Tuesday, December 14, 2010

Pokok Nyok!

Alkisah ada sebatang pokok kelapa @ nyior @ nyok yang ditanam dihujung pagar dan apabila dia besar dan tinggi batang dia melentok ke dalam pagar jiran. Oleh kerana pokok kelapa ni berbuah lebat, maka seriaulah jiran sebelah, takut buah nyior jatuh menghempap kereta dia atau kepala dia sekeluarga. Tapi mujur jugak selama 13 tahun tak pernah sekali buah nyor tu jatuh dalam pagar jiran, kata tuan empunya pokok tu, dan menambah lagi, adalah sekali tu jatuh kat laman orang sebelah...

Jadi, kes pokok nyok ni dah agak berlarutan beberapa lama terutamanya bila ia dah tinggi dan nampak very threatening kalau dipandang dari rumah jiran. Tambahan lagi tanah jiran lebih 5 kaki rendah dari tanah tuan pokok nyok , bila angin bertiup kuat, melentok liuklah pokok tu seakan-akan nak tumbang ke dalam pagar orang sebelah tu! Jiran pun mengadu pada beberapa orang jiran lain yang dirasakan boleh menyampaikan hal ni pada tuan pokok nyok, sebab usaha dia untuk menyelesaikan sendiri selama ni dah beberapa kali tergagal !

Semua orang tak berani nak masuk campur sebab tuan pokok nyor tu sangat bijak orangnya. Semua hujah orang boleh dipatahnya dengan mudah, umpamanya, asyik sibuk pokok orang , daun pokok krismas dia yang kering tu berjelubu masuk ke laman kita sampai tak larat nak sapu. Lagi pulak duluuuu ( cerita dah dekat 20 tahun masih diulang tayang ) dahan pokok pelam jiran yang besar tu selama hari ni masuk ke dalam pagar dia............pot...pet....pot..pet...................................( dengan kata lain tak boleh nak dimaafkan hal daun pelam yang masuk kat pagar tuan nyok tadi, walau pun pokok pelam tu dah lama ditebang ! )

Lagi pulak, sambung tuan pokok nyok tu, apalah salah pokok nyok dia dok tang tu, bukan kacau sapa pun, saja buat busuk hati kat orang! lagi pulak sebenarnya dia takut water filter yang dia baru pasang tu dihempap buah kelapa........apa salah pokok nyok tu? Kan pokok nyok tu dah berpuluh tahun dok kat situ, yang dia mai pasang water filter ( yang besar macam torpedo ) tu kat situ buat ape? Pi lah pasang tang lain ( akak oii.. tang tulah letaknya kepala main pipe dia!)

Oleh kerana semua hujah telah dipatahkan maka, jiran yang ramai-ramai tu pakat-pakat nak.....jeng..jeng...jeng... buat majlis timbang tara. Bila difikir-fikir balik semua orang tak layak jadi penimbang tara, sama ada terlalu muda ( tak qualified ), atau sama tua dengan tuan pokok nyok tu ( who are u to tell me what to do ! )......jadi nampak gayanya kena pinjam Hakim Besar Malaya untuk jadi penimbang tara.........

3 comments:

ngasobahseliman said...

Salam. You pandai jadikan humour kes macam ini. Kalau kita berjiran satu Malaysia tak dapat keharmonian, bayangkan macam mana rasa orang di Palastine berjiran dengan Mala'on. Kita di Malaysia ni ramai yang tidak berjiwa besar dan tidak cukup ketahanan diri.Betul tak?

ngasobahseliman said...

Salam. You pandai jadikan humour kes macam ini. Kalau kita berjiran satu Malaysia tak dapat keharmonian, bayangkan macam mana rasa orang di Palastine berjiran dengan Mala'on. Kita di Malaysia ni ramai yang tidak berjiwa besar dan tidak cukup ketahanan diri.Betul tak?

kerabu jantung said...

Salam sayang! hahahaha....ramai je yang turun naik mahkamah sebab sampah jiran masuk rumah dia!

Malaon tu ada Uncle Sam, sebab tu dia kuat dan gagah dan tak peduli semua orang!

Zaman Kanak-Kanak.....5

  Bila balik Rompin ramai-ramai takde  program lain melainkan pagi nak makan apa, tengah hari makan kat mana, petang minum kat mana, malam m...