Monday, March 19, 2012

Cinta Yang Telah Padam

Y menceritakan bahawa dia dipelihara oleh bapa tiri sejak ia berumur 1 tahun. Bapanya dipaksa kahwin dengan ibunya sedangkan ia hendak kahwin gadis yang dicintainya .Ibunya diceraikan setelah hanya 2 bulan bernikah dengan bapanya . Kalau bukan jodoh tidak akan sampai ke mana walau dipaksa. Setelah menceraikan ibunya dia berkahwin pula dengan seorang gadis lain di kampung itu  . Gadis yang dia cintai telah pun berhijrah ke Malaysia.

Beberapa lama kemudian bapanya telah meninggalkan isteri ke 2 nya, begitu saja, dan turut berhijrah ke Malaysia dan  berkahwinlah dia kali ke 3 kali  dengan gadis pujaan hatinya itu. Sampai kini isteri ke duanya yang dikampung tidak berkahwin lain dan umur pun dah menjangkau 60 tahun. Dia di tinggalkan tergantung tak bertali....  

Di Malaysia  Y dan suaminya  berhubung rapat dengan bapa dan isteri serta anak-anak bapanya , walaupun si bapa tak pernah membelanya , jauh sekali menyaranya.  Masalah timbul sekarang ialah ibu tirinya dah dapat penyakit dementia - hidupnya dah tak keruan, antara ingat dengan tidak. Bapanya mula merancang nak kahwin lain untuk menggantikan isterinya yang sudah tak mampu melayaninya.

 Semua anaknya menentang sebab kasihankan ibunya. Malah mereka beri cadangan supaya bapak mengambil balik isteri yang diperamnya kat kampung. Sibapak tak setuju, dia nak kawin dengan orang lain , pilihan hatinya.  Kini dia  mengambil tindakan yang nekad keluar dari rumah dengan meninggalkan isterinya keseorangan  sebab anak-anak semua dah ada rumah tangga sendiri.

 Mungkin dah kahwin lain dan tinggal dengan isteri baru?

Macam drama tv kan?



No comments: