Saturday, January 14, 2012

Dikejar Bayang-Bayang Sendiri

Suami K seorang yang poyo, mentang-mentang dia pegawai tinggi yang bijak pandai, dia ingat semua orang lain bodoh belaka. Dengan isteri tak pernah bagi muka, kena ikut cakap dia aje ( ni pun dikira penderaan jugak - penderaan mental ). Isteri dan ahli keluarga isteri menjeruk hati dengan perangai si pegawai tinggi tuh! Keadaan dah menjadi seperti kata pepatah - ditelan mati emak, diluah mati bapak.

Pada satu ketika, pegawai tinggi tadi ditimpa penyakit yang doktor pun tak boleh diagnose , masuk hospital punya lama ( under supervision ). Dia pun ingat dia dah nak mati dah. Oleh kerana macam rasa dah takde harapan nak hidup lama, dia pun mintak maaf dengan isterinya atas perbuatanya pada isteri dia - isteri dia ingat nak mintak maaf fasal perangai buruknya selama ni rupanya nak ghoyak  dia telah bermain kayu tiga! Tergamam isteri tu, memandangkan suaminya tengah tenat , sabar aje, kalau naik angin pun tak guna suami pun bernafas pakai topeng oksijen! 

Setelah meluahkan perasaan hati yang tertekan selama ini, suami tadi beransur-ansur sembuh dari sakitnya. Akhirnya sihat walafiatlah dia. Isterinya pulak jatuh sakit mengenangkan perbuatan suaminya yang tak beriman tadi. Tapi sebagai seorang wanita yang cemerlang, gemilang dan terbilang, dia pun menumpukan sepenuh masanya pada kariernya sehingga mendapat kejayaan melebihi suaminya.

Alkisahnya suami yang poyo tu dah jadi moyok macam tikus jatuh ke dalam longkang! Rupa-rupanya selama ini dia buat perangai buruk tu kerana dia ada penyakit  professional jealousy kat isteri dia - sebab dia tahu isterinya lebih bijak dari dirinya!




No comments: