Saturday, March 31, 2012

Ahlan Wasahlan !








Tq sis!


Perkenalan di alam siber telah membawa kepada hubungan silaturraim yang erat, Alhamdulillah! Semoga persahabatan berpanjangan fil yaumil qiamah.......










Ada pepatah Arab mengatakan bahawa, manusia terdiri dari pasukan-pasukan, kalau asal kita dari satu pasukan yang sama maka kita akan tertarik di antara satu sama lain. Kalau kita dari pasukan yang berlainan ,  tidak ada penyesuaian antara satu sama lain. WaLlahu a'lam!

Persahabatan adalah anugerah Allah, kalau kita ada sahabat yang baik, haruslah dipelihara persahabat itu sehingga ke akhir hayat....

















Thursday, March 29, 2012

Isi Masa Lapang







Kita perlu mengisi masa lapang dengan perkara-perkara yang menyukakan hati sendiri. Buat sesuatu yang melapangkan fikiran, jauhkan diri dari keadaan yang berserabut dan mendatangkan stress! Selain dari berblogging......ada lagi hobi lain seperti: 




Tolong kawan bubuh riben pada kotak  cenderahati untuk majlis akad nikah anak perempuan dia.




Atau buat bunga tangan dari ros segar, jauh lebih murah dari tempah di kedai!


 Sekurang-kurangnya  boleh juga mengasah bakat yang dah agak berkarat............


Tuesday, March 27, 2012

Kerana Ego

Ada ibubapa paksa anak suruh dapat semua A dalam semua mata pelajaran, tak kira dah anak tu mampu ke tak mampu. Akhirnya anak kecewa kerana tak dapat memenuhi kehendak yang begitu mendesak dari mak bapak, yang bercita-cita tinggi supaya anak berjaya. Jadilah keadaan yang begitu kekok dan tak selesa antara anak ( yang  asyik kena marah, kena ungkit habis duit mak bapak hantar  tuisyen 7 hari seminggu sampai naik bengong budak tu dibuatnya) dan ibubapa,( yang sentiasa merungut  buat malu je kat orang sebelah rumah - anak orang dapat 10A, anak kita dapat 2A je, tak tau nak sorok muka kat mana, anak sedara kat kampung pun boleh dapat 5A, pada hal pegi kelas tambahan  kat sekolah je!).

Ramai jugak anak-anak yang tak suka bidang pelajaran yang diambilnya dipusat pengajian tinggi, tapi oleh kerana mak ayah yang nak jugak anak dia jadi loyar, doktor , engineer - anak terpaksa akur. Ada anak yang tamat pengajian doktor perubatan kata -
Along dah dapat ijazah doktor, sekarang Along nak belajar yang Along suka pulak.  Along nak jadi pilot!
Maka terpaksalah mereka merelakan anak mereka belajar pandu kapalterbang dan akhirnya bekerja di syarikat penerbangan...

Ada jugak yang selama ni dengar apa kata mak ayah - bila dah lulus dapat degree yang mak dia suruh ambik , dia tak nak kerja- dok kat rumah je menanam pokok anggur! Puas mak ayah menasihat supaya pegi cari kerja, siap mintak tolong kawan-kawan ( menarik kabel sana sini biar anak dapat kerja bagus ) - anak buat selambe derk aje sebab cita-cita dia nak jadi chef! mak ayah  meraung habis! Tak faham sebab apa  anak tak nak  jadi engineer/arkitek/akauntan dan lain-lain.......

Ada jugak ayah yang relax je , anak dapat straight A1s dan dapat tawaran biasiswa untuk belajar doktor, anak pilih nak jadi dentist. Biarlah...... that's what she wanted maa! sekarang ni she lives happy ever after dengan tugasnya yang menggerudi gigi orang tiap-tiap hari tu. Ayah pun happy bila anak dia happy!

Jadi, tang mana yang tak kena tu?





Friday, March 23, 2012

Tanah Masih Merah...


Seorang kawan memberitahu, abang iparnya yang baru kematian isteri telah pun berkahwin lain!

Bak kata orang tanah masih merah , dia daaah kahwin, walaupun pada usia melebihi 70 tahun.

Selalunya perkahwinan ini mesti mendapat tentangan dari anak-anak - mereka tak suka orang lain datang tinggal di rumah ayah mereka , biarlah ayah depa tu dok cokoh sorang-sorang, anak-anak cucu semua pergi kerja, pergi sekolah - seorang pun tak menjenguk, nak kena tunggu hujung minggu baru jengah! Itu pun tak semua orang free.

Orang tua -tua yang lebih memahami keadaan , menggalakkan lagi perkahwinan di kalangan orang tua lelaki yang kematian isteri ( orang perempuan takde masalah , pandai jaga diri ! ). Lelaki muda lagiii takde masalah, bini dok comel lagi buleh dia gi nikoh lain!

Mereka tanya anak-anak - sanggupkah bercekang mata, menyalin pampers, memandikan, menyuap makanan dan lain-lain bila bapak dah terlentang atas katil? Sanggupkah ambil cuti seminggu atau sebulan nak jaga  bapa, boleh jaga dia round the clock atau boleh ke bawak anak isteri balik dok kat kampung semasa bapa menghadapi hari-hari tuanya?

Amende kate? tak boleh bawak anak bini balik kampung? tak boleh bawak bapa tinggal bersama sebab siang-siang semua orang takde ? atau mana boleh cuti seminggu bergilir-gilir adik beradik, lama-lama habis cuti?

Biarlah bapak dok kat kampung........ -   eh, biar dia dok sorang-sorang ke?

Kalau tak boleh bagi jawapan yang tegas - bagilah dia kawin....

Apa? takut mak tiri ambil semua harta bapa? ia ke? bukan ke isteri ada hak 1/8 dari harta pusaka suami......












Tuesday, March 20, 2012

Monday, March 19, 2012

Cinta Yang Telah Padam

Y menceritakan bahawa dia dipelihara oleh bapa tiri sejak ia berumur 1 tahun. Bapanya dipaksa kahwin dengan ibunya sedangkan ia hendak kahwin gadis yang dicintainya .Ibunya diceraikan setelah hanya 2 bulan bernikah dengan bapanya . Kalau bukan jodoh tidak akan sampai ke mana walau dipaksa. Setelah menceraikan ibunya dia berkahwin pula dengan seorang gadis lain di kampung itu  . Gadis yang dia cintai telah pun berhijrah ke Malaysia.

Beberapa lama kemudian bapanya telah meninggalkan isteri ke 2 nya, begitu saja, dan turut berhijrah ke Malaysia dan  berkahwinlah dia kali ke 3 kali  dengan gadis pujaan hatinya itu. Sampai kini isteri ke duanya yang dikampung tidak berkahwin lain dan umur pun dah menjangkau 60 tahun. Dia di tinggalkan tergantung tak bertali....  

Di Malaysia  Y dan suaminya  berhubung rapat dengan bapa dan isteri serta anak-anak bapanya , walaupun si bapa tak pernah membelanya , jauh sekali menyaranya.  Masalah timbul sekarang ialah ibu tirinya dah dapat penyakit dementia - hidupnya dah tak keruan, antara ingat dengan tidak. Bapanya mula merancang nak kahwin lain untuk menggantikan isterinya yang sudah tak mampu melayaninya.

 Semua anaknya menentang sebab kasihankan ibunya. Malah mereka beri cadangan supaya bapak mengambil balik isteri yang diperamnya kat kampung. Sibapak tak setuju, dia nak kawin dengan orang lain , pilihan hatinya.  Kini dia  mengambil tindakan yang nekad keluar dari rumah dengan meninggalkan isterinya keseorangan  sebab anak-anak semua dah ada rumah tangga sendiri.

 Mungkin dah kahwin lain dan tinggal dengan isteri baru?

Macam drama tv kan?



Saturday, March 17, 2012

Need To Have A Good Camera......






........for blogging!











When I saw this beautiful bird on my lawn, I ran for my camera to catch this rare moment. I became desperate I couldn't zoom in to focus on the bird. This is the best picture I can capture , if I go nearer the bird will fly away, if I take long time to focus, it will fly away all the same! There are a lot of birds around here in the morning and evening because there is a pokok senduduk next to the tempayan.



this bird is not alone...



it has got a partner


These two pictures I took from the inside of my house.

