua!

...............................tak tahu apa.......tahu repot aje!..................................

Monday, October 18, 2010

Bawaklah Beristighfar Bebanyak.......

Ada sebuah blog yang membicarakan fasal pakaian pengantin perempuan yang mendedah aurat, dan saya dengan celuparnya buat komen menyalahkan ibubapa pengantin sebab tak larang anaknya pakai baju yang tak Islamik tu! Dan malam tadi saya mimpi diri sendiri ( yang dah down the hill ni ) nak pergi majlis usrah di surau, tapi pakai baju bustier. Terkejut badaklah kita, bila tercelik mata rupanya dah subuh gajah!

Teringat peristiwa seorang ahli keluarga menceritakan pada saya setahun dua yang lalu,
Tau dak, anak sianu tu pegi akad nikah pakai baju ketang kedada ( berkemban )
Eh, biasalah akak, orang sekarang, pas tu tutup pulak dengan kain lace tak berlining.
Dak aih, takdak lace....
Eh, takkanlah berkemban gantung pulak?
Iya, akak terkejut besar....ya Allah akak doa tang tu jugak janganlah cucu-cicit akak pakai lagu tu
Eh, mak ayah dia tak larang ke?
Tak taulah, kalau larang mesti anak tak pakai lagu tu!
Nenek dia tak kata apa?
Mana berani , takut menantu tarik muka!

Yang menyebabkan ahli keluarga saya tu malu sangat bukan apa, majlis tu dijalankan pada hari Jumaat, dalam masjid pulak. Oleh kerana upacara akad nikah habis lambat sikit , orang-orang yang datang awal untuk solat Jumaat bertembung dengan rombongan pengantin!

Juru nikah tak sound ke ?
Tak taulah.......

Berlainan pulak peristiwa yang berlaku di Johor Baru banyak tahun dulu, rombongan pengantin bawak banyak dulang hantaran yang salah duanya ialah senaskhah alQuran dan sedulang lagi sepasang kasut yang diarak masuk ke dalam rumah pengantin perempuan. Bila juru nikah nampak kasut yang begemerlapan di atas dulang dia pun memberitahu tuan rumah supaya keluarkan dulang kasut dari tempat hamparan. Walaupun juru nikah tak komen apa-apa, kita kenalah faham takkanlah alQuran diletakkan sama sebaris dengan kasut!

Lagi pulak apa sibuk-sibuk nak hantar Quran tu, salah-salah handle dapat dosa pulak kita. Zaman nabi dulu memang ada mahar dengan Quran, tapi bukan kitabnya, ia adalah hafazan Quran itu sendiri! Wallahu aklam!

Semoga Allah jauhkan saya dan kita semua dari bahana kejahilan. Aamin......

Saturday, October 16, 2010

Masyarakat Berperangai Jahiliyyah

Bibi Ayesya seorang wanita Afghanistan berumur 17 tahun telah disiksa dengan cara dipotong hidung dan telinga dan dibiarkan mati. Paling mengejutkan ialah, suaminya sendiri yang melakukannya dan dibantu oleh saudara lelakinya.

Rupa-rupanya Bibi Ayesya telah diserah oleh keluarganya sebagai ganti rugi/ denda kerana kesalahan ahli keluarga lelakinya. Adat ' Baad ' atau bayar ganti rugi yang diamalkan telah menyebabkan Bibi dipaksa kahwin ketika berumur 12 tahun dengan seorang pejuang Taliban. Malangnya walaupun berkahwin tarafnya lebih dari hamba, dia disiksa oleh suaminya dan seluruh ahli keluarga.

Ketika dia dipaksa tidur dalam kandang binatang ternakan, Bibi cuba melarikan diri tetapi dapat ditangkap oleh orang-orang kampung dan dia dijatuhkan hukuman pancung hidung dan telinga dan dibiarkan mati. Bibi merangkak dengan kesakitan ke rumah bapa saudaranya minta tolong, tapi bapa saudaranya enggan membantu. Ada ahli keluarga lain yang bersimpati telah menghantarnya ke pusat perubatan tentera Amerika ( di Afghanistan ) . Akhirnya Bibi Ayesya telah dihantar ke hospital di California untuk rawatan lanjut bagi memperbaiki hidungnya yang telah terputus itu.

