Saturday, May 14, 2011

Nok Bedil?

Seronok dengar cerita orang hebat-hebat di tahun 1980an dulu. Waktu tu sapa-sapa ada lesen memiliki pistol atau memiliki pistol ( selain polis dan askar ) merupakan status simbol bagi seseorang. Mereka tu orang hebat, nampak hebat dan berlagak hebat. Pegi minum di hotel-hotel dan ada yang letak pistol atas meja masa minum-minum tu. Bila dah sedikit tipsy, mulalah buka temberang, salah sikit nak tembak orang - aku bedil kang - bedilnya tak pun, entah-entah pistol tu kosong aje! Tapi orang yang hebat begini hanya ada seorang berdua yang tertentu di negeri-negeri tertentu sahaja di Malaysia nih!

Di alaf baru ni pulak pistol tak main dah, tak rugged maa - kalu tersilap tembak, walaupun pakai peluru kapur akan jadi kes polis pulak! tambahan lagi la ni pistol dikaitkan dengan semua benda yang outlaw. Dan mereka yang outlaw tu bukan main acah-acah aje, depa tu tala betul-betul!

Banyak lagi benda lain orang boleh menunjuk sekarang ni. Macam-macam benda jadi status simbol mengikut keadaan masa dan tempat serta keegoan seseorang tu!

No comments:

Dalca Yang Paling Berdalca

 Masa anak-anak kecik kami kerap berpindah randah - dari satu negeri ke satu negeri. Setiap sebuah negeri kami tinggal selama 3 tahun - pali...