Thursday, March 15, 2012

Tergelak Besar

Semasa melawat kawasan-kawasan bersejarah di Banda Aceh, kami singgah di sebuah rumah makan ( restoran ) . Saya pun order air karot - tapi pelayan restoran tak tau apa air karot .

saya pun tanya pemandu pelancong - bapak tahu apa itu karot

semangka?

bukan!

betik?

bukan! karot tu ialah lobak. Lobak ada dua jenis, satu lobak putih, satu lagu lobak merah ( karot )

Tak boleh nak bayangkan...

nanti pak, kalau jumpa restoran lain saya tunjuk karot pada pak, Aceh banyak karot ni!

bila ditunjuk karot, dia pun menepuk dahi ----oh, wortel! ( karot ) Memang banyak sekali wortel di sini!

Pada pagi esoknya sedang berkemas-kemas bag, sambil menonton/ mendengar siaran tv Indonesia - sebuah rancangan lebih kurang sama seperti Selamat Pagi Malaysia.

Segmen pertama memperkenalkan  Kab Muna di Pulau Sulawesi ( promo pelancongan )

apa ke benda nama tempat Kab Muna ni?

 nampak macam best je, boleh pilih ikan di pantai dan terus boleh bakar di tepi pantai ( ada pakej beli ikan segar kemudian boleh terus diupah bakar , ada dijual nasi dan sayur-sayur di tepi pantai itu)

 best makan ikan bakar segar dari laut

Tapi ape ke makna Kab Muna tu?.......lama baru tahu, Kab tu ialah Kabupaten atau wilayah  iaitu Kabupaten Muna!

Seterusnya diperkenal pula aktiviti orang-orang di Kabupaten Muna, macam-macam ada .....lalu keluarlah perkataan :

" kemal#an yang keras " ,

 terkejut habis kita dibuatnya - mencarut pulak orang tv nih!

kemudian baru faham rupe-rupenye .......kemal#an yang keras tu ialah

 SANGAT PEMALU !

Fuh! jauh kona tu....

Sunday, March 11, 2012

Hilang 5 Hari......

...dari cyber world  kerana modem kena panah dek petir!

TM telah hantar kontraktornya tukar modem baru. Modem baru dah dapat ,  tapi ada pulak entah ape ke bende lain yang rosak  pulak! Dahlah tak dapat sambung internet. Kena tunggu anak balik hujung minggu ......

Area rumah ni agaknya tempat petir lalu, selalu aje petir kuat sabung menyabung - kadang-kadang petir tu jauh bunyinya  tapi tiba-tiba modem kita meletup!

Tak boleh jadi ni! Nak kena ambil kursus repair merepair plak lepas ni! Yes, on top of cadangan nak ambil kursus fotografi dan lain-lain kursus pendek.....

Laamaaa Punya Cerita...........2

Beberapa tahun yang lalu I terserempak dengan AM classmate masa tingkatan 6 . Masa sekolah dulu dia bercinta dengan gadis kampungnya - macam nak rak dan memang nak berkahwin dengan gadis itu bila dah bekerja. Punyalah angau, tiap-tiap hari cerita kat kita orang dalam kelas fasal gadis pujaannya,   S.

Maka bertanya-tanya kabarlah   hal masing-masing....
eh , engkau kawin ke dengan S tu?
 haah , kawinlah, dapat anak 6 dah
oii, ramainya anak engkau..........

Kemudian bukak pulak cerita lain  , macam-macam cerita masa sekolah.

Lepas tu keluar pulak cerita anak-anak....

anak aku yang ke 7 dan ke 8 tu kembar
eh, tadi engkau kata anak engkau 6....
dia pun tersenyum lebar
eh, AM... engkau ni double barrel ke?
Am terus gelak kuat-kuat
tak sangka aku, dulu engkau bukan main angau dengan S, kesian S
alah....dia ok je, takde apa-apa
kenalah ok, sebab dia tak kerja, harap ke duit engkau aje!

Beberapa lama kemudian seorang kawan beritahu AM kawin lagi, kali ke 3!
Bestlah dia, bini muda semua berkerjaya dan pangkat besar!

Friday, March 9, 2012

Laamaaa Punya Cerita.........1



Masa ditingkatan lima dulu , I had 2  best friends ( besides a few more best friends since primary school ) , tapi selepas tahun 70an dah putus hubungan hingga kini. Kami dari sekolah yang berlainan tapi tinggal di asrama yang sama . 