Perempuan dibuat seperti barang , boleh dijual dan dicagar. Kaum lelaki tidak menghormati wanita, menzalimi mereka, menghukum sesuka hati mengikut adat yang dilakukan turun temurun. Sungguh tidak Islamik!. Dalam Islam ada hukum qisas dan adat baad bukan hukum qisas. Ia semacam adat jahiliyah dimana lelaki berkuasa penuh, perempuan berada ditaraf hamba.

Alhamdulillah lelaki Malaysia tidak bersikap male chauvinistic dan tak bersikap buta hukum, kalau taaak...........dah tentu kena mandraam, kena fuh kiri fuh kanan habis jadi bengap semua! Wanita Malaysia tidak dilahirkan untuk menderita dan tersiksa seperti sesetengah wanita Afghan ( ikut suku kaum ) dan Paki ( spt dalam kes banjir besar melanda Pakistan ). Pemimpin-pemimpin wanita kita giat memperjuangkan hak dan kepentingan wanita. Keep it up!
Sesiapa yang kena dera tu , jangan pulak mendiamkan diri, Malaysia ada undang-undang yang melindungi wanita.

Takdok gamba weh, dok panda nok upload! rujuk NST atau TNY Times

Wednesday, October 13, 2010

SAWADIKAaaaa (p)........Bah 2

Oleh kerana kami menyewa kereta sebanyak rm170 dari pukul 8 pagi sampai pukul 8 malam, kami gunakan masa dengan sepenuhnya. Mula-mula ke Kanchanaburi kemudian ke Ayuthia menyusuri sepanjang sungai Chao Phraya , ke floating market , sedar tak sedar dah lewat dan kami belum sembahyang lagi. Walaupun terjumpa 2 buah masjid, tapi kami ingat boleh sampai ke Bangkok awal sikit.

Kami makin menggelabah bila Abisert ( pemandu ) memberitahu jem teruk di Bangkok dan mungkin akan terlewat. Kami takut tak sempat sembahyang zohor/asar, jadi kami beitahu dia kalau jumpa masjid kami nak berhenti sembahyang ( sebab waktu maghrib masuk pukul 6.30 petang ). Dia kata ok, dan menalipon kawannya sana sini dan terdengar perkataan SULAU disebut beberapa kali. Akhirnya dia bawa kami ke airport lama ie Don Muang , di sana ada surau katanya. Kami gembira bukan main, dia pun gembira dan terus membawa kami mencari-cari surau dalam airport yang kini menjadi lapangan internal flight.




Gembira tak terkira kami dan bersyukur walaupun berada di negara bukan Islam, tapi ada ruang untuk orang-orang Islam beribadat.


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah! Maasyaa Allah.......sinar Islam memancar di seluruh pelusuk dunia.

Siap pula dengan tempat wudhu'


Setelah menunaikan solat zohor/asar, kami dibawa balik ke hotel, tukar pakaian dan terus pula ke destinasi seterusnya iaitu ke Bangkok Siam Niramit Show. Tiba di sana hampir pukul 8 malam dan pertunjukan akan dimulakan, di sinilah tugas Abisert sebagai pemandu pelancong berakhir . Abisert begitu memahami tentang kepentingan orang Islam untuk bersembahyang. Dia ada ramai kawan Islam yang disebutnya Selam, ada yang bernama Yusuf, bapanya seorang imam. Dia tahu tentang sembahyang harian, puasa, sembahyang terawih dan hari raya dan lain-lain.

Tiba waktu berangkat pulang ke KL, kami bersembahyang di surau di lapangan terbang Suvarnabhumi. Suraunya sungguh cantik dan bersih. Ketika kami masuk ke situ didapati ramai jemaah haji dari selatan Siam yang menunggu untuk terbang ke Mekah. Dengan tidak disangka-sangka kemi bertemu dengan Mr Aruwah Yama, presiden Bangkok International Airport Muslim Group. Beliau datang menemui kami ( pada awalnya dio kecek Sie' dengan kami ), tapi bila mengetahui kami orang Malaysia, beliau begitu gembira. Rupa-rupanya dia mempunyai ramai kenalan di Malaysia dan anak beliau, seorang hafiz sedang belajar di UIA Gombak.

