Monday, April 9, 2012

Dok Kalut Dah La Ni!

Awat tak kaluit , dah dekat nak mengundi dah! Entah ke cuti sekolah , atau lepas sambut merdeka atau lepas raya...... tak taulah.....

Tok-tok wokil yang ada la ni tengah dok keluar peluh jantan, seram-seram sejuk - nak kata demam tak demam, nak kata tak demam , suhu badan tak konsisten, dok turun naik . Sendiri takut sebab tak jaga kawasan betul-betul. Jangan dok berpaling tadah pulak bila tak terpilih ,  tu belady ful namanya !

Rakyat jelata dah berbelah bagi, nak undi sapa - kerajaan ke pembangkang? bila pi dengar ceramah belah sini depa sway belah sini, bila pi dengaq belah sana depa sway belah sana pulak - macam tak tetap pendirian   -  50-50 , sapa-sapa je boleh menang!

Sebenar-benarnya inilah ujian paling getir bagi semua wakil-wakil rakyat , kalau benarlah pemilihan sekali ini mengikut kehendak akar umbi dan tak boleh ditumbuk rusuk lagi - Alhamdulillah, rakyat akan merasa lega. Yang dok sway sana sini macam lalang ditiup angin mungkin akan buat ketetapan nak undi siapa.

Bertemu dengan seorang ahli keluarga baru-baru ni, dia kata ramai orang tak suka wakil rakyat kampung mereka, sebab bila menang pilihanraya ( 2008 dulu ) dengan sekejap masa je dia dan semua ahli keluarganya jadi kaya. Kalau ada peruntukan kerajaan semua adik beradik , ipar duai dan suku sakat  dia dan isteri  dia semua dapat. Orang keliling dok putih mata! Depa kata kalau naik lagi nama dia kali ni, depa nak pangkah calon pembangkang - nak bagi padan muka kerajaan.

Jangan buat lagu tu Awe, Pru dulu pakat-pakat  protes , apa dah jadi ? Dek kerana tak sukakan menantu , pak mertua menerima akibatnya!




2 comments:

Deru Ombak said...

Assalamualaikum KJ..

PRU13 mungkin lepas June...saya cuma nak kan Selangor seperti dulu. Saya dah tak tahan dengan jalan2 yang main tampal jek, lepastu berlobang balik. Jalan2 kat shah alam ni boleh buat saya menangis.

Tentang koroni dpt job, dpt tender semua tu, saya takde complaint.. Biarlah dorang.. Saya sgt bersyukur dengan apa yang saya Ada sekarang.

Betul kata you KJ.. Nak padankan muka kerajaan, sendiri juga padan muka. Politik is still politik..memilih pada pihak yang menyumbang pada keselesaan lebih baik Dari membengkak hati menuding jari tak puas hati sbb tak boleh kaya mcm dorang.

Kerabu Jantung said...

Alaikumussalam Deru Ombak,


Dah dapat peluang memerintah tak buat kerja betul-betul, 4-5 tahun tu boleh buat macam-macam kalau nak.

Masalahnya ialah dok sibuk nak tumbangkan kerajaan yang ada, sebab tu takde masa nak tengok hal-hal lain.