Thursday, January 20, 2011

Mu Pah Ke Ameno....?

Arwah bapa saya ahli Pas, sebab dia begitu yakin Pas akan menjadikan Malaysia negara Islam macam Saudi Arabia. Masa tu ( tahun 60an -70an ) orang tak berapa gemor penyokong Pas, bila ada majlis kenduri atau kematian, anak-anak sedara ( masa tu tengah muda dan aktif Umno ) buat derk kat pak sedare sebab berlainan fahaman. Arwah ayah saya tak ambil pot fasal anak-anak buahnya , lantak koranglah, aku ada prinsip aku sendiri! Walau pun beliau ahli Pas , tapi beliau sangat hormat pada pemimpin utama negara pada masa tu, Tunku Abdul Rahman sebagai PM dan kemudiannya Tun Razak .

Nak jadikan cerita semua sedara mara yang lain adalah ahli Umno. Makcik, pakcik, sepupu sepapat dan lain-lainnya. Hebat-hebat belaka depa tu , dapat pingat PPN dan AMN belaka-laka sebab dek aktifnya mereka. Seorang makcik saya jadi orang kuat wanita ( apa pangkatnya, saya tak tahu, dan tak faham lagi masa tu! ) punyalah takut dia, takut orang boikot abang dia ( ayah saya ) dengan senyap-senyap dia masukkan nama ayah saya jadi ahli Umno. Ahh....tahun 70an punya politik!

Makcik saya bawak saya ke majlis-majlis Umno, takut saya tak dapat biasiswa bila nak masuk universiti. Padahal tahun 70an dulu semua pelajar yang dapat tempat di universiti automatik dapat biasiswa federal atau state (Pahang ). Ada juga suara-suara sumbang kata, jangan beri biasiswa pada anak Pak Hitam Husin sebab dia sokong Pas! Gitulah sikap depa tu sejak dari dulu lagi sampailah ke la ni! Teringat juga dulu pernah pemuda Umno berarak keliling kampung naik Vespa ( tak berapa ingat, Vespa ke motosikal jenis lain ) kerana merayakan sesuatu , punyalah ayah menyampah gelagat mereka yang eksyen tuh!

Bila harakah diterbitkan ayah pun tak baca dah surat kabar lain. Tahun 80an orang-orang muda ramai yang masuk Pas, dan ada yang datang ke rumah supply harakah. Saya pun baca jugak, ada column - min aina ila aina oleh Subky Latif . Saya suruh jugak ayah baca surat kabar Utusan Melayu / Utusan Malaysia yang dia selalu dok baca sebelum tu , tak naklah ayah kita jadi one track mind pulak!

Alkisahnyalah pulak, pada tahun 1987 ( kalau tak silap ) berlakulah perpecahan Umno, ahli keluarga saya dah berpecah dua, sebahagian sokong Semangat 46, sebahagian pula sokong Tun M. Gedebuk gedebak bila Umno bersatu, ada yang kecewa tak dapat jawatan yang dijanjikan, ada yang diketepikan, maklumlah ada team A dan team B . Yang kecewa tu semuanya masuk Pas... dahlah jadi ustaz semuanya...bendera hijau keliling rumah.  Maka bermulalah episod maki memaki khas buat Dr M pada masa tu!

Setelah ayah meninggal pada tahun 1990, bila tiba musim mengundi, saya selalu menyakat arwah mak......mak undi sapa pulak kali ni?

2 comments:

ngasobahseliman said...

Salam dear sister. Dalam alQuran Allah seru kita: "Wahai manusia..." dan "Wahai orang-orang yang beriman..." Jadi kita ikut yang benar-benar beriman lah. Rasanya gitu....

Kerabu Jantung said...

Salam sis,
Islam dan iman adalah teras yang penting dalam keharmonian hidup!
Tanpa keimanan yang kukuh seseorang akan menjadikan matlamat menghalalkan cara!

Zaman Kanak-Kanak.....5

  Bila balik Rompin ramai-ramai takde  program lain melainkan pagi nak makan apa, tengah hari makan kat mana, petang minum kat mana, malam m...