Tuesday, September 20, 2011

Lain Dulu Lain Sekarang

Masa dulu orang tak tau pun fasal dera mendera - dera anak, dera isteri, dera pembantu rumah. Pernah dengar cerita orang marah dan hukum anak teruk-teruk, seperti mengikat anak di batang kelapa seharian, hingga anak naik kepanasan dan meraung-raung menangis kesakitan digigit kerengga.

Ada orang kampung tolong lepaskan ikatan, bawa balik anak itu ke rumah ibubapanya.........bakpe mu Bedul ( Abdul )..mu gi buak naya ke budok ni, habis merah satu badan gigit dek kerengga!! Sibapa tadi diam membisu, sebab yang menegur tu ialah ketua kampung. Masa dulu ketua kampung, penghulu atau pak imam disegani orang, dan merekalah jadi tempat mengadu dan merekalah menyelesaikan masalah kariahnya.

Sekarang ni tiada siapa peduli @ tiada siapa berani nak menegur atau melarang perbuatan yang tak elok yang berlaku di depan mata. Beranikah kita menegur anak-anak jiran atau anak-anak kawan, takut nanti kena sergah dek ibubapa mereka - jangan jaga tepi kain orang, sendiri ada anak sendiri jaga! Kalau tak percaya tegurlah anak jiran yang contohnya suka dok preng!preng! motosikal mereka tak kira subuh atau maghrib! Alamatlah bermasam muka satu keluarga atau lebih teruk lagi mereka akan dengan sengaja preng!preng!kan motosikal tu bagi jiran bertambah menjeruk hati.

Apa kita nak kata kalau dalam lrt, ada pasangan remaja yang berpeluk-pelukan dan bermesra di khalayak ramai. Semua pakat- pakat pandang dan menjegil mata, dengan harapan mereka sedar dan malu. Padahalnya mereka bertambah selamba, akhirnya kita semua terpaksa pandang ke tempat lain sebab malu! Siapa yang berani menegur atau melarang?

Pendek kata, terpaksalah dipendekkan kata...sebab tak boleh nak kata apa-apa lagi...

2 comments:

ain1914 said...

tak tau mana silapnya... didikan ibu bapa dulu ngan sekarang lain ke... atau pengaruh luar lagi kuat dari pengaruh ibu bapa...

Kerabu Jantung said...

sememangnya pengaruh luar lebih kuat dari pengaruh ibu bapa!

setelah habis belajar, anak-anak lebih banyak masa di luar rumah..