Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya!






Nostalgia berhari raya di kampung waktu kecik-kecik dulu - malam 7 likur ( 27 Ramadan ) selalu dikaitkan dengan malam Qadar . Keliling rumah pasang pelita konon kata biar malaikat nampak rumah kita bercahaya - mengerlip - ngerlap sebagaimana kita nampak kerlipan bintang- bintang di langit waktu malam. Bila dah masuk sekolah menengah baru tahu rumah yang malaikat nampak lip-lap,lip-lap tu ialah rumah yang penghuninya menghidupkan malam-malam Ramadan . Betapa jauhnya kita terpesong pada masa tu!

Bila malam raya kita pun sibuk membakar mercun dan bermain bunga api - semuanya diimpot dari negara Cina ( zaman 50an dan 60an dulu ). Pada zaman tu mercun jenis kecik aje - di panggil mercun padi . Bunga api pulak bergambar kucing hitam pada bungkusannya . Ada mercun yang besar sikit warna merah, digunakan oleh kaum Cina semasa menyambut tahun baru.






Apabila kerajaan membuat larangan membakar mercun sekitar tahun 80an, kami pun tak bagi anak-anak main mercun. Mereka pun jadi takut nak main mercun, takut terbakar tangan, tambahan pulak bila tok dok buat geger - jangan bakar mercun, jangan main api, nanti terbakar tangan! Tapi main mercun tetap main, ada alternatif lain, beli mercun bawang - mercun kecil berbentuk bawang putih atau mercun pop!pop! - bila dibaling atas simen atau permukaan keras ia akan meletup. Kadang-kadang emak pun dah tengok anak main baling-baling mercun ( tak payah bakar ), teruja jugak, lalu tumpang sekaki!

Eh, kata kerajaan haramkan menjual mercun? tapi dari dulu hingga kini berlambak aje mercun dijual di waktu perayaan. Kerajaan pun... kalu dah buat undeng-undeng atau peraturan tu, pantaulah bersungguh-sungguh, buat macam Singaporrr , toksah ke nak main meriam buluh, nak makan chewing gum pun sik berani bah!

Kita di sini pulak ramai yang putus jari, putus tangan pun dan buta mata , sebab terlampau ambitious, tak main mercun kecik-kecik - pergi buat mercun sendiri dengan buluh atau batang besi!

Selamat Hari Raya! Kalau Terlajak Kata Dipohon Maaf Jua Adanya!

No comments:

Fikir Sejenak...

  Bagaimana kalau tiba-tiba terjadi ....Iza zulzilatil ardhu zilzalaha...ketika kita berada di tingkat 44? Pernah tak kita terfikir? Dulu sa...