Monday, October 31, 2011

KL - BWN , BWN - KL - Tamu Kianggeh












Tamu Kianggeh di Bandar Seri Begawan



Tamu Kianggeh merupakan sebuah pasar yang menjual hasil pertanian -  pelbagai jenis sayur dan buah-buahan. Banyak jenis buah-buah yang sudah hampir pupus di Malaysia, masih ada di Brunei, seperti buah binjai . Begitu juga hasil-hasil laut dan sungai seperti ikan, ketam, sotong dan udang yang segar. Ada juga kepah  dan lokan dan udang galah banyak dijual , sayangnya tak sempat dirakamkan sebab kesuntukan masa.

Pasar ini terletak di seberang  Sungai Kianggeh  yang mengalir dipinggir Bandar Seri Begawan. Dari Bandar boleh jalan kaki ikut jambatan untuk ke seberang sungai  tempat letaknya Tamu Kianggeh. Sementara jalan air pula ialah untuk orang-orang yang hendak berulang alik dari Kampung Air ke Bandar Seri Begawan. 






Sungai Kianggeh mengalir di Bandar Seri Begawan. Betapa bergayanya teksi air menunggu pelanggan




Kurang sibuk sebab dah  tengahari



Kuih sepit yang pelbagai warna menarik perhatian



Ikan salai! sedap dimakan begitu saja!



Rotan dan pelbagai perkakas buatan tangan


Tudung saji  cantik berhias dan bermacam-macam makanan kering- udang kering, ikan bilis, ikan salai...




Alat-alat  yang digunakan menjelang perkahwinan- lulur, bedak pelbagai warna, lilin, bedak sejuk dan daun-daun yang telah dikeringkan itu untuk direbus sebagai air mandian




Barut yang diperbuat dari kain kapas yang lembut , untuk ibu-ibu yang bersalin dan untuk anak-anak yang baru lahir!











Thursday, October 27, 2011

KL - BWN, BWN - KL.........................3





Kami begitu teruja apabila dihidangkan nasi dalam bentuk hati. Paling istimewa ulam-ulam yang di sediakan begitu segar. Restoran ini menyediakan makanan Thai .








Nasi bentuk hati








Sambal belacan dan ulam segar





Ikan siakap goring istimewa













Waktu malam ke Waterfront sambil menikmati makanan yang bergrill sambil minum kopi





Kopitiam and Grill dalam tulisan Jawi

Sempat pula berkenalan dengan tuan punya restoran, Puan Hajah Nor Atikah dan suami yang  memang kenal dengan Ms DC

Monday, October 24, 2011

Anak Bertuah.....2

Seorang kawan memberitahu saya , anak lelaki jirannya selalu ponteng sekolah tapi sampai hari ini ibubapanya tak tahu. Setiap hari sianak tu akan menalipon bibiknya , tanya mak ayah dia ada tak di rumah. Kalau takde dia pun balik bawak kawan-kawan sekolah, lepak-lepak , main games dan hisap rokok. Akhir-akhir ni ada pulak pelajar perempuan yang ikut sama.

Albibik  tu pulak takut nak beritahu ibubapa budak tadi, takut kena penumbuk dan penerajang dan lain-lain lagi, jadi terpaksalah mendiamkan diri serta membersihkan segala bahan-bahan bukti yang bersepah-sepah atas lantai takut mak bapaknya balik ternampak puting rokok dan terbau asap rokok. Bila ditanya kenapa jiran-jiran tak tolong tegur atau tolong beritahu ibubapanya, jawapannya sama jugak, mereka takut anak-anak mereka diapa-apakan.

Sedih jugak memikirkan, ada pembantu rumah yang sepatutnya amanah pada majikan, tapi menyembunyikan perbuatan buruk anak tuan rumah. Jiran-jiran pun tak berani nak masuk campur. Pernah berlaku pembantu rumah memberitahu tuan rumah fasal anak lelaki yang tengok x-rated filem bila ibu bapa pergi out station , akhirnya pembantu itu yang dimaki dan dihalau dari rumah. Bukan senang nak tegur anak orang , kadang-kadang anak sendiri pun banyak yang tak boleh ditegur!







Saturday, October 22, 2011

KL - BWN , BWN - KL.....................2



Di Brunei Darussalam  tulisan jawi merupakan  tulisan yang di utamakan . Teringat pula masa sekolah rendah dulu-dulu, kami belajar tulisan jawi, boleh baca Utusan Melayu yang dicetak dalam tulisan jawi. Tiba-tiba kerajaan menghapuskan tulisan jawi di sekolah-sekolah , ramai jugak orang tulis ayat Quran dalam tulisan rumi, sebab dah tak reti menulis jawi!

Ada jugak sesetengah orang tak suka papan tanda yang ada tulisan jawi, lalu depa buat bantahan. Depa takut dan pobia kat tulisan tu! sebab takut kena masuk Melayu ( bukan masuk Islam! ). Atau ada yang takut jadi kolot kalau menulis jawi. Maka tulisan jawi pun di tiadakan..........



Jangan takut tulisan jawi, dia bukan makan orang. Sebenarnya orang yang makan orang!







Tanah perkuburan ini terletak di atas bukit, di belakang Tamu







    Jawi didahulukan,  Inggeris dikemudiankan




Terjemahan Melayu kepada Inggeris



Bagaimana dengan orang yang tak pandai baca jawi ? tak dapek den nolong ae!





It looks so unique! Roti Gardenia bah!




Thursday, October 20, 2011

KL - BWN , BWN - KL








We were in Bandar Seri Begawan recently......







......as  guests of Ms DC at this apartment











Nice setting welcome us at the porch 








More decorations as we enter inside the building







This cabinet caught our eyes , my daughter Beautiful Life felt like taking it home with her




Ta-da-----Miss DC's charming apartment!







Nothing like waking up  in the morning to the sound of  birds chirping




The sengih moment of Ms DC and Beautiful Life










Monday, October 17, 2011

Pandai Bawak Diri







Bila kita tanam, susah nak tumbuh, bila kita biarkan, dia tumbuh dengan meriahnya, walaupun tak di siram, tak dibaja hatta, di atas batu pun dia boleh hidup senang lenang !

Kalau dia manusia, mau jugak diajak  bergocoh kerana buat mengada-ada !




 Benih pokok kari yang di tiup angin dari rumah jiran 













Bila orang tak pedulikan dia , rajin pulak berbunga !



Pokok-pokok  adalah anugerah Allah dan kita tetap terhibur bila  melihat daun-daun dan bunga-bunga yang comel dan manis tumbuh  di kawasan keliling rumah....

Thursday, October 13, 2011

Ice Breaking








Antara cenderahati yang di bawak balik dari kenduri kahwin



Menghadiri majlis kenduri kahwin boleh menyeronokkan tapi ada yang memenatkan dan membosankan. Paling meriah majlis bawah kemah dan kenduri nasi kawah. Lepas makan nasi minyak ada teh tarik koner pulak, boleh gebang dengan kawan-kawan tak habis-habis cerita. Tapi kalau banyak kenduri pada satu hari, terpaksalah touch and go saja - salam dengan tuan rumah, makan , salam lagi lepas tu terus blah!

Majlis kenduri yang formal pulak selalunya dibuat waktu malam. Jemputan kena berada di dewan hotel atau lain-lain yang seumpamanya pada pukul 8 malam. Kalau orang Gombak nak pergi majlis kenduri kahwin ke Subang Jaya atau Shah Alam atau Putra Jaya, kena bertolak awal, solat maghrib di surau hotel. Nak solat Maghrib kat rumah tak sempat pulak.

Majlis formal pulak banyak kerenahnya. Kena pakai baju yang sesuai untuk malam ( kena ada lip lap-lip lap sikit , kena ada evening bag , kena make up tebal sikit , kena tu kena ni! ) Pastu dok kat kerusi, tunggu majlis bermula ( dalam kad -  8.30 - ketibaan pengantin ) realitinya, majlis akan bermula  sejam atau lebih kemudiannya. Dah resah dah tu, jiran kiri kanan tak berapa kenal pulak .... sembang pun kurang rancak!

Bila majlis dimulakan banyaklah protokolnya - Selawat Nabi ( berkajang-kajang kertas ) merenjis ( habis semua kaum kerabat nak merenjis ) , tayangan video masa kecik sampai kahwin , ucapan bapa pengantin, ucapan abang pengantin, ucapan adik lelaki, adik perempuan  ....gedebuk gedebak ...hinggakan .orang-orang pencen pun lenguhlah belakang sebab dok stret atas kerusi berjam-jam tak  bergerak menunggu adat istiadat yang gilang gemilang selesai!

Dalam salah satu majlis yang pernah saya hadiri  -   ucapan yang sungguh ghumbu dan meghapu  menjadi penyelamat pada keadaan yang begitu err....dry ......Hadirin semua tergelak habis -  hingga lupa lenguh belakang, sakit pinggang , tegang urat tengkuk menjadikan keadaan bertambah ceria . Yang jadi ice breaker ialah sahabat karib bapa pengantin..........

......let me tell you ( the bride ) about your father .........kawan saya ni ( the father ) cukup baguih, masa belajaq  dulu, orang lain semua spot soalan  bila nak periksa, tapi dia tak.......dia belajaq sungguh-sungguh tak main spot- spot, study semua, hinggakan yang dia study tu 8 topik aje, tapi yang keluaq dalam periksa ada 12!

