Monday, December 31, 2012

Selamat Tahun Baru 2013 Masehi!








Semoga kita mengikut arah kiblat yang betul!


Akak oi, bila singgah solat di R&R di tepi hiway , tengok betul-betul anak panah arah kiblat tu sebelum hampar sejadah -  tidak semuanya lurus ikut mihrab, ada yang sendeng ke kiri atau ke kanan......



.






 Saya ingin mencadangkan supaya Plus tampal arah kiblat  di dinding surau ( bukan di siling ) supaya mudah nampak dan tak keliru !














Friday, December 28, 2012

Dapat Punching Bag Yang Baru!



Rah jatuh cinta pada  Yi   yang hansem dan berbudi pekerti tinggi, peramah dan sungguh bertimbang rasa. Rah seorang gadis yang  masih single dan ingin menamatkan zaman bujangnya dengan Yi. Masalahnya Yi dah ada isteri dan sangat sayang kat isteri dia dan sebagai seorang gentleman memang dia melimpahkan  kasih sayang kat isterinya tuh!

Rah sanggup bersabar beberapa lama menunggu dan sentiasa mendoakan akan ketidaksejahteraan isteri Yi. Nak jadikan cerita isteri Yi telah mendapat kemalangan menyebabkan dia terpaksa duduk di atas wheelchair. Yi yang sungguh setia tu menjaga isteri dengan sabar, masak , mandikan isteri dan sebagainya.

Tak disangka tiba-tiba Yi meluahkan isi hatinya nak berkahwin lain - isterinya pun terkejut besar dan sedih mendengar berita buruk tu. Pada awalnya dia tidak rela suaminya kawin lain, tapi ahli keluarganya telah menasihati supaya membenarkan suami dia kawin lain untuk kebaikan  mereka.

Ahirnya  dia menandatangani borang membenarkan suaminya bukak cawangan baru . Setelah sekian lama menyimpan cerita rumahtangga , akhirnya dia meluahkan perasaannya...... Takpelah ,  biarlah Yi dapat punching bag yang baru ! Seluruh keluarga terkejut bila dia menceritakan selama berpuluh tahun berkahwin rupa-rupanya suaminya tu  kaki sepak terajang isteri ! Sehingga isterinya dapat sakit kronik dan dah tak berdaya lagi barulah dia berhenti menendang........

Tak tau pulak bagaimana nasib Rah....sanggupkah ia dianiayai atau dia  Yi akan bertemu buku dengan ruas? Sebab tak semua wanita sanggup berkorban begitu rupa....

Wednesday, December 26, 2012

Fikir Sebelum Makan!


I nak bagi you sikit buah-buah dari kampung , tengok ni ha...semua ada...
I nak buah rambutan, manggis dan langsat, durian tak nak
Tak makan durian ke?
Oo....durian kena bawak bersabar sikit, kalau nak makan pun buat pengat durian, makan seulas dua je..durian mentah, tak berani kita tak tau penyakit apa yang kita ada nanti tak fasal-fasal....

( tu cakap orang yang jaga pemakanan dia )






Ada orang masuk hospital dapat mild stroke, rupa-rupanya selama ni depa suami isteri.....

We have been enjoying durian ....tu, the musang king... best , kalah yang lain-lain. Banyak sungguh derian la ni! Murah-murah pulak tu, kita orang pun apa lagi ....

( Dah lama dok marathon makan deroyan rupanya )

Mula-mula tu dia kata berat kaki nak jalan tak boleh, kena pakai tongkat - lepas tu dia dah tak boleh jalan, rebah terjelepuk....

( Doktor kata dia bernasib baik sebab cepat dibawa ke hospital - mujurlah!)

Musim durian ni beli durian banyak-banyak sebab murah... bukak semua durian, makan sungguh-sungguh...bila lagi?
Eh, kenapa mata I rasa kelabu?
Panas kut...
Ehh.....dah blur sangat ni....
Jom pi hospital!!

( Doktor kata sugar level dia sky high!.....mujur cepat datang !)


Taklah nak salahkan durian pulak, buah tu tak berdosa........


