Thursday, September 29, 2011

Selamat Jalan Syawal!

Raya habih doh lah, raya sakan kita, setelah berpuasa sebulan kita pun raya sebulan jugak! Sepanjang bulan Syawal klinik kerajaan dan klinik swasta penuh dengan orang yang sakit tekak ( terlebih makan rendang ), batuk ( terlebih makan kuah kacang ) selesema ( tak cukup rehat ) dan sakit perut sebab makan tak henti-henti!

Seorang sahabat buat cadangan, kenapa kita tak buat open house pada Hari Raya Haji, kenapa dok pulun buat open house pada Hari Raya Puasa aje? Terlalu banyak open house dan berebut-rebut nak buat, hingga tak cukup masa, apa kata kalau simpan sikit rumah terbuka tu untuk Raya Haji pulak!

Ada kebenaranya di situ. Sibuk sangat berumah terbuka kadangkala orang yang puasa enam atau orang yang mengambil kesempatan menqada' puasa dibulan Syawal akan terganggu , puasa terputus-putus kerana nak pergi beraya! ( tak apa terputus-putus pun sebab ia sunat dikerjakan pada bila-bila masa dalam bulan Syawal ), tapi kadang kala terlalu banyak putus, sampai dah dekat masuk sempadan Zulkaedah!

Selalunya Aidil Adha disambut dengan meriahnya di Kelantan sejak zaman berzaman lagi, kerana ibadat kurban begitu dititik beratkan. Di negeri-negeri lain, sama juga menjalankan ibadat kurban, tapi tidak dirayakan sebegitu meriah berbanding Aidil Fitri.

Apa kata sekali ni kita split buat rumah terbuka, sebahagian buka pada Aidil Fitri sebahagian yang lain buka pada Aidil Adha! I cop dah nak buat pada Aidil Adha!!

Monday, September 26, 2011

2 x 5 , 5 x 2

Jiran merupakan  ujian bagi seseorang, jika dapat jiran yang baik alhamdulillah kalau dapat jiran yang teruk, sengsaralah jadinya. Tapi, takkanlah kita nak pindah rumah semata-mata kerana tak tahan dengan jiran .

Kalau kita kata jiran kita teruk, mungkin kita pun teruk jugak, sebab kalau bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi, kan?

Seorang jiran  terasa begitu kecil hati dan marah, pergi cerita kat orang.....apa maknanya, bila saya bukak pintu dia pulak tutup pintu?

Kalau tak silap akak oii..... dah nak kebetulan masa akak bukak pintu rumah , dia baru aje masuk rumah dia lalu tutup pintu!manalah dia nak tahu akak nak bukak pintu masa tu!

Saya berdiri kat pagar tercegat bila dia lalu di buat- buat tak nampak, langsung tak tegur!

Akak.....mungkin dia betul-betul tak perasan, maklumlah orang baru balik, nak cepat masuk rumah, entah-entah dia sakit perut ke , mana tahu?

Boleh terima tak hujah tu? Kalau tak boleh terima, itu sebab jadi masam muka!
 
Pernah dulu anak sepupu komplen -  dia kata bertembung dengan kereta saya di simpang, dia lambai, dia flash, saya tak respond pun! kalau I tengah driving, jangan lambai, jangan flash - sebab dok nampak jalan aje !Tapi, anak buah, kalau nampak kita tetap akan tegur jugak  dan akan ketawa sendiri - bila tengok mata kita dok stret pandang jalan!








Friday, September 23, 2011

Jangan Pilih Bulu

Suatu ketika seseorang telah mengadakan majlis besar-besaran untuk meraikan perkahwinan anak sulungnya. Punyalah sibuk dia ( masa tu belum ada wedding planner lagi ), ke sana ke mari membeli alat-alat untuk persiapan dan juga barang-barang sebagai cenderahati tetamu yang datang. Punyalah pilih tak terkira, nak cari yang best lagi terbest!