Kami dapat mengetahui cerita tentang surau di airport, dan bagaimana dia telah berusaha untuk mendapatkan surau itu dan dengan pertolongan bapa saudaranya yang dulu seorang timbalan menteri pengangkutan. Permohonan untuk mendapatkan surau diluluskan, bukan satu, bukan dua tapi ada tiga surau di Suvarnabhumi International . Allahu akbar!


Dari jauh dah nampak signboard terpampang

Beberapa orang jemaah yang akan berangkat ke Mekah pada penerbangan malam itu, berihat di surau

You don't need hp during praying, right?




Inilah senarai imam-imam sembahyang Jumaat setiap minggu. Di bawah sekali nama Mr Aruwah Yama sebagai pegawai di situ, beliau seorang siam berketurunan melayu, boleh kecek Kelate dan juga bahasa Inggeris. Beliau juga ada business sampingan antaranya bidang perhotelan dan pelancongan!

Monday, October 11, 2010

SAWADIKaaaaa ( p )




In the land of sawadika ( for ladies ) or sawadikap ( for guys ) , the taxis smell of pandanus leaves and jasmine. The sweet smell make us feel relaxed and the people are friendly and welcoming - with their melodious sawadikap !

The public toilets smell of refreshing kaffir lime fruits, and there's water so there's no need for us to beristinja' . Their toilets are very clean -- they put Malaysian public toilets to shame , with the stinking smell and water all over the floor, not to mention the tissue papers scattered everywhere ( incl the children's pampers and sometimes ladies sanitary towels )....wah mengutuk habis-habisan tu!
Eh, perlu ke ada seorang menteri untuk menjaga kebersihan supaya pelancong tak serik datang ke Malaysia?

My daughter Beautiful Life had her MICEB exhibition duty in Bangkok, after that she intended to visit the death railway in Kanchanaburi ( Southern Thai ). So me and my sister took the opprtunity and joined her towards the end of the week. We went to the historical River Kwai which was about 2 hours drive from Bangkok. After that we went to Ayuthia to visit the ancient relics, the reclining Budha, the dancing elephants and later to floating market along the Menam Chao Praya.


The Death Railway over The River Kwai in Kanchanaburi.

River Kwai now, becomes a tourist attraction




The remnants of once glorious Ayuthia, the ancient capital of Siam





The hustle and bustle of floating market



And of course after the strenous journey to Kanchanaburi, Ayuthia , floating market and theatre, we spent other days sightseeing cum shopping around Bangkok.




Guess what we found!.......a beautiful swarovsky evening bag!



There are a lot of Muslim restaurants in Nana , Soi 3/1, in fact the whole road look like some middle eastern town!


Shopping at Chatuchak


Gembira bukan main bila jumpa apa yang dicari!



More shopping at Chatuchak


....and more shopping?


And last but not least......... the loot!


Dok tahulah gi dok beli barang kok se lagu tu, nok bui kayo oghe Bakok jah!

ps.
Guano kito ( The Alams ).......Bakok pulok pah ni?

Sunday, October 3, 2010

Long Lost Relative


Pada bulan puasa yang lepas, adik saya telah menemani jiranya seorang ajk Wanita Umno pergi menghantar bantuan raya pada orang miskin dan orang-orang tua di kampung kami. Bila tiba di sebuah rumah yang tersorok, penghuni rumah tu mengenali adik saya. Adik pun terkejut ga, siapakah orang tua yang berumur lebih 80 tahun ? rupa-rupanya dia adalah sepupu arwah mak.

Bila saya balik raya baru-baru ni ,kami pun pergi semula ke rumah Cu ( beliau mebahasakan dirinya) bertemu dan bertanya kabar tentang hubungan dia dengan arwah mak. Bila diselidik, rupa-rupanya betul dia sepupu mak yang kami tak pernah jumpa. Menurut katanya dia kerap datang ke rumah semasa kami kecil-kecil dulu.

Kami pun begitu gembira, sebab selama ni ingatkan mak sebatang karah tiada saudara mara, yang ramai adalah keluarga dari belah arwah ayah.


