Monday, September 26, 2011

2 x 5 , 5 x 2

Jiran merupakan  ujian bagi seseorang, jika dapat jiran yang baik alhamdulillah kalau dapat jiran yang teruk, sengsaralah jadinya. Tapi, takkanlah kita nak pindah rumah semata-mata kerana tak tahan dengan jiran .

Kalau kita kata jiran kita teruk, mungkin kita pun teruk jugak, sebab kalau bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi, kan?

Seorang jiran  terasa begitu kecil hati dan marah, pergi cerita kat orang.....apa maknanya, bila saya bukak pintu dia pulak tutup pintu?

Kalau tak silap akak oii..... dah nak kebetulan masa akak bukak pintu rumah , dia baru aje masuk rumah dia lalu tutup pintu!manalah dia nak tahu akak nak bukak pintu masa tu!

Saya berdiri kat pagar tercegat bila dia lalu di buat- buat tak nampak, langsung tak tegur!

Akak.....mungkin dia betul-betul tak perasan, maklumlah orang baru balik, nak cepat masuk rumah, entah-entah dia sakit perut ke , mana tahu?

Boleh terima tak hujah tu? Kalau tak boleh terima, itu sebab jadi masam muka!
 
Pernah dulu anak sepupu komplen -  dia kata bertembung dengan kereta saya di simpang, dia lambai, dia flash, saya tak respond pun! kalau I tengah driving, jangan lambai, jangan flash - sebab dok nampak jalan aje !Tapi, anak buah, kalau nampak kita tetap akan tegur jugak  dan akan ketawa sendiri - bila tengok mata kita dok stret pandang jalan!








2 comments:

Temuk said...

Assalamualaikum
Mohon izin singgah. Coretan indah utk panduan kehidupan sehari-hari. Tajuknya pun cantik: 2x5, 5x2. Samalah, 1x10, 10x1. Amat wajar kita melihat sesuatu kejadian dari banyak sudut. Guru saya pernah mengingatkan, cuba selalu lihat salah sendiri dulu sebelum mencari salah orang lain. Katanya, kalau pun diyakini salah itu pada orang lain, cubalah pula fahami agaknya mengapalah dia lakukan kesalahan itu. Semoga wajah kita jadi tak masam. Thanks for sharing.

Kerabu Jantung said...

Alaikumussalam, terima kasih sudi singgah ke blok cerita merapu!

Banyak perkara yang kita belajar sepanjang hidup , samaada kita sedar atau tak sedar.Apa-apa pun, yang baik dibuat tauladan yang buruk itu kita kunci kemas-kemas!