Yang bestnya, Norizan Mohd Nor ni , masa sekolah dulu punyalah serabai, muka comel ( ada keturunan Arab ), tinggi dan ada sikit dugong ( masa dulu tingkatan 5 tak pandai lagi nak pasang badan!) Sangat baik hati dan sangaaaat kelakar. Seorang lagi ialah Maznah - orang Kuantan jugak, emak dia ada kilang tenun songket dan sutera. Dia ni kecik molek dan comel, tak payah maintain apa-apa lagi dah!

Suatu hari Zan balik dari sekolah  bawak berita - Timah, Timah...engkau tau tak  Y classmate aku .... ada kirim surat kat engkau, nak berkenalan. Tapi sorilah aku dah baca, sebab teringin nak tau apa orang tulis bila nak berkenalan dengan girl. Nah, nah ambik surat ni kau bacalah....
Ye ke ?   engkau bacalah biar aku dengar......
Zan pun baca surat tu kuat-kuat , tapi I dah tak ingat isi kandungannya.

Seminggu kemudian lepas balik sekolah pada hari Jumaat...Timah, Timah.. engkau tau Y ajak kita tengok cheap matinee , tapi aku tak ingat dah, minggu ni ke minggu depan....nantilah hari Isnin aku tanya dia . Rupanya Y ajak tengok wayang pada hari Ahad hujung minggu tu - Zan balik beritau eh, engkau tau Y tunggu kita kat panggung wayang hari Ahad lepas, dia  tunggu kita sampai berpeluh ketiak!

Lepas peristiwa tu dah tak timbul cerita Y, dah malas nak kesah , dan Y pun dah give up agaknya!

Di asrama tu pulak kapten asrama ialah seorang pelajar dari Trengganu , juga dari sekolah yang berlainan . Kita orang bertiga punyalah tak suka kat dia, sebab dia tu ada poyo sikit ( mungkin dia jalankan tugas dengan betul , jadi nampak  macam poyo ). Suatu hari dia suruh pelajar berkumpul dalam dewaNG....apa lagi bila Zan dengar perkataan dewangg teruslah melekat nama Dewang. Tiap-tiap hari dia mesti ada cerita  fasal Dewang aka mengutuk that poor Dewang......eh, engkau tahu .....tadi aku tengok Dewang tu.......begitu, begini....Ada je cerita yang buat kita tergelak ( semoga Allah ampunkan dosa kami dan semoga Dewang hidup sejahtera dengan isteri, anak-anak dan cucu - cucunya! )

Pada pertengahan tahun 70an bila kami sekeluarga pindah ke Kuantan - I pergi ke kedai buku bapa saudara Zan ( ibu Zan bekerja di kedai buku tu ), bertanya kabar dia dan tinggalkan alamat rumah I di Kuantan.

Tiba-tiba suatu hari, bila  balik dari mengajar, Zan sedang menunggu I balik sekolah - punya terkejut  Zan  datang ziarah.

Zaaaaaaan.......lawanye engkau , tu dia.....body punya cutting,  macam Miss Universe...
( Zan dah cantiiiik dan bergaya dan dah jadi stewardess masa tu, tinggal di KL )

Timah......... engkau ada anak daaah.......aku belum apa-apa lagi.....mak aku pun dah bising..

Itulah kali terakhir kami berjumpa - lepas tu I ikut husben pindah  ke KL, KB, A Setar, Kucing dan patah balik ke KL ,  terputus terus hubungan dengan Norizan Mohd Nor! Mungkin kalau terserempak  kat tengah jalan dah tak kenal dah......

As for Maznah, tak pernah jumpa dah sebab 3 bulan sebelum periksa dia balik duduk kat rumah!

Wednesday, March 7, 2012

Barang Terbuang......









........kalau ada grill yang dah tak pakai , boleh buat para.....