Beliau telah menyediakan tiga peringkat cenderahati, pertama untuk vvip, kedua untuk vip dan yang akhir sekali untuk yang ramai-ramai lainnya. Gadis-gadis yang menjaga persiapan meja tetamu dah siang-siang lagi datang untuk menyusun cenderahati mengikut yang diarahkan - vvip,vip dan yang tiada ber v. Tuan kenduri dah tak sempat nak check dah sebab kena besiap-siap berdandan  sama naik dengan pengantin.

Setelah habis majlis , puan rumah mengamuk sakan - tak tahu kenapa, punyalah geger ....rupa-rupanya dah tersalah letak hadiah, cenderahati untuk vvip pi letak kat meja vip dan cenderahati untuk vip diletak pulak kat meja vvip. Bila disoal siasat anak-anak gadis yang comel-comel tu  jawab ---- kami ingatkan yang lebih kilat tu untuk vvip yang kurang kilat untuk vip ( dan yang kepam tu untuk yang lain-lainnya ).....mula-mula tu dah atoq elok dah, mai pulak yang kata kena tukaq! Kami pun tukaqlah.......

Tuan kenduri geram  bukan main, menjerit habih meter - PUNOH DOH MAJLIS AMBO, SPOIL DOH......DOH TERTUKOR PULOK HADIOH VVIP DENGAN HADIOH VIP!!!!!!!



Tuesday, September 20, 2011

Lain Dulu Lain Sekarang

Masa dulu orang tak tau pun fasal dera mendera - dera anak, dera isteri, dera pembantu rumah. Pernah dengar cerita orang marah dan hukum anak teruk-teruk, seperti mengikat anak di batang kelapa seharian, hingga anak naik kepanasan dan meraung-raung menangis kesakitan digigit kerengga.

Ada orang kampung tolong lepaskan ikatan, bawa balik anak itu ke rumah ibubapanya.........bakpe mu Bedul ( Abdul )..mu gi buak naya ke budok ni, habis merah satu badan gigit dek kerengga!! Sibapa tadi diam membisu, sebab yang menegur tu ialah ketua kampung. Masa dulu ketua kampung, penghulu atau pak imam disegani orang, dan merekalah jadi tempat mengadu dan merekalah menyelesaikan masalah kariahnya.

Sekarang ni tiada siapa peduli @ tiada siapa berani nak menegur atau melarang perbuatan yang tak elok yang berlaku di depan mata. Beranikah kita menegur anak-anak jiran atau anak-anak kawan, takut nanti kena sergah dek ibubapa mereka - jangan jaga tepi kain orang, sendiri ada anak sendiri jaga! Kalau tak percaya tegurlah anak jiran yang contohnya suka dok preng!preng! motosikal mereka tak kira subuh atau maghrib! Alamatlah bermasam muka satu keluarga atau lebih teruk lagi mereka akan dengan sengaja preng!preng!kan motosikal tu bagi jiran bertambah menjeruk hati.

Apa kita nak kata kalau dalam lrt, ada pasangan remaja yang berpeluk-pelukan dan bermesra di khalayak ramai. Semua pakat- pakat pandang dan menjegil mata, dengan harapan mereka sedar dan malu. Padahalnya mereka bertambah selamba, akhirnya kita semua terpaksa pandang ke tempat lain sebab malu! Siapa yang berani menegur atau melarang?

Pendek kata, terpaksalah dipendekkan kata...sebab tak boleh nak kata apa-apa lagi...

Saturday, September 17, 2011

Ex-Comunist and Ex- Convict

My father rented out his shophouse to someone introduced by my uncle , who was the Penghulu Mukim ( it was in the 60s ). It was a wooden shophouse and rented at rm 30 per month. Much later I found out from my mother that Awang was an ex-comunist who had surrendered and was sent to my kampung ( by the authorities, I suppose ) to lead a normal life. His real name was Ah Fatt from Selangor . Soon the sundryshop became very popular and those other Chinese were envious of him. They realised the shop had good feng shui, and is still in business until today.

