Friday, April 20, 2012

To Quote WHM 6840......






Kalau dari muda dulu dah mula kurangkan makan, alangkah baiknya. Takdelah nak buat balah dengan BMI ( body mass index ) aka terlebih lemak dalam badan dan takdelah sakit hati kat doktor asyik suruh turunkan berat badan sampai ke tahap yang ideal . Bukannya I nak pakai bikini! BMI ni pun too much jugak, takkanlah nak bagi kurus sampai macam kerepek. Kurus sesikit dah le , like less 2  or 3 kg pun dah ok ( I think ).


Tapi tidaklah terlambat lagi nak  membetulkan kerosakan fizikal , macam kata WHM 6840 - alignment lari selepas 30 tahun!

Pendek kata makanan utama perlu di modify sikit, ie dari makan nasi dengan macam-macam lauk sampai penuh pinggan, boleh jugak kita gantikan makan  capati dengan  kari ikan,  kari daging atau dal atau dalca. Boleh jugak sedikit sebanyak mengurangkan makanan yang berminyak dan berlemak tepu.








Capati ni I tempah dari kawan baik @jiran - Zarina -  pandai buat capati - order banyak-banyak boleh simpan dalam freezer. Bila nak makan baru keluarkan dan panaskan sekejap di atas kuali, dan dia akan jadi lembut balik.








Kari daging  - kurangkan lemak dengan menggantikan kuahnya dengan susu rendah lemak . Kalau nak tambah santan  boleh jugak - sikit je, bagi ada rasa lemak yang tepu that we can't/refuse to go without!

Selamat makan capatilah pulak!


2 comments:

whm6840 said...

wahahaha.. saya memang susah nak setuju dgn BMI ni.. atau yang haknya.. tak boleh terima hakikat..

Capati for a change!.. Memanjang, roti canai telur + teh tarik, camner..

Kerabu Jantung said...

macam mana nak terima hakikat alignment lari, masa makan best je, masa nak turunkan berat badan punyalah susah, turun sekilo naik 1.3 kilo - macam orang berperang yang pernah menang!

Fikir Sejenak...

  Bagaimana kalau tiba-tiba terjadi ....Iza zulzilatil ardhu zilzalaha...ketika kita berada di tingkat 44? Pernah tak kita terfikir? Dulu sa...