Monday, January 10, 2011

Kabar Hak Macam Dalam Suratkabar.....

Pada satu ketika dulu habis kecoh sekampung seorang lelaki mintak kebenaran oghe pue dio sebab dia nak kawin lain. Dia ingat dia buat gentleman macam tu, bini dia nak bagi can kat dia, rupa-rupanya perang besar meletus. Tak sangka pulak dia bini yang bukan main baik, penyabar dan penyayang tu tiba-tiba bertukar jadi hulk. Selepas tu, habis hilang comel ,manis , manja cek akak tu, langsung tak bagi can kat laki, siap bagi kata dua lagi.... ( either you die or I die I suppose ).

Suatu masa mak sedara lelaki tu buat kenduri jemput semua waris warah , termasuklah dia dan isterinya. Bila semua hadir di majlis tu, pakat-pakat tanya kabarlah sepupu sepapat yang seangkatan dengannya.
Apa kabar mu Awe?
Dia pun selamba aje kata...kabar hak macam dok dengar tulah, hak orang dok cerita tu.
Doh tu? tak jadilah mu nok nikoh ?
Nampaknya gitulah ........
Mu bodolah Awe, mu gi nikoh di Golok tu! Mu jangan takutlah, aku buleh jadi saksi
Hoi.....tiba-tiba cik akak tu naik angin....jangan caya si Dolah tu, konon nak jadi saksi, entah-entah dengan dia sekali jabat tangan dengan tok kadi!
Tulah mu Dolah...... berani sangat buat cadangan......padan muka mu!

Tapi di akhir cerita Awe tetap juga melaksanakan rancangannya. Maka Cik akak pun tuntut fasakh! Awe pun hidup happy ever after dengan bini muda, cik akak pulak unhappy ever after apabila melepaskan suami dia pergi..... or the other way round?

3 comments:

ngasobahseliman said...

Salam Sis. Kita ibarat hidup dalam rumah kaca. Pepatah kata: "People in glass houses should not throw stones".A-macam?

Jantung Hatiku said...

Suami kawe saya pulak dah ada dua, mintak izin isteri nak se lagi. Kawe saya kata loh gi la kalu larat, tapi lepaslah ambo ni, ambo tak nak subahat tanggung dosa sebab ambo tahu demo tak daya, dua duk ada ni pun tak rak, macam mana kalu tiga?

Saya kata pada kawe saya tu, biarlah asalkan suaminya itu bahagia, umur peringkat kita ni dah tak lama dah nak hidup. Dia tak jalankan tanggung jawab dia tanggung lah dosa. Kita banyak2 lah doa untuk tenangkan jiwa kita dan tak buat dosa yang bukan2.

Apa komen?

Kerabu Jantung said...

Salam ngasobahseliman,
pusing kut mana pun orang perempuan jugak yang rugi!
nak bermadu sakit hati, bila bersendirian banyak pulak pancaroba...

Salam Jantung Hatiku ,
komennya ialah....lohlah mu Awe selagi dok mati, bila doh mati baru mu tahu kecik besarnya dosa tuh! nak lari dah dok leh doh!

Zaman Kanak-Kanak.....5

  Bila balik Rompin ramai-ramai takde  program lain melainkan pagi nak makan apa, tengah hari makan kat mana, petang minum kat mana, malam m...