Those days me and my sister used to buy titbits from the shop - kuaci, asam boi, asam manis, dried ginger, dried lime and many other types of sweet and sour junk food all from China ( judging by the Chinese characters on the cover ). My mother bought ' modern ' shampoo for us ie kao feather shampoo in sachets ( in powder form ) and introduced body cream to us. Since my sister is 6 years younger than me, I got to enjoy all those luxuries.

Every Chinese New Year, Awang will give us a lot of Mandarin oranges and during Hari Raya he will send us a crate of aerated water. My mother will in return gave him some ketupat and rendang and some raya goodies.

A few years later, Awang was joined by a couple from Johor, my mum called him Pomen (foreman) and we called the wife Nyah ( nyonya ) - they are Awang's partner and they live together in the shop. My mother said Pomen has tattooes in both his hands , so she concluded he must be an ex-gangstar ( so I suppose Pomen is also dalam buangan ) He just appeared once a year - only during Tahun Baru.

Nyah on the other hand, opened her own corner for ladies to wash and cut their hair. Later she planted pokok kedondong , cermai and mango, and she sells home made preserved kedondong, cermai and mango until today.When Awang died of cardiac arrest in late 70s, Nyah took over the ever expanding business.

Nyah told my mother Pomen worked in Sabah and Indonesia, but my mother suspected he was in jail most of the time. Anyway, none of us were scared or suspicious of them, in fact the whole kampung love Awang ( young and friendly ) so much so Kedai Awang has the most customers until today!

Mother told me, Pomen is not jealous of Nyah and Awang staying under one roof without Pomen around. Mum said muslims cannot live with bukan mahram in the same house . When one of Nyah's son was born so plump like Awang, mother suspected that he is anak Awang not anak Pomen !

People of today would not be so trusting and so easy to accept all those x - people - x-comunist, x-convict, x-drug addict , x-prostitute , x-conman to mingle freely or to start a new life in their society. They will always be outcasted!

Thursday, September 15, 2011

Sejukkan Mata





Heliconia senang tumbuh, perlu cukup matahari, tapi cepat jadi hutan, kena cantas selalu!














Bunga Raya Jepun ( sebab dia kenit ) sesuai jadi hiasan luar tingkap.
























Pokok kenanga sentiasa berbunga, tak kira musim!






















Belimbing buluh, juga berbuah sepanjang tahun, tapi kadang-kadang suka jugak buat perangai, masa kita nak gunakan dia, dia buat pun buat diva, tak nak berbuah!















Lengkuas cepat membiak, tapi kalau
nak guna ,lagi cepat pegi beli kat pasar,
sebab nak cangkul dia memakan masa
yang lama jugak!

Monday, September 12, 2011

Whose Game Is It

We thought that Egypt is already at peace when they successfully overthrown the x president, Hosni Mubarak. After Mubarak is gone, then what? More protests from the people , they want a new effective leader to rule the country, a fast economic reform and a lot more job opportunitie s for they have been suffering for a long time already!

We can see Iraq is still in turmoil until today, they got rid of Saddam but they couldn't put their country on the right path. In the end the people suffer more than when they were under Saddam's 'crazy rule' or whatever they call them.

This remind me of our own very history, when Datuk Maharajalela assasinated the Resident of Perak, he was hunt down by the British and was sentenced to death by hanging . This became a valid reason for the British to put their two feet down in Perak soil - hence Perak was one of the Federated Malay States.

So be careful for what we wish for, the magic wand strikes only once!

Thursday, September 8, 2011

Anak Bertuah........Bah 1

Ramai yang kata kalau takde anak perempuan rugi, kalau sakit siapa nak jaga mak ayah, takkan anak lelaki pulak!

Kenapa pula menidakkan anak lelaki? mereka juga sayangkan ibubapa mereka sama macam anak perempuan!

Ada yang kata pulak, orang lelaki mana pandai tolong mak bapak yang tua, tambahan pulak kalau mereka dah uzur!