Monday, December 24, 2012

Pulak Dah!



Susah jugak jadi orang tengah, serabut ada, geram ada, nak tergelak pun ada! Tapi orang tengah tak boleh menyebelah mana-mana - berdiri kat tengah je!

You tau? punyalah menyombong dia tu, mentang-mentang jadi ajk masjid, tak pelawa pun kita ni pegi dengar ceramah kat masjid tu
( Tak payah lah kena pelawa, pegi je, masjid tu bukan hak sapa-sapa pun! )
Buat macam tak kenal je ...kenapa I ni jahil sangat ke tak layak ke nak pergi dengar ceramah agama tu?
( Takkanlah nak pegi majlis ilmu kat masjid pun nak kena jemput! )

Di masa yang lain dan orang lain pulak....

Dia  asyik ajak akak pegi masjid, suruh hadir majlis ilmu
( Eloklah tu akak oi, akak pun jarang pegi )
Balik-balik asyik nak tala kat kita je, apa akak ni jahil sangat ke?Dia ingat akak ni tak pernah pegi masjid ,tak pernah pegi majlis ilmu ke?
( Pulak dah...... )

Yang lain pulak.......

I bukan tak nak pegi majlis ilmu kat masjid tu,  tapi asyik dok ajar fasal fardu ain je, macam takde benda lain yang nak ajar .... kitab-kitab lain berlambak ada..
( Apa salahnya pegi dengar ,sekurang-kurangnya ulangkaji apa yang kita dah tau )

Yang satu ni pulak........

Ahh...ustaz tu asyik cerita taat suami je , cuba sekali sekali cerita tanggungjawab suami pada isteri pulak....sikit-sikit salah pempuan , lelaki sema bagus ke?
( Sekali sekala pi lah  kelas ustazah - dengar apa dia kata pulak....)

Begitulah adanya....



Saturday, December 22, 2012

Menanggung Beban!



Akibat dari terlalu memanjakan dan terlalu melindungi anak lelakinya, akhirnya seorang ibu menanggung beban sampai ke tua.
Apabila sudah tua , ibu tadi dah takut nak jumpa anak, atau dengan kata lain ia menjadi takut kalau anaknya datang ke rumah.
Anak bongsunya sudah berumur lebih 40 tahun dan mempunyai 5 orang anak, tapi masih bergantung hidup pada ibunya. Pendek kata dari kecil sampai tua dia akan sentiasa meminta ibunya menyediakan wang dan segala kemudahan untuknya, sehingga ibunya dah tak larat dan dah tak mampu - bukit kalau dicangkul lama-lama akan rata jugak.

Seorang ibu yang lain pulak takut untuk meminta tolong dari anak perempuannya, sebab katanya anak dia tu keras dan kasar orangnya.
 Bila bagi duit kat ibunya dia akan iringkan dengan kata-kata...sekali sekala bagi oklah kalau tiap-tiap bulan sorilah mama ( sedangkan dia mampu ).
Pernah jugak dia mempelawa ibunya pergi ke rumahnya di KL, apabila ibunya bawak bag baju yang besar sikit, dia terus kata....
Mama bawak beg besar ni nak duduk lama ke? Ni yang Angah tension ni!
Ibu  pun tak terkata apa melainkan memendam rasa........

Ada kala padi yang ditanam lalang yang yang tumbuh!

Thursday, December 20, 2012

Jangan Menipu



Mengikut kata doktor ramai orang yang ada diabetes menipu apabila mereka buat pemeriksaan darah. Katanya bila samapai masa nak ambil darah, mereka akan berpuasa berhari-hari, jadi bila pergi ambil darah keputusannya tidak mengejutkan doktor ( dan bakal tak kena leter ).

Yang kelakarnya doktor kata mereka tak boleh tipu sebab masa pengambilan darah tahap HbAIc iaitu gula yang melekat pada hemoglobin dalam sel darah merah akan menceritakan hal yang sebenarnya. Katanya kalau setakat puasa / pantang  seminggu sebab nak ambil darah, dia tak akan mengubah apa-apa, melainkan kalau seseorang kontrol pemakanan selama 3 bulan barulah nampak kesannya!

Di bawah ini saya ambil dari pamplet di Hospital Tanglin:

Treatment Target ( Ideal )

HbAIc                                        6.5
Random blood sugar                   7.8
Fasting blood sugar                     4.4 - 6.1
Blood pressure                     +/-  130/80
LDL - bad cholesterol          +/-  2.6 mmol/ - less than 3.3
HDL - good cholesterol
more than                                    1.33   for women
more than                                    1.02  for men

Body mass index - between      18.5 - 25
Waist circumference less than     35" for women
                                                  40" for men


Sorry herang herot pulak senarai tu, masa taip elok lurus je, bila tengok preview jadi simpang siur pulak!


Tuesday, December 18, 2012

Dapatkan Rawatan Awal



Perbualan begini biasa didengar di bilik menunggu Klinik Pembedahan Kecil HKL....

I sudah dua tahun baik, tapi makan mesti mau pantang lo....
Saya pun , ini tahun ke lima - sudah buang satu breast....ya ..makan mesti jaga
Tapi laulian ( durian ) aa..tak boleh makan woo..

Akak ni, waktu tengah baring-baring sambil tengok tv, tiba-tiba terasa ada biji di bawah ketiak....terus akak pergi hospital
Akak tak sedar ke selama ni?
Tu laaa...tak penah ambik tau! Tapi alhamdulillah, mujur pegi cepat...doktor buang biji dan buat rawatan  radioterapi..

You tengah buat treatment ke?
Tak, nak buat mammogram..
I ni baru lepas buat operation, doktor guna ultrasound nak trace lump 
Macam mana tu?
Cucuk dengan jarum nak ambil tisu, hantar lab- hari ni nak tau keputusan

Jangan takut dik, kalau positif kanser awal-awal ni mudah sikit
Ye ke akak?
Iya, kalau kecik lagi senang buang,  senang buat treatment, akak ni dulu dah besar lump 
Kanser ke?
Kanser, tapi first stage, dah buat kimo , dan radioterapi berbelas-belas  kali , alhamdulillah...tak melarat.

Saya bawak mak, dulu dia ada lump besar duit 20sen - saya suruh dia pegi buang, dia kata dah 5 tahun, takde apa pun.
Sekarang macam mana?
Paksa dia pergi hospital, mujur jugak, rupanya dah jadi kanser, tapi nasib baik belum berakar lagi!
Mak dah ok ke sekarang?
Ok dan kena makan ubat untuk 5 tahun, tak boleh kimo sebab umur dah tua.

Makcik ni dah buang dah payu dara, nasib baik cepat jumpa doktor, la ni makan ubat je untuk 5 tahun  umur makcik pun dah 70 tahun....
Sekarang dah ok?
Alhamdulillah,  kena check up 6 bulan sekali..

Kalau buat treatment awal banyak masalah dapat diselesaikan....




Wednesday, December 12, 2012

Gambar Hilang


I tak sedar  selama ni dok upload gambar macam-macam rupanya dah melebihi 1000 keping ( termasuk gambar yang mengarut-ngarut dan gambar yang sama diambil berkali-kali ) - bila nak upload gambar dalam blog baru-baru ni, dah kena reject, dan kena bayar pula  kalau nak tambah quota tempat simpan gambar tu!.

Apalagi, sekarang ni tengah  buang gambar-gambar yang tak digunakan dalam blog dan gambar-gambar yang serupa  - buang punya buang, rupanya banyak jugak gambar dalam blog yang terpadam!

Dah tak tau nak buat apa...

Got to wait for my son to straighten it up!

Tak Suka?








Ada jugak orang tak suka bunga! Dia kata tanam bunga buat perabih pitih - maklumlah nak beli anak bunga dalam beg plastik  harganya rm 5 , pada hal kalau patahkan dahan pokok bunga kat tepi jalan atau kat kebun orang ( mencuri tu! ), cucuk sendiri, akan hidup jugak! Atau mintak je anak-anak pokok bunga tu pada kawan-kawan tak payah buang-buang duit..

Ada suami yang begitu keras hati, bila isteri nak tanam pokok bunga , dia kata buat apa membazir duit, kena beli pasu, beli tanah, beli baja - besar belanja tuh! lagi pulak kalau banyak sangat pokok buat semak je!

Alohlah cek abe......





Pokok bunga yang ni sangat mudah ditanam, asalnya satu pokok saja, dia  membiak  bila bunga yang kering luruh , anak-anak  pokok yang baru akan tumbuh dengan sendirinya.









Monday, December 10, 2012

Lebih Mudah Jaga Lembu Sekandang


Perkataan ' tak suka '  ni kerap didengar pada tahun 60an dan 70an dulu apabila anak gadis yang nak dikahwinkan dengan teruna bukan pilihan mereka.

Masa tu pergaulan antara lelaki dan perempuan sangat terbatas, jadi ibubapalah yang memainkan peranan untuk menjodohkan anak-anak gadis mereka.

Anak gadis yang comel lote tiba-tiba ayah suruh kawin dengan teruna muka pecah rumah, sudah tentu mendapat tentangan hebat dari anak gadis....Kalau yang handsome sikit tu bolehlah jugak.....Tapi ayah tu dah buat pertimbangan yang saksama, yang muka pecah rumah tu rajin koje dan wara' jugaklah sikit...yang handsome tu pemaleh...... dok bela remos dia je!

Anda rasa kenapa  cerita-cerita tahun 50an, 60an dan 70an dulu banyak  berkisar pada kahwin paksa? Selalu dibawak cerita orang tua yang kaya nak kawin anak gadis muda - antara sebab yang diberi ialah, ibubapa terhutang duit dan terpaksa kawinkan anak dara comelnya dengan orang kaya yang dah tua tu!



google search





Cerita di atas tu kadang kala sengaja diada-adakan sebab orang sakit hati dengan orang kaya (  orang lain miskin belaka hanya beberapa kerat je yang kaya dalam kampung tuh! ) - jadi masyarakat pandang serong pada mereka . Dengan itu timbullah cerita Haji Bakhil yang dibinkan pulak  pada Haji Kedekut! dan banyak lagi cerita untuk menggambarkan perlakuan buruk seseorang hanya kerana dia kaya ( ....dan tak bertimbang rasa? yang tak bayar zakat? yang tamak? yang  suka ambil kesempatan? yang tak menjalankan tanggungjawab sosial? )

Begitulah kalau jurang kaya miskin sangat luas dalam sesebuah masyarakat , akan ada pelbagai tohmahan dan sosial sanction yang dikenakan oleh masyarakat pada mereka yang kaya.....




Saturday, December 8, 2012

Khilaf Dua Rawi : Bab Saktah Dan Ya Idhofah




























Setinggi-tinggi  terimakasih dirakamkan  pada Ustaz Uwais AlQorny AlHafiz kerana menyiapkan power point ini , tanpa usaha beliau sudah tentu saya tidak dapat menyiapkannya dalam jangka masa segera seperti ini . Di atas segala usahanya Allah jua yang membalas.



Thursday, November 22, 2012

Sembang Dari Satun!........2






wiki search





Setelah kapal dan segala peralatan penangkapan ikan yang canggih itu dirampas, hidup dia pun tak sesenang dulu - semua kereta mahal di perkarangan rumahnya dijual satu persatu. Kini dia menjadi dreba seorang tokey Siam yang juga tokey ikan.

Dia pun menceritakan kisah bossnya pulak, yang dah beberapa kali ditembak, tapi tak pernah kena sasaran tepat, jadi dia tak mati. ( mungin tembakan tu hanya amaran je! ). Almusabab kena tembak tu ialah sambil menjalankan aktiviti penangkapan ikan ( mungkin ada juga menyeludup ikan ), dia selalu je menceroboh kawasan orang lain. Itu sebabnya dia banyak musuh.

Puok-puok tu kalu bbaloh gak main bedil sengoti!


Pada suatu hari dia kena tembak tepat di dada - tapi.... tak mati jugak dia..sebab, pada hari itu ( mungkin setiap hari ) dia letak patung Budha  yang kecik sebesar ibu jari dalam poket bajunya. Peluru yang ditembak  mengenai patung Budha  yang diperbuat dari gangsa dan telah  melantun ke tempat lain.

