Friday, March 2, 2012

KUL - BTJ - Mengingat Semula




 Apabila ditanya Armi ( pemandu pelancong ) adakah ahli keluarganya terlibat semasa tsunami, dia menceritakan pengalamannya sendiri semasa berlaku tsunami. Pada pukul 8 pagi 26 Disember  itu dia sedang memandu dan berada di tengah-tengah jambatan di Peunayung ( Banda Aceh ), dia terdengar 2 letupan besar dan semua orang jadi panik  - berlaku kesesakan yang teruk di atas jambatan itu. Orang menjerit-jerit, air laut naik! air laut naik !  air laut naik! - kenderaan bersesak-sesak dan tak dapat bergerak bersusun-susun hingga ke seberang jambatan. Ramai yang tak dapat keluar dari kereta kerana terhimpit. Armi memecahkan tingkap kereta dan keluar ( badan kecil dapat bolos keluar ) - berlari di atas bumbung kereta dan entah bila dia berada di atas pokok besar di tepi  seberang jalan, dia pun tak sedar. Ramai yang lain-lainnya yang terpaku dan ramai pula yang terperangkap dalam kereta.


 Dari atas pokok dia nampak awan hitam yang tebal di kaki langit dan dia tak perasan pun air laut naik - rupa-rupanya tak disangka, yang disangka awan itulah gelombang tsunami yang menderum mengaum dan sungguh menggerunkan menuju pantai. Katanya ombak tsunami  datang dengan besar dan tinggi  serta laju dan menghempas ke daratan. Katanya orang mati bukan kerana lemas tapi kerana dihempap gelombang besar lagi tinggi  menjulang - julang seperti lidah  api . Ombak yang datang disangka awan.







Air yang telah surut mula tenang dan kembali ke laut - bewarna hitam dan berbau



Ombak  pertama yang menghempas tadi mengalir dengan arus yang kuat seperti ular-ular yang menyelinap masuk ke setiap ruang dan menghakis apa yang ada.  Arus deras di daratan itu menghapusi ketinggian rumah 2 tingkat.  Apabila arusnya semakin lemah, ia mula surut balik ke laut meninggalkan sampah sarap yang merbahaya, seperti benda-bernda tajam, kayu, besi, kenderaan ,pokok dan sebagainya. Keadaan Banda Aceh jadi gelap gelita, mereka yang di atas pokok seramai 12 orang termasuk seorang wanita mengandung 7 bulan , turun ke bawah, disoriented . Yang selamat dari tsunami  terpaksa berjalan atas sampah sarap dan mayat-mayat manusia  - tak tahu arah tuju.

Kata Armi sampai sekarang dia hairan macam mana dia , terutamamnya perempuan mengandung itu boleh panjat pokok yang begitu besar dan tinggi dengan begitu pantas sekali.Katanya beberapa bulan kemudian dia bertemu semula dengan wanita mengandung itu, yang dah pun selamat melahirkan seorang anak perempuan.



timbunan sampah sarap yang ditinggalkan bersama-sama dengan mayat manusia


tiada cara lain


melainkan dikuburkan bersama...dalam satu liang lahad
...melainkan dikuburkan bersama...dalam satu liang lahad




Inna Lillahi wainna Ilaihi raajiun

4 comments:

ngasobahseliman said...

Di Malaysia tidak ada musibah sebegini. Tapi Allah uji dengan musibah hati-hati tidak sepakat dan sepadu. Masing-masing kata diri masing-masing yang betul walaupun mereka tahu mana yang betul. Sebab nak menang, tak kira apa. Semoga kita terpelihara.

Kerabu Jantung said...

Betul tu, musibah yang tersembunyi yang paling ditakuti.Takut tiba-tiba turun bala, sedang kita tengah bertelagah atau tengah alpa...

Mieza said...

Assalamualaikum Aunty,

Kun fayakun...kali ini saya menangis bersungguh-sungguh...janji Allah itu setiap satunya benar.

Tiada perbandingan dengan apa yang saya alami itu terlalu kecil, sedikit...ujian Allah keatas mereka jauh lebih hebat. Semoga Allah memelihara kita semua.

Kerabu Jantung said...

Alaikumussalam Mieza,

Sebenarnya banyak lagi gambar yang lebih mengharukan, aunty sengaja tak ambil, sebab tak sampai hati nak paparkan di sini.

Gempa bumi kecil besar tetap menggerunkan, sebab gegaran dan gempalah yang akan mengakhiri dunia ini.

WalLahu a'lam.

Zaman Kanak-Kanak.....5

  Bila balik Rompin ramai-ramai takde  program lain melainkan pagi nak makan apa, tengah hari makan kat mana, petang minum kat mana, malam m...