Sunday, January 22, 2012

Berperang Dengan........

Seorang sahabat mengatakan dia betul-betul insaf tentang dirinya yang agak berkira bila nak bagi sesuatu kat orang. Apabila seorang rakannya yang datang dari jauh berziarah dengan membawa beberapa biji  buah pelam yang besar, cantik , sedang-sedang masak dan manis rasanya - dia tak dapat melupakannya hingga ke hari ini . Dia begitu terharu dan malu pada diri sebab dia tak pernah bagi  hadiah yang menyebabkan orang tak lupa sampai bila-bila!

Bila keluar cerita buah mempelam seorang kawan lain pula begitu teruja mendengarnya. You cerita seronok dapat hadiah , mai sini I nak ceghita pasai  I berjuang dengan nafsu kedekut bila nak bagi hadiah yang elok kat orang. I ada dua biji pelam epal yang sangat besar dan tengah masak ranum, kebetulan  ada tetamu datang  ke rumah pada hari tu, I pun berniat nak hadiahkan sebiji padanya . Bila I pegi ke dapur  nak ambik pelam tu, serta merta timbul rasa tamak, kedekut dan kupik  - Kalau nak bagi pun , pilih yang kecik yang kurang elok sebab yang satu lagi tu besar dan cantik  - sayang nak bagi!

 Hati kata kena bagi yang elok, kena bagi yang elok, yang paling kita sayang .  Lama jugak lah dia berperang dengan  jiwanya - bagi yang kecik ke yang besar - kecik, besar, kecik , besar..... akhirnya dia kuatkan hati, pejam mata -  terus bungkus  yang besar yang  lebih cantik  sebagai hadiah pada  tetamunya.

Fuh!! nak bagi buah mangga pun terpaksa berjuang dengan nafsu, apa lagi kalau nak menginfak harta yang kita sayang - laaaaagiiiiii susah!!

Pernah saya terserempak dengan seorang yang sedang membuang bubur kacang ke dalam longkang - bila ditanya kenapa buang bubur kacang tu? dia kata ada orang bagi dia sebekas bubur kacang.......tapi kak....  tak boleh makanlah......dah basi...katanya dengan nada kesal !

Jaga-jaga....  orang yang bagi barang busuk  tu...nanti mimpi  berenang dalam tasik bubur kacang basi ......sambil tertelan the slimey bubur basi  tuh!....muahaha!

No comments: