Friday, September 23, 2011

Jangan Pilih Bulu

Suatu ketika seseorang telah mengadakan majlis besar-besaran untuk meraikan perkahwinan anak sulungnya. Punyalah sibuk dia ( masa tu belum ada wedding planner lagi ), ke sana ke mari membeli alat-alat untuk persiapan dan juga barang-barang sebagai cenderahati tetamu yang datang. Punyalah pilih tak terkira, nak cari yang best lagi terbest!

Beliau telah menyediakan tiga peringkat cenderahati, pertama untuk vvip, kedua untuk vip dan yang akhir sekali untuk yang ramai-ramai lainnya. Gadis-gadis yang menjaga persiapan meja tetamu dah siang-siang lagi datang untuk menyusun cenderahati mengikut yang diarahkan - vvip,vip dan yang tiada ber v. Tuan kenduri dah tak sempat nak check dah sebab kena besiap-siap berdandan  sama naik dengan pengantin.

Setelah habis majlis , puan rumah mengamuk sakan - tak tahu kenapa, punyalah geger ....rupa-rupanya dah tersalah letak hadiah, cenderahati untuk vvip pi letak kat meja vip dan cenderahati untuk vip diletak pulak kat meja vvip. Bila disoal siasat anak-anak gadis yang comel-comel tu  jawab ---- kami ingatkan yang lebih kilat tu untuk vvip yang kurang kilat untuk vip ( dan yang kepam tu untuk yang lain-lainnya ).....mula-mula tu dah atoq elok dah, mai pulak yang kata kena tukaq! Kami pun tukaqlah.......

Tuan kenduri geram  bukan main, menjerit habih meter - PUNOH DOH MAJLIS AMBO, SPOIL DOH......DOH TERTUKOR PULOK HADIOH VVIP DENGAN HADIOH VIP!!!!!!!



No comments: