Monday, February 13, 2012

A Bludger, Eh?

Kawan saya memberitahu dia sangat malu bila mendengar jiran dia menceritakan perihal betapa tak puas hatinya dia terhadap menantu lelakinya . Katanya menantunya tak pernah mengeluarkan sesen pun duit belanja harian ( melainkan duit hantaran  dan duit maskahwin ) sejak lepas kahwin hingga dah dapat 3 anak! Pendek kata bukan main best dia, makan minum, berak kencing semua free bila duduk bersama mertua! Dan dengan penuh geram mertuanya menyambung kata - orang-orang muda sekarang mudah aje nak hidup senang- kawin dengan  anak orang kaya , dapatlah segala kesenangan !

Seorang teruna yang baru saja hadir kursus perkahwinan - apabila penceramah menerangkan tentang tanggung jawab suami yang kena menyara isteri ( walaupun isteri bergaji besar dan anak orang kaya ) - tempat tinggal, makan , pakai dan susu anak  - ramai yang menggaru kepala . Ramai yang risau takut tak dapat  memenuhi tanggungjawab tu! Tapi penceramah pulak berseloroh ( atau serious? ) mengatakan, apa susah, kawin aje dengan anak orang kaya, selesai masalah!

 Memang tak patut!

Mengajar orang-orang muda yang nak jadi suami jalan pintas untuk dapat kesenangan segera ! Bila dah kahwin nanti senang-senang aje melepaskan tanggungjawab  sebagai suami terhadap isteri dan rumah tangga! Akhirnya sampai ke tua menempel dengan ibubapa, atau ibubapa mertua atau isteri. Sepatutnya berilah nasihat yang betul - bincanglah dengan isteri cara bagaimana nak selesaikan masalah mereka, mintalah keredaan isteri supaya dapat membantu suami dalam rumahtangga dan seumpamanya.

Ramai isteri yang teraniaya, bila terpaksa menelan segala kepahitan dengan berdiam diri. Ladies out there, kalau anda teraniaya mental atau fizikal, ketahuilah hak anda - belalah diri anda dengan bantuan orang-orang yang tersayang  dan buat aduan dan buat penyelesaian di Mahkamah Syariah.

Ada yang kata pegi mahkamah pun bukan dapat selesai masalah - dok wang  wing -   wang wing bertahun-tahun angin! anak dari umur 1 hari hingga dah sekolah  - mak ayah dok turun naik mahkamah tak habih-habih lagi!

Iye ke?

Bior bebenor akak oiii!.......or rather..... bior bebenor Mahkamah Syariah?? Ini juga merupakan satu penganiayaan...terutama pada wanita!



5 comments:

Deru Ombak said...

Assalamualaikum KJ..

I komen phrase yang last ye..
Bercakap tentang tuntutan, turun naik mahkamah syariah,
Mmg betul tu. Kerana itu Aminah lead her own life to live instead. :)

Kerabu Jantung said...

Alaikumussalam Deru Ombak,

Aminah seorang yang bijak, kerana memilih jalan keluar dari kesengsaraan.

Semoga wanita-wanita yang teraniaya di luar sana lebih berani tampil ke depan untuk mendapat pembelaan atau mencorak hidup sendiri!

I like most of your entries, Aminah's story ( real or fake )is really touching and it happens all the time!

Mieza said...

Assalamualaikum Aunty Siti/Itis:)

Bludger - to avoid work and resposibility*...semoga mereka itu dan kita semua lebih faham erti tanggungjawab dan bukan mengambil kesempatan di atas kebaikan orang lain.

:)Aunty Siti ke Aunty Itis? Takut saya yang tersalah baca :)))
* You prompted me to look up in the dictionary, thank you.

Mieza said...

Assalamualaikum Aunty,
When I read it from my blog page, it looked like ...Aunty itis, Subhanallah and me being 'creative' read it the other way round nggeee...I apologized aunty, my mistake for reading the line not as it is :):):):)

Kerabu Jantung said...

Alaikumussalam Mieza,

Kalau Mieza perasan trend orang-orang muda sekarang suka 'sponge' - istilah yang diberi sesama mereka - iaitu kalau ada kawan-kawan yang berada , mereka akan men-sponge dan ambil segala kesempatan yang ada.

Tak taulah, mungkin hidup di KL ini begitu mencabar dari segi kewangan dan status simbol - manusia hilang pertimbangan!