Tuesday, November 9, 2010

Penyakit Yang Tak Nampak

According to the Disease Burden Study conducted in 2004 ( using 2000 data ), that took into account both mortality and morbidity, the eight leading diseases ranked from highest to the lowest are ischaemic heart disease, followed by mental illness, cerebrovascular disease/stroke, road traffic injuries, cancers, asthma and chronic obstructive pulmonary diseases, diabetes mellitius and certain infectious diseases such as dengue and HIV/AIDS - NST August 31, 2010.

Sungguh menakutkan tentang penyakit mental berada di ranking yang kedua , kerana walaupun ia satu penyakit, tapi yang empunya badan tak tahu yang ia sakit. Lain-lain penyakit kita boleh kaitkan dengan umur dan tubuh badan seseorang, misalnya sakit jantung, darah tinggi dan diabetes dikaitkan bila umur meningkat dan tubuh badan saiz dugong ( walaupun tidak semua begitu ). Canser dan asthma selalu juga dikatakan sebab keturunan , denggi dikaitkan dengan nyamuk, HIV/AIDS pula dikaitkan dengan dadah dan gaya hidup bebas dan jangkitan.

Pernah suatu masa apabila wabak H1N1 melanda Malaysia, ramai yang rasa gerun sebab kematian berlaku sekelip mata. Tapi ramai yang tak gerun pada denggi, sebab tak nampak nyamuk yang gigit dan tak tahu pun nyamuk tu aedes ke bukan dan denggi pula tidak berjangkit. Seorang kawan yang anaknya demam teruk , bila pergi hospital doktor sahkan dia kena denggi. Dengan begitu leganya dia beritau saya mujurlah anak dia kena denggi ( masih boleh diselamatkan ) bukan H1N1. Padahal kami berdua dan orang lain sedar denggi juga membunuh!

Pelbagai cara disarankan untuk mengelakkan seseorang dari mendapat penyakit yang mudharat, seperti mengamalkan pemakanan yang sihat dan cara hidup yang sihat. Tapi penyakit mental jarang dibincangkan. Kita hanya nampak orang gila sahaja yang berpenyakit mental, tapi bagaimana dengan orang yang nampak normal, tiba-tiba mereka membunuh kerana mendengar bisikan atau nampak tulisan yang menyuruh mereka membunuh. Ia tiada kaitan dengan gaya hidup atau pemakanan seseorang.

Bagaimanakah kita menangani orang yang menampakkan ciri-ciri tidak normal di kalangan kita, adakah dibiarkan begitu sahaja, tolerate dengan perangai mereka atau suruh mereka pergi hospital. Ini yang bahayanya, kita boleh hilang sedara dan kawan kalau kita sebut perkataan psychiatrist pada mereka! WaLlahu a'lam....

2 comments:

ngasobahseliman said...

Salam. Kalau begitu (i.e tidak menyedarinya) maka entah-entah kita sendiri pun ada masaalah itu. Na'uzubilah. Sakit mental ini berbagai jenis. Kajian itu ada sebut ke? Kalau dia tidak membunuh secara "mati" maka dia akan menyebabkan orang lain mati atau yang seperti dengannya. Penyakit yang tak nampak inilah yang susah. Semoga Allah melindungi kita, atas semua penyakit, termasuk penyakit HATI.

Kerabu Jantung said...

Semoga Allah jauhkan kita dari segala keburukan dan penyakit yang memudaratkan!

.....kalau dia tak membunuh secara mati dia akan menyebabkan orang lain mati atau yang seperti dengannya!- seperti menderita, tersiksa, merana !Ya Allah, itulah sejahat-jahat penyakit!

Zaman Kanak-Kanak.....5

  Bila balik Rompin ramai-ramai takde  program lain melainkan pagi nak makan apa, tengah hari makan kat mana, petang minum kat mana, malam m...