Siapa kata? takkan lah pulak anak lelaki tak pandai buat kerja lain spt basuh pinggan, kemas rumah, tolong masak kat mak bila mak sakit ( atau bila bini sakit jika takde pembantu rumah ).

Kalau anak lelaki tak boleh disuruh dan tak tau buat ape benda langsung tu salah mak dialah, tak nak train anak lelaki dia. Sanggup dia jadi hamba anak-anak yang dah besar panjang!

Siang-siang lagi anak-anak perempuan dah kena discriminate. Anak perempuan jaga orang tua ( sebab dia pompan ) anak lelaki dapat 2 bahagian harta pusaka sebab dia akan jadi ketua keluarga ( jadi ketua aje, tanggungjawab taichi kat orang pompan ). orang perempuan pun, pakat-pakat diam aje sebab tak nak bising-bising dan tak nak gadoh-gadoh. Tambahan pulak yang silelaki tu pulak ada penyakit kronik yang takde ubatnya melainkan mati - iaitu penyakit TB yang acute!!

Tuesday, September 6, 2011

Se Hidup Se Mati

Masa tengah berpak tor bukan main lagi berjanji bulan, bintang dan sanggup sehidup semati atau jika aku pergi dulu darimu ku tunggu kau di pintu syurga.....iyolah tu! Rupa-rupanya realiti hidup jauh berbeza dari yang disangka, hidup atas dunia ni banyak benar pancaroba! akhirnya janji sehidup semati jadi seorang hidup seorang mati atau seorang jadi janda/duda , seorang lagi kawin lain!

Apa yang berlaku atas diri Che Da sungguh tidak disangka, berkahwin lebih dari 50 tahun, tiba-tiba mintak cerai dari suaminya sedangkan suaminya yang berumur 80 tahun sangat memerlukan Che Da sebagai teman di hari tua. Che Da dah nekad tak mau lagi tinggal bersama suaminya walau apa pun berlaku. Apa yang orang tak tahu, Che Da menyimpan dendam di atas segala penganiayaan mental dan fizikal yang dilakukan ke atasnya selama ni.

Apabila suaminya tiba-tiba meninggal, Che Da yang dah tinggal berasingan dengan suaminya dah ingat-ingat lupa. Bila sampai di tanah perkuburan - kubur siapakah yang dibacakan talkin itu, sebab sekejap dia ingat, sekejap lagi dia lupa!

Ramai orang kata Che Da tu nusyuz pada suaminya - menjauhkan diri dari suami tanpa reda suami. Bila suami dah mati, tak pulak menyesal dan takde reaksi langsung dari i\air mukanya....... pot pet.. pet pot... pot pet .....aka menuduh Che Da isteri derhaka dan menanggung dosa besar!

Tak tahu nak katalah.....siapa betul siapa tak betul. Kalau pergi depan hakim syarie, mesti nak dengar cerita dua belah pihak, selidik betul-betul baru jatuh hukum. Lagi pulak Che Da sudah dalam keadaan antara ingat dengan lupa, cuma malang sikit, ia lebih ingat tentang penderitaan dirinya dari yang lain-lain!

Saturday, September 3, 2011

Sempat Ke Tak Sempat..........

Jarah ( Zaharah ) pergi menziarah Mek Ngah yang sedang terlantar sakit , kesian bukan main sebab Mek Ngah langsung dah tak boleh berjalan. Bila Mek Ngah tengok Jarah , terus dia menangis dan mintak maaf bertalu-talu kerana dia telah melakukan dosa pada Jarah. Jarah pun agak clueless lah jugak , setahunya Mek Ngah takde pun buat apa-apa kat dia, kalau setakat lepat melepat tu tak kisahlah, Mek Ngah pun dah uzur..