                                                                                     

....boleh buat tempat bunga ros bergayut, atau boleh tanam kacang, atau labu air atau timun. Tapi tanam sayur mesti kerap bubuh baja, kalau tak dia tak berbuah atau tumbuh buah kemetot!
                                                                     









Monday, March 5, 2012

KUL - BTJ - Hidup Diteruskan














bukan main. Rupanya kalau minum jamu mesti sekali teguk
kemudian minum pula sedikit air bergula untuk hilangkan pahit



Terdapat beberapa gerai yang menjual daun sirih lengkap dengan  pinang , kapur dan gambir

penjual sirih pinang yang ramah





.....sirih pinang disusun begitu rupa - very artistic!


 tandan pinang digantung di setiap gerai yang menjual sirih




ABC , bersih dan berbagai perisian - mesin ais - unik, dan gerai sungguh bersih


How about Aceh for your next destination?

Tak cukup setakat  melawat Banda Acheh saja,  ada yang lebih menarik -  pulau-pulau yang cantik seperti Pulau Weh untuk divers, snorkeling, atau naik boat keliling pulau. Kawasan pergunungan, kebun kopi atau ke bandar-bandar pelabuhan seperti Meulaboh atau Loksumawe yang terletak di luar Kota Aceh . Perjalanan akan memakan masa beberapa jam  dan mungkin menginap di sana semalam dua!

Sunday, March 4, 2012

KUL - BTJ - Tinggal Kenangan

















Tugu peringatan didirikan






Begitulah mala petaka besar yang menimpa Aceh - Kalau Allah menghendaki sesuatu terjadi, maka jadilah ia -  Kun  Fayakun! Inilah kubur satu liang lahad tempat mangsa-mangsa tsunami disemadikan beramai-ramai.


lambang ombak besar - diperkuburan massal






Kapal kargo dari tengah laut terdampar  jauh  ke dalam Banda Aceh



kapal kargo sepanjang 65 meter dan lebar 20 meter dari tengah laut ,
terdampar jauh ke daratan Banda Aceh.





Bot yang tersadai di atas bumbung rumah ini telah menyelamatkan nyawa  59 orang dari dihanyutkan arus deras. Ramai penduduk Banda Aceh menyelamatkan diri naik ke atas bot yang tersangkut di atas bumbung rumah-rumah mereka.....Tanpa bot-bot yang terkandas di kawasan perumahan yang dibawa arus dari laut , sudah tentu lebih ramai yang terkorban .

  bot  di atas bumbung  rumah ini telah menyelamatkan 59 orang penduduk setempat



Booklet ini dicetak percuma untuk bacaan umum  menceritakan pelbagai pengalaman mereka yang mendapat rahmat terselamat dari maut apabila bot-bot hanyut tersangkut atas bumbung rumah mereka.

Kini yang tinggal ialah kesedihan yang tersemat di hati kerana kehilangan orang yang tersayang dan semua harta benda . Dan kengerian kepada bala' yang didatangkan pada manusia.....

 Museum Tsunami  banyak menyimpan gambar-gambar yang menyayat hati  rakyat Aceh yang tertewas pada 26 hb Disember 2004!

Saturday, March 3, 2012

KUL - BTJ - Kembali Pulih









pandangan dari dalam masjid Baiturrahim di tepi pantai yang dulunya tandus ditelan tsunami, kini dipenuhi rumah-rumah yang baru dibina - di sebalik rumah-rumah itu ialah laut





Aktiviti perikanan sungai dan laut kembali seperti sediakala





bot-bot kecil nelayan yang unik




di tepi pantai ditanam pokok bakau untuk menahan ombak




Banda Aceh bernafas seperti sedia kala



Pasar basah bermula diawal pagi



malah, mengikut kata pemandu pelancong kami, bandar Aceh semakin baik dari sebelum tsunami, penduduk yang tewas ( terkorban ) beratus ribu orang itu telah bertambah  berlipat kali ganda........Alhamdulillah!



Friday, March 2, 2012

KUL - BTJ - Mengingat Semula




 Apabila ditanya Armi ( pemandu pelancong ) adakah ahli keluarganya terlibat semasa tsunami, dia menceritakan pengalamannya sendiri semasa berlaku tsunami. Pada pukul 8 pagi 26 Disember  itu dia sedang memandu dan berada di tengah-tengah jambatan di Peunayung ( Banda Aceh ), dia terdengar 2 letupan besar dan semua orang jadi panik  - berlaku kesesakan yang teruk di atas jambatan itu. Orang menjerit-jerit, air laut naik! air laut naik !  air laut naik! - kenderaan bersesak-sesak dan tak dapat bergerak bersusun-susun hingga ke seberang jambatan. Ramai yang tak dapat keluar dari kereta kerana terhimpit. Armi memecahkan tingkap kereta dan keluar ( badan kecil dapat bolos keluar ) - berlari di atas bumbung kereta dan entah bila dia berada di atas pokok besar di tepi  seberang jalan, dia pun tak sedar. Ramai yang lain-lainnya yang terpaku dan ramai pula yang terperangkap dalam kereta.