Lepas kejadian itu, bukan main popular lagi tokey dia  - ramai yang offer nak beli patung tu dengan harga yang berjuta-juta baht!

Pelandok selalu lupakan jerat tapi jerat tak pernah dan tak akan lupakan pelandok adanya.......





Tuesday, November 20, 2012

Sembang Dari Satun!..........1




Semasa menunggu nasi masak, the menfolks dok bawah kemah bersembang panjang, sambil minum ayaq kopi.

Rupa-rupanya dari Perlis ke Satun sangat dekat jika melalui jalan laut, begitu juga dari Pulau Langkawi hanya mengambil masa 45 minit sahaja ke Satun jika naik bot.

Dalam banyak-banyak cerita tu, ada satu yang sangat menarik  - berlaku beberapa tahun dulu, seorang penyeludup kena tipu dek polis.

Masa dulu dia menyeludup ikan sardin dari Perlis untuk dihantar ke kilang mengetin sadin di Siam.  Orang Malaysia tak gemar makan ikan sadin ( ikan selayang atau ikan tamban sisik ) dan harganya sangat murah- jadi dari situlah dia menjana pendapatan yang sangat lumayan dengan menyeludup ikan ke Siam.. Makin lama dia jadi semakin kaya - ada kapal besar dengan peralatan menangkap ikan yang canggih dok pi meredah di Laut Andaman.




sardines - wiki search





Walau pun polis tahu pergerakannya tapi tak dapat menangkapnya secara  red handed, jadi dia selamat. Polis pun baik dengannya dan tidak mengganggu gugat pekerjaannya. Ada juga sekali sekala kawan-kawannya dari kalangan anggota polis minta nak pergi bersama-samanya ke laut,tapi dia berhati-hati dan tak pernah nak sembawa mereka ikut sama.

Lama kelamaan setelah mereka memujuk sebagai kawan, akhirnya dia mengajak mereka bersama-sama  menaiki botnya pergi menangkap ikan aka menyeludup ikan - rupa-rupanya ia adalah satu perangkap! Setelah sampai ke tengah laut dan menjalankan aktiviti biasanya , polis pun terus mengeluarkan waran merampas bot dan segala peralatan sehingga dia kehilangan segalanya, sampai ke hari ini!

Gitulah weh...pelandok lupakan jerat tapi jerat tak lupakan pelandok......


Thursday, November 15, 2012

Songkla a.k.a. Singgora



















Pemandangan bandar  lama Songkla yang dikenali sebagai Singgora .











Pemandangan  pekan lama Singgora ( Songkla )





Pemandangan jalan utama Singgora 







Pantai Songkla, patung mermaid menjadi tumpuan pelancong




Pemandangan  pulau-pulau berdekatan dilihat dari atas  Tang Kuang Hill - dari atas bukit boleh nampak sekeliling bandar Songkla.







Jambatan terpanjang di Siam, menyambungkan Songkla dengan Pulau Ko Yo - laut disekitar teluk dijadikan tempat memelihara ikan .














Di tepi laut didirikan kilang-kilang air batu dan kilang memproses ikan baja
dan juga mengetin ikan sardin -
Alangkah baiknya jika Malaysia juga
ikut cara ini .



Inilah barang-barang hasil laut yang dijual di Pulau Ko Yo , Songkla.. Segala macam t-shirt, beach wear, dan kain Siam juga  ada dijual .

Terdapat ikan bilis, udang kering, ikan kering, sotong kering, nam pla,  biji gajus , rempah ratus, cili kering ,macam -macam jenis makanan ringan , pelbagai jenis asam - asam , buah-buahan dan sebagainya.

Berbelanja sakanlah pulak  weh.....alahai......sampai ke rumah pi dok perosok sema barang-barang tu kat bawah dapur!



















Zaman Kanak-Kanak.....5

  Bila balik Rompin ramai-ramai takde  program lain melainkan pagi nak makan apa, tengah hari makan kat mana, petang minum kat mana, malam m...