Sunday, April 29, 2012

Orang Pencen.....




 Ada juga orang.........

Apabila dekat nak pencen ramai yang menggelabah, dok fikir tak tau nak buat apa kalau pencen - tentu membosankan. Ramai jugak yang tak boleh terima yang dia dah nak pencen - ada yang menangis di hari terakhir di pejabat ada yang dah tak lalu makan berbulan-bulan sebelum pencen, hingga badan  jadi kurus kering. Kalau suami orang besar, isteri mula melobi sana sini nak suruh laki dapat extention. Tapi sekarang dah tak perlu dah, sebab pencen 60 tahun - takkan tak puas lagi jadi bos, ada p.a. , ada drebar, pegi sana sini semua 1st class dan lain-lain perks - kalau masih tak nak lepas segala kemudahan tu, memang selfishlah......

Hoi, bagi canlah orang lain naik pulak!!!

Ada juga setelah pencen, tiap-tiap hari keluar makan kat kedai ( buat excuse nak keluar rumah ). Paling kelakar bila R pencen, tiap-tiap hari turun town ( pegi KL ), dia tak drive sendiri tapi naik bas - merayau-rayau di KL dah penat baru balik! Tak taulah berapa lama dia buat begitu! kalau cepat terima hakikat, cepatlah dia berhenti merayau-rayau sambil window shopping tu!

Ada jugak orang yang in denial sampai ke mati. Hari-hari dok nganga, mati akai tak tau nak buat apa! Tengok tv habis siaran, tengok cd selagi ada cerita sebab rasa ketinggalan selama ni - dok dalam alam khayalan ciptaan manusia. Lama-lama jadi macam daun kering......


Bagi yang tak  in denial tu, inilah masanya membetul-betulkan dan menambah-nambah amalan . Kalau tak sekarang , bila lagi?


2 comments:

ngasobahseliman said...

Salam. Semasa kurus untuk bersara (setahun sebelum) kami diberi tahu oleh pensyarah(buat research PHD on persaraan ?) bahawa hanya lebih kurang 20% PESARA SAHAJA YANG DAPAT SESUAI DIRI TANPA MASAALAH. Therefofe your cerita is very common. Rasanya yang bermasaalah adalah orng yang kurang pasti apa tujuan hidup ini dan bagaimana menjalaninya. Alhamdulilah. I have very little problem. Cuma KETAGIH berceramah motivasi pada orang-orang muda. Maka anak-anak dan anak-anak saudara jadi mangsa bila berjumpa. Berterusan sampai la ni pulak tu....Semoga Allah redha.

Kerabu Jantung said...

Salam Sis,

Begitulah keadaan pesara, ada yang penuhkan masa mencari ilmu dan meluaskan pandangan di bumi Allah - ada juga yang dok termenung tak tau nak buat apa.

Rasa-rasanya orang tua juga perlu motivasi - bagaimana nak guna masa dengan penuh manfaat!

Fikir Sejenak...

  Bagaimana kalau tiba-tiba terjadi ....Iza zulzilatil ardhu zilzalaha...ketika kita berada di tingkat 44? Pernah tak kita terfikir? Dulu sa...