 Dari atas pokok dia nampak awan hitam yang tebal di kaki langit dan dia tak perasan pun air laut naik - rupa-rupanya tak disangka, yang disangka awan itulah gelombang tsunami yang menderum mengaum dan sungguh menggerunkan menuju pantai. Katanya ombak tsunami  datang dengan besar dan tinggi  serta laju dan menghempas ke daratan. Katanya orang mati bukan kerana lemas tapi kerana dihempap gelombang besar lagi tinggi  menjulang - julang seperti lidah  api . Ombak yang datang disangka awan.







Air yang telah surut mula tenang dan kembali ke laut - bewarna hitam dan berbau



Ombak  pertama yang menghempas tadi mengalir dengan arus yang kuat seperti ular-ular yang menyelinap masuk ke setiap ruang dan menghakis apa yang ada.  Arus deras di daratan itu menghapusi ketinggian rumah 2 tingkat.  Apabila arusnya semakin lemah, ia mula surut balik ke laut meninggalkan sampah sarap yang merbahaya, seperti benda-bernda tajam, kayu, besi, kenderaan ,pokok dan sebagainya. Keadaan Banda Aceh jadi gelap gelita, mereka yang di atas pokok seramai 12 orang termasuk seorang wanita mengandung 7 bulan , turun ke bawah, disoriented . Yang selamat dari tsunami  terpaksa berjalan atas sampah sarap dan mayat-mayat manusia  - tak tahu arah tuju.

Kata Armi sampai sekarang dia hairan macam mana dia , terutamamnya perempuan mengandung itu boleh panjat pokok yang begitu besar dan tinggi dengan begitu pantas sekali.Katanya beberapa bulan kemudian dia bertemu semula dengan wanita mengandung itu, yang dah pun selamat melahirkan seorang anak perempuan.



timbunan sampah sarap yang ditinggalkan bersama-sama dengan mayat manusia


tiada cara lain


melainkan dikuburkan bersama...dalam satu liang lahad
...melainkan dikuburkan bersama...dalam satu liang lahad




Inna Lillahi wainna Ilaihi raajiun

Thursday, March 1, 2012

KUL - BTJ - Kehilangan Segala

Kehilangan kampung halaman dan semua isi rumah bahkan seluruh kampung lenyap dari mata.

 Seorang pegawai Masjid Baiturrahman yang terletak di tengah-tengah Banda Aceh ( beliau di bahagian maintainance ) memberitahu pada 26 hb Disember 2004 , seperti biasa dia datang bertugas di Masjid Baiturrahman  pada pukul 7 pagi. Pada pukul 8 pagi dia terdengar suara riuh rendah air laut naik! air laut naik! air laut naik! dan ramai yang berlindung di masjid ini . Dari masjid mereka dapat melihat air laut bewarna hitam dan berbau belerang dan sebagainya, meluru dengan derasnya ke arah daratan dengan membawa pelbagai sampah sarap dan mayat manusia .Beberaapa jam kemudian surut kembali dengan meninggalkan pelbagai sampah dan mayat yang bergelimpangan. Walau bagaimana pun masjid tidak tenggelam, air hanya naik satu mata anak tangga sahaja.

Setelah air surut dia pulang ke rumahya - di Kampung Jawa ,  rupa-rupanya kampungnya dan kampung-kampung yang bersebelahan telah lenyap ditelan air bersama dengan isi rumah - jadi padang jarak padang terkukur. Ibu, isteri , anak-anak dan ahli keluarganya yang lain serta orang-orang  kampung semuanya hilang!













masjid Baiturrahman masih utuh dan cantik dan tidak dimasuki air walaupun berada di tengah-tengah laluan tsunami

Pendek kata kalau kita bertanya kabar, ramai yang akan menceritakan pengalaman mereka semasa musibah itu berlaku.