Friday, February 10, 2012

Letaklah Al Quran Di Tempat Yang Mulia









Orang mudah pandang serong kalau seseorang tu tak menampakkan kewarakan dalam penampilan atau dalam percakapan . Selalu timbul prasangka dan kata nista - orang tu jahil, orang ni tak cukup Islam, orang sana tak tahu Islam tapi nak kecek fasal Islam atau  habih doh punoh budok tu paka tudung napok rambut!

Suatu masa saya pergi berjumpa seorang ustaz, yang masa tu tengah interview kemasukan baru orang-orang awam  dalam kelas Tilawah Al Quran.  Salah seorang calon yang masuk ialah seorang pemuda awal 20an. Ustaz pun tanya beberapa soalan mudah , lepas itu di suruh baca Al Quran, mana-mana surah yang dia pilih sendiri ( ujian untuk menentukan kelas ). Apa lagi terkejutlah pemuda tu, sambil menggeliat-geliat , ohh... ahh... - kena baca jugak ke ustaz? akhirnya dia pun baca dengan kurang lancarnya, tapi pada asasnya bacaan dia betul. Begitu hebat pemuda itu yang berusaha untuk memperbaiki dirinya walau pun dia ....................Awang Rempit!


Seorang Qari ( iaitu seseorang yang Hafiz Al Quran beserta ilmu Qiraat dan Hafiz al Hadith ) dari Mesir dibawa melawat sebuah masjid di KL - beliau ternampak seorang membaca Al Quran dengan diletakkan Al Quran itu di atas silanya ( serupa macam letak atas  kaki ) . Beliau segera mengambil al Quran  dari pembaca itu dan terus menjunjung dan menciumnya dengan kata-kata - janganlah diletakkan AlQuran yang mulia ini di atas kaki!

Pada awalnya jemaah masjid tak tau pun siapakah yang berkot dan bertali leher tu!



2 comments:

Mieza said...

Assalamualaikum Kerabu Jantung,

Seringkali kita terlupa pada perkara2 yang asas, terima kasih kerana sentiasa mengingatkan. Alhamdullilah.

p.s. Bolehtak saya panggil Kerabu Jantung dengan panggilan nama? Kalau tidak menjadi keberatan. Terima Kasih.

Kerabu Jantung said...

Wassalam , yes dear, boleh.. aunty it is!

Zaman Kanak-Kanak.....5

  Bila balik Rompin ramai-ramai takde  program lain melainkan pagi nak makan apa, tengah hari makan kat mana, petang minum kat mana, malam m...