Mek Ngah menceritakan apa yang telah dia buat 25 tahun yang lepas, masa Jarah anak dara, ada seorang teruna menyampaikan hajat untuk meminang Jarah, tapi Mek Ngah berbohong mengatakan Jarah dah bertunang. Mek Ngah sukakan si teruna tu dan nak dipadankan dengan anak saudaranya. Bila Jarah dengar kisah tu dia pun naik angin , jahat jugak orang tua tu rupanya. Lama jugak lah dia nak memaafkan Mek Ngah!

Ada orang yang dapat peluang minta maaf tapi ramai juga yang tak dapat peluang minta maaf, macam orang yang nak mati jugak - ada yang sempat taubat, ada yang tak sempat taubat sebab tiba-tiba nyawa habis tengah dok yam seng! Nauzubillah!

Terkenang pada seseorang yang sungguh mementingkan darjat dan tak boleh terima kalau orang lain lebih darinya. Tanpa disedari, dia telah melukakan hati ramai orang dan ramai jugak yang dapat bahana. Tiba-tiba dia sakit tenat dan koma lebih dari sebulan, tak taulah dia sedar atau pun tidak perbuatannya yang agak melampaui batas tu. Tapi nasibnya sungguh baik, kawan-kawan yang terkena tempias air liurnya begitu pemaaf, tak sampai hati nak menyimpan dendam.

Yelah kalau kita tak maafkan orang, susah jugak, nanti kena beratur lama pulak di padang mahsyar nak settle segala hutang piutang orang dengan kita ( tak masuk lagi hutang piutang kita dengan orang!). Pendek kata kalau nak yassir wala tuassir - hal kata mengata atau salah silap sesikit atau bebanyak - tak usahlah dibawa mati!


Thursday, September 1, 2011

Syawal Yang Barakah

Betapa hebatnya Islam menetapkan bayaran zakat fitrah di bulan Ramadan hingga pagi 1 Syawal untuk membantu golongan fakir miskin merasai kegembiraan di hari raya apabila mendapat wang zakat fitrah.

Beberapa tahun yang lepas, di bulan Ramadan , suami saya tercicir kad pengenalan di HKL, dan kami sungguh risau, pelbagai perkara perlu dibuat, kena buat report, kena pegi Putrajaya dan sudah tentu memakan masa untuk mendapat kp yang baru. Alhamdulillah pada petang tu jugak sepasang suami isteri muda yang terjumpa kp tu dan mereka datang memulangkannya ke rumah.

Pada hari raya tahun ni, psangan itu datang berhari raya ke rumah kami, dan kami pun bertanya kabar . Mereka pun menceritakan hal mereka ( tidak langsung menganggap diri mereka dalam kesusahan ) Mereka telah tinggal dalam lori ( majikan tempat dia bekerja ) selama 4 bulan. Ini kerana mereka telah dihalau dari bilik sewa kerana tak dapat membayar sewa. Kain baju basuh di masjid ( setelah meminta kebenaran dari pegawai masjid ). Isteri pula bekerja sebagai janitor. Dan kedua-dua mereka adalah orang lurus .

Semasa tinggal di dalam lori, isterinya yang mengandung telah keguguran. Alhamdulillah kata mereka selepas tu mereka diberi tinggal di flat satu bilik oleh majikan suaminya. Mereka telah pun ada seorang anak perempuan yang dipelihara ibu suami di Tanah Merah. Sedangkan si isteri mengatakan ibunya tak berdaya membantunya sebab ibunya juga orang susah dan mengalami pelbagai penyakit kronik.

Walaupun dalam kesusahan mereka tak meminta-minta, tak pulak selekeh, pakaian dan tubuh bada mereka bersih dan tak memerlukan simpati . Jadi, kitalah yang perlu prihatin, bahawa golongan inilah sebenarnya yang memerlukan hak mereka dengan mengikut syariat yang Allah tetapkan - mereka berhak menerima zakat, fitrah dan juga sedekah dan apa jua bantuan yang kita boleh hulurkan!

Zaman Kanak-Kanak.....5

  Bila balik Rompin ramai-ramai takde  program lain melainkan pagi nak makan apa, tengah hari makan kat mana, petang minum kat mana, malam m...