Friday, November 18, 2011

Macam Nak Kiamat!

Bila berlaku keadaan yang kecoh, hiruk pikuk dan haru biru - kita akan kata - macam nak kiamat  atau macam perang sabil!  Ke dua-duanya tidak pernah kita lihat, tapi kita dapat rasakan bagaimana kedahsyatan yang akan berlaku bila tiba hari kiamat melalui tafsiran surah-surah tertentu dalam Al Quran . Begitu jugak perang sabil yang berlaku di zaman Rasulullah SAW lebih seratus tahun dulu yang  dapat kita bayangkan kehebatannya melalui sirah Rasulullah SAW. WaLlahua'lam!

Ada suatu kejadian yang berlaku  menyebabkan keadaan jadi macam nak kiamat atau perang sabil bila seorang isteri telah kehilangan barang-barang berharga dari simpanannya . Rumah tak pecah, almari yang terkopak .Meraunglah si isteri  - habis datang mak bapak, tok nenek dan adik beradik mententeramkan dia yang sedang menghadapi musibah besar!

Sibuklah semua orang suruh suaminya pergi repot polis dan suaminya pun akurlah. Tapi tiba-tiba si ibu menahannya.....tak payah repot polis....alah, barang-barang kemas tu boleh diganti bila-bila ada duit. Repot pun buat apa, benda dah hilang, dah kena jual atau dah kena gadai. Kehilangan tu pulak bertepatan dengan masa mereka nak melancong ke luar negara. Si isteri asyik 'pester' suami bawak anak isteri pergi melancong ( masa tu trend dan gah bila melancong ke luar negara )

Mungkin ibu tu faham nak melancong ke negara Uncle Sam bukan sikit belanjanya. Lagi pulak di tahun 70an dulu tak ramai orang Malaysia yang dapat duit terpijak!





4 comments:

ngasobahseliman said...

WoW ! Are you saying suami curi atau ibu curi. Bahaya cerita ni....

Kerabu Jantung said...

hahaha....entahlah, it happened about 30 years ago ..maybe ibu lebih tahu kedudukan anak-anak mereka yang sebenar...

whm6840 said...

ooooooo.. mula-mula blurr baca. can't co-relate barang kemas + travel. macam-macam.

Kerabu Jantung said...

dulu takde kredit kad , jadi sumber yang paling mudah ialah barang kemas...