Tuesday, October 4, 2011

Menuntut Hak!

Ada orang yang mengalami masalah harta pusaka setelah ibu mewasiatkan rumah kediaman mereka diserahkan pada adik yang bongsu. Apabila ibu dah lama mati, anak-anak pun dah meningkat umur dan sudah berkeluarga sendiri dan beranak pinak, maka timbul pelbagai masalah baru. Ada di antara anak-anak tadi yang hidup susah. Jadi yang susah ni takde tempat lain melainkan tinggal di rumah pesaka bersama dengan anak isteri.

Masalah timbul kebelakangan ini bila adik bongsu mula nakkan rumah pesaka yang telah diwasiatkan oleh ibunya . Dia nak rumah pesaka tu fasal itu hak dia , walau pun dia dah ada rumah lain di bandar. Sekarang dia menghadapi dilema ,bagaimana nak suruh abangnya sekeluarga keluar dari rumah pesaka tu! Timbul rasa tak puas hati di kalangan adik beradik yang lain-lain , malah ada yang marah dan mengungkit hal pemberian rumah pesaka pada adik bongsu sebagai tak adil pada yang lain-lain!

Tak tahulah apa sebab ibu itu meninggalkan harta untuk anaknya yang bongsu tu, pada hal dia ada ramai lagi anak yang lain. Kalau dibagikan harta itu ikut faraid, sudah tentu semua akan merasa harta peninggalan ibunya. Tiada yang rasa tersisih dan rasa marah, jauh sekali menuduh ibu mereka tak adil terhadap anak-anak.

Mungkin ibu pulak rasa dia dah buat yang terbaik, masa itu anaknya yang bongsu masih kecil, dia takut jika dia mati  tiada siapa yang akan menjaga anak itu. Kalau ada rumah, dapatlah anak itu buat berlindung. Takdir Tuhan tiada yang tahu - anak yang bongsu lebih lumayan hidup berbanding dengan kakak dan abang-abang yang lain. Pada hakikatnya ada yang lebih memerlukan rumah itu sebagai tempat perlindungan mereka anak beranak!

Kalaulah perkara ini dirujuk pada orang yang alim tentang Hukum Faraid, sudah tentu tiada anak-anak yang teraniaya! Manusia tetap merancang  tapi Allah yang menentukan. Malang sekali kalau manusia tak nampak hikmah Allah menetapkan hukum yang sedemikian rupa untuk kebaikan mereka!

No comments: