Sunday, January 1, 2012

Selamat Menyambut Tahun 2012 !

Belum pun sempat pukul 12 malam tadi, banyak bunga api dah termeletup - mungkin sengaja ditembak sebelum pukul 12 sebab nak mendahului orang lain, atau tertembak  lebih awal akibat kesalahan teknikal, tak taulah!

Kuala Lumpur penuh berasap akibat dari bunga api yang meletus hampir 20- 30 minit, bersambung-sambung antara satu sama lain. Orang Gombak bernasib baik dapat tengok bunga api dari laman rumah, tapi kalau kita duduk dalam rumah, agak risau jugak dengar letupan yang bertalu-talu begitu - macam tengah berperang pulak!

Lepas ni seboklah pasangan yang hendak berkahwin buat booking dewan, hotel, mak andam, katerer pada tarikh  20.12. 2012 . Ataukah pilihan raya ke 13 dijalankan pada 20122012 ? ....tapi rasanya lambat sangat kut, the winnable candidates dah tak sabar-sabar lagi nak tunjuk kebolehan mereka!

Dan hanya lapan tahun lagi kita nak sampai ke tahun 2020 - bersediakah kita, mental dan fizikal? Tak naklah kita jadi negara maju tapi tandas awam busuk bangar ,  tunggu bas awam  sampai berpeluh ketiak, buang sampah ikut suka tangan  - atau buka syarikat besar di bawah naungan kerajaan, tapi rugi memanjang, yang untungnya pegawai-pegawai dia aje sebab gaji besar, perks banyak..... atau masih menyimpan lagi pemimpin - pemimpin yang tak boleh memimpin dan dah tak layak jadi pemimpin....dan...dan....

No comments:

Fikir Sejenak...

  Bagaimana kalau tiba-tiba terjadi ....Iza zulzilatil ardhu zilzalaha...ketika kita berada di tingkat 44? Pernah tak kita terfikir? Dulu sa...