Friday, April 27, 2012

Buruk Sangka......



....atau suul dzon boleh membawa mala petaka pada seseorang.

Yep, beberapa minggu yang lalu saya buat meroyan bila kucing merosakkan rumput dengan meninggalkan t#@hinya setiap hari.

ALKISAHNYA saya dah berburuk sangka dengan Kak M kerana saya nampak dia memberi makan kucing yang mula-mulanya seekor saja kemudian bertambah berekor-ekor dan  saya memang nampak yang berekor-ekor tu datang membuang di laman saya.

JADI....setiap hari saya mengomel mengapa Kak M ni beri makan kucing-kucing tu, dari seekor dah bertambah banyak pulak dan rumah saya berbau busuk. Suami pun tolong buang tahi kucing dan menyabarkan saya supaya sabar, sabar, sabar.....

PADA SUATU HARI saya tengah-tengah rajin trim pokok, tiba-tiba terpijak tahi kucing. Apalagi naik loktang lah kita ni....

TATKALA TU nampak pulak Kak M tengah menyiram pokok bunga. Dalam hati tetap ingat pesanan suami suruh sabar, sabar, sabar ....

TAPI.......dah tak boleh sabar lagi , tak sempat bagi salam dah, terus terjah!

Kak M.....Kak M bagi makan kucing-kucing ni ke?
Memang dah lama Kak M bagi makan kucing ni ( yang belang )
Kalau dok bagi makan, lagi banyak kucing datang makan .. lepas tu dok berak merata...kat laman saya pun kena
Kucing yang mana satu? Timah nampak ke?
Tu yang besar, kelabu tu! yang kuning tu pun ada jugak...
Tu bukan kucing Kak M kucing Kak M yang belang tu je...
( errr.....ye ke ? dah terkantoi.....)
Yang ramai-ramai tu kucing sapa?
Kucing orang lain, orang tu memang banyak bela kucing.....berpuluh-puluh ekor

( Ya Allah ampunkan kejahatanku - rupanya selama ni dok tembak salah target )

Lepas tu minta maaflah kita ni bertalu-talu hinggakan Kak M yang hampir merajuk tadi tak jadi nak merajuk!

OKAAAYYYY.......LEPAS NI ADA SATU MISSION LAGI YANG  BELUM SELESAI.......

kena pergi jumpa orang gaji tuan kucing tu beritahu ( dengan mulut yang manis - maklumlah baru lepas terkantoi ) tolong jangan lepas kucing-kucing tu keluar rumah , kalau TAK.......SAYA BAGI TAU MAJIKAN KAMU , YANG KAMU TAK BUAT KOJE!

Alhamdulillah selepas drama dua episod itu selesai, laman saya segar semula!












2 comments:

ngasobahseliman said...

Salam sister. Harap dah selesai masaalah kucing. GO a little easy on them. They are but kucing. I pun ada bagi makan kucing tetapi tidak tahu depa lepas di mana. Mungkin juga di kawasan jiran. Harap-harap tak datangkan masaalah.

Kerabu Jantung said...

Salam Sis,

Kucing-kucing yang merayau-rayau tu dah dikurung oleh tuannya, sekarang orang keliling dah lega.....

Pengajarannya ialah: kena siasat sesuatu betul-betul, jangan main terjah je!