Tuesday, January 3, 2012

Dok Berebut Yang Handsome

Zaman jadi student dulu, pelajar perempuan sangat memilih pasangan, ramai yang sukakan lelaki handsome ( sekarang pilih yang beriman ) yang komeng-komeng tu takde yang nak. Kadang-kadang yang komeng ( tak hansome, selekeh dan takde pakej ) suka mengorat pelajar perempuan yang cun dan bergaya - akhirnya beranganlah sorang-sorang.

Masa tahun 70an dulu banyak pulak terms yang dibagi untuk pelajar perempuan - yang dibandingkan dengan buku-buku dalam perpustakaan:

Red Spot -  buku-buku yang jadi rebutan terutamanya masa buat assignment dan bila dekat nak periksa - ini ditujukan pada freshies atau pelajar baru yang menjadi rebutan pelajar-pelajar senior. Bila freshies dah masuk tahun dua, turun tangga pada tahap buku-buku di rak biasa  - open shelves - dah kurang direbut . Bila dah berada di tahun 3 atau 4 mereka tu dah dikategorikan sebagai bahan-bahan bacaan di magazine rack! Semuanya tu nak menakut-nakutkan freshies dan pelajar-pelajar  perempuan lainnya....supaya jangan jual mahal!

Those guys were so out of fashion . Cik-cik freshies tu tengah kanyak lagi bolehlah dengar temberang hangpa!

Bila dah kembali ke dunia yang nyata, dah bekerja dan berumah tangga, barulah nampak kehidupan sebenar! some of the guys that had been rejected during the student days, woi, ada yang dah smart dan bergaya. Ada yang berpangkat tinggi bergaji besar, ada yang berbadan kecik kereta menjalar dan ada pula yang dah popular, jadi public figure - muka selalu keluar dalam suratkabar ! The guys yang jadi rebutan dulu tu - biasa-biasa je, and before 40 some of them are already boroi and balding ! handsome ke mana apa ke mana   -  buat penat  je depa tu berebut-rebut !

Tak sangka kan? Cempedak jadi nangka, itik serati jadi angsa.........


2 comments:

ngasobahseliman said...

Sis, hebat cara you bercerita. Banyak yang benar. Orang yang you cerita perut boroi tu jarang nak ada perjuangan dalam hidup. Cukup makan, pakai jadilah. Suka relek. Yang sebenarnya bijak adalah orang yang perhati dulu, fikir dan buat keputusan pada ketika sesuai. But many of us do not have the benefit oh hind sight.......

Kerabu Jantung said...

Cerita benar, Sis - yang berlaku dalam hidup kita sehari-hari.
Orang yang suka relaks tu lama-lama jadi selfish, ada dia kisah fasal bangsa dan negara dia? janji dia anak beranak hidup senang, yang lain pedulikan!