Sunday, February 27, 2011

Tanda-Tanda Dah Subuh Gajah



Setiap pagi bila masuk waktu subuh kita dapat dengar burung-burung di luar rumah mencicit-cicit, untuk mengejutkan tuan rumah suruh bangun sembahyang subuh agaknya. Mula-mula agak perlahan, mungkin hanya seekor dua burung saja yang bersiul. Tapi bila hari makin cerah, makin banyak burung mencicit sekeliling rumah, makin riuh, agaknya nak beritahu kita, cepat bangun oiiii dah subuh gajah , kejap lagi subuh dah habis!

Bila dah habis waktu subuh, burung-burung tu terus menghilang untuk keluar mencari makan. Kira-kira pukul 8.30 hingga pukul 10.30 pagi beberapa ekor burung akan kembali hinggap di pokok itu. lepas tu menghilang semula, entah ke mana!

bila hampir masuk waktu zohor, akan ada beberapa ekor burung berehat di dahan, kemudian menghilang dan kembali semula selepas waktu asar. Bila hampir maghrib lagi banyak berlegar-legar di keliling rumah dan di dahan-dahan pokok seolah- olah sedang menunggu waktu maghrib. Bila masuk maghrib mereka hilang entah ke mana dan muncul semula bila masuk waktu subuh pada esoknya!





Saya dapat melihat gelagat burung-burung ini yang suka hinggap di atas dahan-dahan pokok melor keling yang berbunga sepanjang tahun . Pokok ini saya tanam untuk meneduhkan bilik air . Selama ni dok tengok burung-burung tu aje dan tak pernah terfikir apa-apa pun. Tapi bila dah pandai upload gambar , teringat pulak nak ambil gambar burung-burung tu. Jadi setiap hari saya menunggu burung datang hinggap di dahan pokok, tapi biasalah, kalau kita tertunggu-tunggu tak nampak pulak dia. Dia pun faham kita dok mengintai, bila saya angkat kamera dia pun lari. Pada halnya sebelum ini dia tak kisah pun kita keluar masuk bilik air tuh!

2 comments:

ngasobahseliman said...

Salam. Allah pun memang suruh kita belajar dari makhluknya yang lain. Permerhatian yang selari dengan suruhan itu. Dr Danial di TV 9 seorang Saintist yang saya anggap dia boleh dikategorikan sebagai seorang Ululalbab seperti disebut dalam alQuran. Akak sedang mula membaca buku-buku nya. (Better late than never). Semoga Allah mengampuni kelalian selama ini.

Kerabu Jantung said...

Salam sis, itulah yang hebatnya Islam, it is never too late to repent, to learn - pendek kata selagi nyawa tak sampai ke halkum peluang masih terbuka untuk kita.

Cuma kita jangan putus asa!

Fikir Sejenak...

  Bagaimana kalau tiba-tiba terjadi ....Iza zulzilatil ardhu zilzalaha...ketika kita berada di tingkat 44? Pernah tak kita terfikir? Dulu sa...