Monday, May 28, 2012

Berbakti Pada Ibu!




Beberapa tahun dulu saya buat dua posting untuk pertandingan Blog for Federal Territory . Setiap posting dari peserta akan diberi rating oleh pembaca - iaitu bintang dari 1 - 10. Setelah beberapa lama posting saya tersidai ,  saya hanya dapat 1 atau 2 bintang sahaja ( bleah! ) . Jadi saya pun mengadu pada anak .....mak frust betul tak dapat rating - blog lain bukan main penuh berbintang-bintang!

Anak pun tenteramkan mak - mak...ada berjuta blog kat luar sana susah jugak nak baca blog mak aka you've got to write something extra ordinary only then people read your blog. Right, point taken. Dalam hati kalau ada pertandingan lagi, nak buat yang kaw-kaw......tak nak hadiah kereta atau bulldozer atau kapal terbang -  kalau dapat kamera yang canggih lagi bagus! nak pilih sendiri tak pandai.

Pagi esoknya bila bukak posting, tiba-tiba bersepah bintang - rating naik mendadak - ada 7 atau 8 bintang kat posting tu. I naik hairan - eh takkan tiba-tiba rating naik mendadak? I pun beritahu anak - mak heranlah tiba-tiba rating naik mendadak - tak tau fasal apa. Anak pun senyum sumbing -
ye ke? eloklah tu!

Kemudian bila dah lama-lama fikir - eh, jangan-jangan anak bertuah tu pegi promo blog I kat kawan-kawan  siber dia.

Dia buat senyum kambing je!

I tahu dia mesti beritau kawan-kawan dia suruh bagi rating kat mak dia.

I  tak naklah dapat rating cowboy macam tu...mak nak biarlah orang betul-betul suka dengan apa yang mak tulis.....

Tolong salah tak tolong pun salah.....

Baru demo tahu mak demo jenih hok payoh bbaso!


4 comments:

ngasobahseliman said...

Salam.Bagus perkongsian tu. Anak-anak muda in general sekarang bukan fikir panjang hal ehwal ibu dan bapa. Depa tidak berbuat sesuatu dengan fikir panjang. Kadang-kadang perkara yang depa ingat baik, backfires. Niat nak puji boleh jadi satu insult. Niat nak "gentleman" bagi hadiah tak mahu sebut harga bila ditanya. Ikut nilai Barat lah. Ibu boleh juga ingat kalau tak bagi tahu bila ditanya macam tak ikhlas lah. Kalau ikhlas tak kira mahal murah. Ibu bukan nak lihat mahal murah. Ibu sudah cukup gembira kalau ada sikap ambil tahu tentang dirinya atau bapanya. Nak tahu hanya sebagai ilmu tambahan. Almaklum bila dah tua nak dapat maklumat bukan tahu kat mana nak cari atau bagaimana nak tanya. Budaya kita sudah banyak berubah....ke arah mana siapa yang dapat menduga.

Deru Ombak said...

Assalamualaikum KJ..
End of May blog I genap 6 bulan.. Haha..
You know what, Dari register Dan letak nuffnang dalam blog tu I tak usik apa pun.. Semua PA I yang buat. About the N3 sampai laa ni still caca murba.
Recently I posted the total copy paste about pengalaman seorang saksi mengenai kemalangan lancer di lpt and when I look at the traffic 60% from FB.. Whereby I takde akaun FB.
I was curious, and checked again and I noticed my children masuk blog berkali2.. Kerja diorang la kot pergi link kat FB diorang. I dont know.. Sampai hari ni I tak tanya.. Haha..

Psst. My son in law ckp, about camera ni kalau nak community, NIKON is the one, but he said the best tool is still Cannon.

Kerabu Jantung said...

Assalam Sis,

Bila dah berumur ni kita jadi lebih sensitif, harap anak-anak faham dan lebih perihatin dengan kerenah kita...

Kerabu Jantung said...

Wassalam dear Deru Ombak,

Itulah antara cara anak- anak menunjukkan keperihatinan pada ibu mereka.

Tq for the info.I really need it.

Zaman Kanak-Kanak.....5

  Bila balik Rompin ramai-ramai takde  program lain melainkan pagi nak makan apa, tengah hari makan kat mana, petang minum kat mana, malam m...