Friday, June 10, 2011

Hikayat Merong Maha Manusia..............4

Maka bengong tak bengongnya si Pak Kadok tu, lebih bengong dari keldai . Orang kata bodoh macam keldai, tapi keldai lagi pandai pada Pak kadok. Sebermula ceritera, ada seekor keldai kepunyaan tokey garam, dok pi mai, pi mai menyeberang sungai mengangkut garam. Suatu ketika, tokeh garam yang tamak tu meletakkan garam dengan berlebih muatan ke atas belakang keldai. Bila sampai ke tengah sungai, keldai tu pun tunjuk perasaan, tak nak menyeberang sungai. Si keldai disebat bertalu-talu kerana kedegilanya ( melawan tokey ), lalu dia pun duduk dalam sungai dan tak mahu bangun walau pun ditolak atau ditarik. Akhirnya rugilah tokey bila garam dia larut dalam ayaq!

Arakian Pak Kadok bodoh lagi bangang lagi tolol tu dengan kembang hatinya bertukar ayam sabung dengan pembesar yang pembelit - hanya dengan puji-pujian yang palsu adanya. Maka syarat pertandingan pun dibaca - pihak yang menang tak dibenarkan buat loktang, melompat-lompat, melambung destar atau menghunus keris. Pak Kadok pun mulalah menukar pakaian berupa baju kertas yang sedondon ( agaknya sebab tulah ayam dia asyik menang aje!)

Setelah sekerat hari ayam bersabung, maka menanglah ayam bertuah Pak Kadok. Apa lagi Pak Kadok pun tampil ke gelanggang, melompat-lompat, menyorak-nyorak kesukaan hingga habis koyak rabak baju kertas dia!

Tiba-tiba pembesar itu pun meghunus kerisnya beri amaran pada Pak Kadok :

Bukankah ayam yang menang tu Pak Kadok dah tukar dengan saya? jadi, sekarang ni sayalah yang menang!

Maka tersedarlah Pak Kadok dari kelembamannya, ada ayam jadi hak orang, walau pun ayam menang kampung pulak tergadai! ............................alahai Pak Kadok..............tulah mu tok sir gi sekoloh, habih kapong laman ayam itik tergadai. Mulalah merempat dalam negeri sendiri!

Nok wat lagu mano...............

No comments:

Zaman Kanak-Kanak.....5

  Bila balik Rompin ramai-ramai takde  program lain melainkan pagi nak makan apa, tengah hari makan kat mana, petang minum kat mana, malam m...