Friday, December 17, 2010

Bawaklah Beristighfar Bebanyak.......

Dulu-dulu pernah dengar orang kata, apa nak jadi jadilah, saya tak akan maafkan dia sampai mati, biar berselesai di akhirat! Amboii.. korehnyo hati, maka akibatnya berlakulah permusuhan dan bermasam muka yang berpanjangan . Bagi orang yang hyper sensitif pulak, perkara kecik sekelumit tu dah jadi macam besar gunung.

Drama pendek macam tu banyak berlaku dalam masyarakat kita. Kadang kala anak cucu tak ingat atau tak berapa tahu apa benda yang direbutkan oleh tok nenek mereka dulu, tapi oleh kerana mereka dah bermusuh, maka anak cucu pun terus memusuhi seseorang itu. Ada kalanya dua-dua pihak keras kepala, ada pulak satu pihak dah tunjuk tanda-tanda mintak maaf dan nak berbaik-baik, tapi satu pihak lagi tetap tidak berganjak dengan pendiriannya, sekali salah, tetap salah! Rugi benar manusia yang tidak pemaaf ni, dalam hati depa tu penuh dengan dendam kesumat dan kebencian!

Ada lagi dialog yang lebih hebat dalam drama pendek ni... pantang datuk nenek aku......atau keturunan aku orang baik-baik...... dan sebagainya. Bila dah keluar dialog begini dah tak boleh bawak berunding lagi. Ada yang mengaku depa keturunan panglima, ada juga yang mengaku dia dari keturunan Bukit Siguntang! kelakarlah pulak...

Aloh lah....kalau ada salah dan silap sesikit tu sap sap sui ajelah, forgive and forget, jangan nak bawak sampai ke mati pulak- nanti tak larat nak kendong!

5 comments:

ngasobahseliman said...

Salam. Orang-orang seperti ini kenalah baca surah Ali Imran, ayat 133-136.Pasti berubah sikap, dengan kehendak Allah.Semoga Allah memberi hidayah.

L said...

forgive..yes. but..its hard to forget. however, my boss pernah pesan. learn to forgive and forget. soon, u will gain more and more. we are not moving forward because of we hold it back. hurmm.

Kerabu Jantung said...

Sis,
Sesungguhnya AlQuran adalah penawar bagi hati,berbahagialah orang-orang yang membaca, memaham makna dan tafsir dan beramal dengannya.

Lurve,
Yes we can forgive but most of the time we can't forget. Yep, that big hole in our heart is 'unpatchable',....if we allow it to bleed...

Jantung Hatiku said...

Baik apanya keturunan kalau duk menyimpan dendam dan tak mahu memaafkan orang lain. Tak mengikut sunnah Nabi SAW kita, tak jadi umatnya yang baik, maka tak delah baik pun keturunan tu.

Kerabu Jantung said...

Tulah, orang suruh pegi menuntut ilmu tak nak, dok taklid buta turun temurun!

Fikir Sejenak...

  Bagaimana kalau tiba-tiba terjadi ....Iza zulzilatil ardhu zilzalaha...ketika kita berada di tingkat 44? Pernah tak kita terfikir? Dulu sa...