.....when you were little ( the bride ), your father came back from out station, but you and your sister were not asleep yet at that time, so your mum said to your father , let me put this two girls to sleep first, and in the mean time you just recite al Quran. So, my good friend started reciting - auzubillahi minassyaitonir rojim......bismillahi......... yangggg...the girls are already asleep.......then your father went  on with....sodaqallahal adziiiiim...............

.........and  more stories that tickled us to the bones!






Bunga telur penyeri majlis.....

Tuesday, October 11, 2011

Detox!

Balik kampung, menikmati keindahan alam yang tidak tercemar oleh asap kenderaan yang tepu, tidak berdebu dan tiada jerebu. Balik sekali sekala sedut udara bersih, dapat juga mencuci salur pernafasan yang berjelaga!







Menuju ke kaki langit










Tuesday, October 4, 2011

Menuntut Hak!

Ada orang yang mengalami masalah harta pusaka setelah ibu mewasiatkan rumah kediaman mereka diserahkan pada adik yang bongsu. Apabila ibu dah lama mati, anak-anak pun dah meningkat umur dan sudah berkeluarga sendiri dan beranak pinak, maka timbul pelbagai masalah baru. Ada di antara anak-anak tadi yang hidup susah. Jadi yang susah ni takde tempat lain melainkan tinggal di rumah pesaka bersama dengan anak isteri.

Masalah timbul kebelakangan ini bila adik bongsu mula nakkan rumah pesaka yang telah diwasiatkan oleh ibunya . Dia nak rumah pesaka tu fasal itu hak dia , walau pun dia dah ada rumah lain di bandar. Sekarang dia menghadapi dilema ,bagaimana nak suruh abangnya sekeluarga keluar dari rumah pesaka tu! Timbul rasa tak puas hati di kalangan adik beradik yang lain-lain , malah ada yang marah dan mengungkit hal pemberian rumah pesaka pada adik bongsu sebagai tak adil pada yang lain-lain!

Tak tahulah apa sebab ibu itu meninggalkan harta untuk anaknya yang bongsu tu, pada hal dia ada ramai lagi anak yang lain. Kalau dibagikan harta itu ikut faraid, sudah tentu semua akan merasa harta peninggalan ibunya. Tiada yang rasa tersisih dan rasa marah, jauh sekali menuduh ibu mereka tak adil terhadap anak-anak.

Mungkin ibu pulak rasa dia dah buat yang terbaik, masa itu anaknya yang bongsu masih kecil, dia takut jika dia mati  tiada siapa yang akan menjaga anak itu. Kalau ada rumah, dapatlah anak itu buat berlindung. Takdir Tuhan tiada yang tahu - anak yang bongsu lebih lumayan hidup berbanding dengan kakak dan abang-abang yang lain. Pada hakikatnya ada yang lebih memerlukan rumah itu sebagai tempat perlindungan mereka anak beranak!

Kalaulah perkara ini dirujuk pada orang yang alim tentang Hukum Faraid, sudah tentu tiada anak-anak yang teraniaya! Manusia tetap merancang  tapi Allah yang menentukan. Malang sekali kalau manusia tak nampak hikmah Allah menetapkan hukum yang sedemikian rupa untuk kebaikan mereka!

Saturday, October 1, 2011

Halwa Mata








Kadang-kadang bunga yang nampak biasa akan nampak luar biasa cantiknya bila dalam gambar. Pokok-pokok yang ditanam selalu berubah-ubah, masa tengah membesar pokok hiasan nampak menarik, tapi bila dah terlalu besar nampak bersepah-sepah pulak.

Menjaga taman tidaklah semudah yang disangka dan tidak pula sesusah yang kita fikir. Tidak semudah yang disangka kerana ia memerlukan perhatian, belaian ,siraman, bubuh baja dan mencantas dahan-dahan ( pruning ) supaya ia sentiasa dalam keadaan yang kemas. Ia pula tidak sesusah yang difikirkan kerana, pokok yang tahan lasak tak perlu siram hari-hari ( kalau musim hujan boleh relaks habis , tak payah fikir hal pokok lagi dah ) , baja sebulan sekali, mencantas dahan bila nampak dah serebeh ( ahem... that's me! ).

Bunga Melur yang di bawah ini telah ditanam oleh ibu saya sejak tahun 60an lagi dan keturunannya masih ada hingga kini. Saya bawak melur ini berhijrah 13 tahun yang lepas, masih lagi sihat walafiat, kalau rajin pruning selepas setiap kali ia berbunga, tambah baja , melur akan terus berbunga dan mewangikan laman!




Bunga Melur kelopak berlapis macam bunga ros














Zaman Kanak-Kanak.....5

  Bila balik Rompin ramai-ramai takde  program lain melainkan pagi nak makan apa, tengah hari makan kat mana, petang minum kat mana, malam m...