Kami berbincang di bawah bangsal sambil ditiup angin sepoi-sepoi bahasa. Adik, saya, Cu, cucunya dan Faridah (salah seorang dari 12 orang anak Cu ) , kami sedang bertanya-yanya kabar fasal ahli keluarga mak dan bagaimana Cu berkait dengan mak.




Cu yang berumur 84 tahun, masih kuat, masih kuat ingatan, dan gigih bekerja sendiri. oleh kerana anak-anaknya ramai yang jadi nelayan, beliau pandai buat belacan, budu, ikan kering, buat keropok dan buat otak-otak, semuanya secara manual. Keropok dan otak-otak dijual sendiri ke kampung yang berdekatan dengan berjalan kaki ( dah ada pelanggan tetap sejak berpuluh-puluh tahun!). Balik kampung sekali lagi nak order keropok dan otak-otak yang Cu buat!





Semua gembira dengan jejak kasih, dan saya bercadang untuk meluang banyak masa dan mengenali semua ahli keluarga Cu serta mendengar cerita-cerita dari keluarga sebelah mak yang telah meninggal 6 tahun dulu semasa berumur 86 tahun!

Saturday, October 2, 2010

Taman Yang Hilang!.......2



Sambung cerita taman yang dah hilang tu, berselang seli dengan pokok kemunting terdapat pula pokok senduduk. Juga jenis pokok renek yang berbunga dan berbuah hampir sepanjang tahun. Bunga bewarna light purple dan buah pula bila masak bewarna ungu pekat kehitam-hitaman, kalau makan buahnya bibir, lidah dan jari akan jadi ungu kehitaman!

Pokok senduduk juga hampir pupus bersama dengan pokok kemunting, jadi untuk menyelamatkannya, mak telah menyemai sepokok senduduk untuk saya. Saya tanam pokok itu di KL dan lihatlah hasilnya!







Tadaaaa! pokok senduduk yang rendang dipenuhi bunga dan buah. Setiap lepas subuh burung-burung akan






Berbanding dengan pokok kemunting, pokok senduduk lebih banyak didapati dan mudah ditanam. Rata-rata di kampung masih ada pokok senduduk liar tumbuh dimerata tempat. kalau sayangkan senduduk, selamatkanlah dia!





Pokok bird's nest atau pokok langsuir merupakan pokok tumpang yang tumbuh di hutan dan banyak juga terdapat pada pokok kelapa sawit. Beberapa tahun dulu orang asli di Rompin, Muazam Shah dan lain-lain perkampungan yang menghala ke Kuantan menjual banyak pokok-pokok hutan. Bermacam-macam pokok tumpang yang dijual, termasuk tanduk rusa, periuk kera dan lain-lain. Bird's nest mudah hidup di mana saja dan banyak anak berbanding dengan yang lain-lain yang lebih suka dengan natural habitat dia!








Friday, October 1, 2010

Taman Yang Hilang!








Berpuluh-puluh tahun dulu ,di belakang rumah kami di kampung terdapat kawasan hutan kecil yang dipenuhi pokok kemunting! Hutan ni pulak adalah macam taman bunga sikit, sebab pokok kemunting ni pokok yang renek dan rendang, bunga warna pink dan berbunga serta berbuah hampir sepanjang tahun. Bila jenguk dari tingkap rumah nampak pink sejauh mata memandang.
Tapi cerita pun tak guna lagi sebab taman tu kini dah bertukar jadi taman perumahan. Nasib baik arwah mak dah tanam sepokok kemunting di laman rumah , jadi dapatlah kami menikmati kecantikannya hingga ke hari ini. malangnya pokok ni tetap satu juga, tak pulak beranak pinak, walau pun dah lebih 10 tahun ditanam ( tak tahu macam mana mak tanam pokok tu dulu ).





Bunga pink, buah pula bila masak warna merah kehitam-hitaman, banyak biji dan rasanya manis.







Zaman Kanak-Kanak.....5

  Bila balik Rompin ramai-ramai takde  program lain melainkan pagi nak makan apa, tengah hari makan kat mana, petang minum kat mana, malam m...