Friday, July 8, 2011

Alkisahnya Pak Lebai Malang

Kisah Lebai Malang telah diturunkan dari generasi ke generasi melalui lisan - hinggalah tv dicipta maka kisah Lebai Malang dimasukkan dalam bilik sejuk beku hingga tak kedengaran lagi hingga ke hari ini!

Walaupun kisah tok lebai yang malang tu hilang dari ingatan rakyat jelata, tapi ciri-ciri yang ada pada Lebai Malang masih ada hingga kini! Mengikut cerita, Tok Lebai ni ialah orang yang sangat berguna dalam masyarakat dan dia memegang tugas penting iaitu membaca doa dalam majlis kenduri. Dia bukan tok imam yang mengetuai solat masjidan surau tapi dia lebai yang freelance, berkhidmat di majlis-majlis di merata-rata tempat.

Suatu hari Tok Lebai dapat dua jemputan pada masa yang sama, satu di hilir sungai dan satu lagi di hulu sungai. Nasib baik dia duduk di tengah-tengah, jadi takde masalah sama ada dia nak ke majlis di hulu atau di hilir. Dua-dua pun boleh hadir.

Mula-mula dia berkayuh perahu ke kampung hulu sebab di sana tuan rumah menghidangkan kambing panggang . Sedang dia berkayuh sambil mengenang-ngenang kambing yang tergolek berpusing atas tempat pembakar, tiba-tiba ia teringat pula kenduri orang di hilir yang menyediakan ayam percik.Wah, meleleh air liur dia mengingatkan ayam percik yang dihidang dengan nasi kerabu, lalu dia kona perahu patah balik berkayuh ke hilir sungai . Dia mengagak-agak, lepas makan ayam percik boleh mudek ke hulu makan kambing panggang pulak! mewahnya hidup Pak Lebai.....

Sampai di tengah-tengah sungai dia ubah pulak fikiran, baik pergi makan kambing dulu baru makan ayam percik . Lama-lama - dok pi mai-pi mai sat berkayuh ke hulu , sat berkayuh ke hilir akhirnya dah lewat malam sangat dah. Bila dia sampai di hulu, orang baru saja habis makan kenduri. Kambing pun dah tinggal tulang!

Lekas-lekas dia turun ke sungai mengayuh perahu menghala ke hilir dengan harapan, dapat makan ayam percik. Sampai di kampung hilir, tengok semua rumah dah gelap, orang dah tidur rupanya. Perut pun dah lapar bukan main, sebab dok eksesais kuat ke hulu ke hilir mengayuh perahu!

Apa yang Tok Lebai tak tahu ialah, semasa ketiadaannya, ramai aje orang volunteer nak baca doa. Mereka baca doa dengan baik siap dengan lahjah Arab lagi! Ternganga habis makmum mendengar doa tuh! Selepas tu Pak Lebai mendapat persaingan yang cukup hebat. Rupanya belanar lagi orang yang lebih pandai, cuma tak dapat peluang aje!

No comments:

Fikir Sejenak...

  Bagaimana kalau tiba-tiba terjadi ....Iza zulzilatil ardhu zilzalaha...ketika kita berada di tingkat 44? Pernah tak kita terfikir? Dulu sa...