Friday, June 24, 2011

Husnul Khatimah

Beberapa hari yang lepas, Habibti yang kebetulan berada di daerah Gombak bertanya kabar. I was so guilty of charge sebab lama tak bertanya kabar . Oleh kerana orang sibuk boleh pulak bertanya kabar orang pencen yang dok rileks memanjang, jadi nak cover line saya pun buat excuse beliau sangat sibuk, tak mahu mengganggu .

Pernah satu ketika saya menghubunginya, sedang kami bersembang, tiba-tiba beliau senyap......... sayup-sayup saya dengar suaranya bercakap dengan orang lain. Kemudiannya....Sorry .....guess what, masa kita tengah cakap tadi tiba-tiba I nampak Datuk Farid ( the boss, at that time ) dengan Datuk Hassan Din coming towards me, I felt so guilty sebab tak boleh guna hand phone di kawasan bilik rakaman tv. I pun cepat-cepat sorok my telefon ke belakang takut Datuk nampak, tak sempat nak tutup . Kelakar jugaklah cerita tu, buat kami tergelak.

Habibti mengaku dia sangat sibuk, jadual mengajarnya begitu ketat.

Tak tahulah saya ni, sibuk sangat, lama-lama mati dalam sibuk-sibuk macam tu

Eh, eloklah mati dalam sibuk mengajar , mati dalam husnul khatimah kan?

Aamin.....beliau sentiasa mengaminkan perkataan yang baik yang keluar dari mulut seseorang.

Perbualan ini mengingatkan saya pada seorang ustaz di SMKB pada tahun 80an dulu. Beliau berkata , semua manusia akan dibangkitkan di akhirat nanti dengan amalan yang dilakukan semasa dia hidup terutamanya waktu akhir-akhir sebelum dia mati. Dia bagi contoh, Rasulullah saw bangkit dengan pertanyaan.....aina Abu Bakr ......aina Umar? sebab sepanjang hidup baginda di Madinah baginda berjuang menegakkan Islam bersama-sama sahabat karib yang sentiasa berada di sisinya.

Contoh kedua yang ustaz bagi , orang-orang yang sentiasa mengimarahkan masjid atau surau, akan tertanya-tanya.....dah masuk waktu ke? ...sibuk nak berjemaah ke masjid.

Seterusnya contoh yang paling kelakar atau pun paling menyedihkan ialah - orang yang suka menjerat burung, tak ingat lain , sibuk cari alat perkakas nak jerat burung dalam hutan ( hobi masa tu, menjerat burung untuk dipelihara atau untuk pertandingan suara burung ) .

Kemudian bila manusia sedar bahawa mereka bukan bangkit dari tidur, tapi bangkit dari mati maka...pakat dok kacau gadoh ......mulalah mohon perlindungan, pohon syafaat dan sebagainya.

Wallahu a'lam.

No comments:

Fikir Sejenak...

  Bagaimana kalau tiba-tiba terjadi ....Iza zulzilatil ardhu zilzalaha...ketika kita berada di tingkat 44? Pernah tak kita terfikir? Dulu sa...